(HIBURAN) KRU SAMBUT ULANGTAHUN KE-23

Spread the love

Press Conference i

Cyberjaya, 5hb Jun 2015 – Tanggal 19hb Mei 2015 menandakan satu lagi detik bersejarah apabila kumpulan trio tiga beradik, KRU telah pun menjangkau usia ulangtahun mereka yang ke-23. Ini menandakan satu lagi kejayaan mereka yang bertahan sebagai penyanyi berkumpulan di dalam industri hiburan tempatan.

Hot Jam Cafe launch ii

Satu sambutan ulangtahun KRU yang ke-23 telah berlangsung di Dpulze Shopping Center, Cyberjaya, pada Rabu. Selain itu, single terbaru KRU berjudul ‘Kuasa Juara’ juga telah dilancarkan. Menariknya, lagu ini menjadi lagu tema kontinjen Malaysia ke Singapura bagi acara Sukan SEA ke-28. Norman Abdul Halim dan Archie Nasution merupakan komposer bagi lagu ini dan lirik sepenuhnya oleh Norman Abdul Halim.

Artis-artis di bawah naungan KRU Music juga turut hadir dan memberikan persembahan menarik dengan menyanyikan lagu-lagu klasik dan hit KRU sepanjang zaman sebagai tribute kepada mentor mereka. Rap duo, Dualiti bersama dengan Ameerais menyanyikan lagu ‘Fanatik’, diikuti dengan kumpulan #tag dan ZiaBella yang menyanyikan lagu ‘Jangan Lafazkan’, Forteen menyanyikan lagu ‘Babe’ dan ‘Linangan Terakhir’, MOJO dengan ‘Wanita’ dan ‘Dahsyat’ dan terakhir sekali KRU dengan single terbaru mereka, ‘Kuasa Juara’.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Rizal Sahimy menambah, “KRU dulu hanya sebuah kumpulan hip-hop. Kini, melalui empayar mereka setelah 23 tahun di dalam industri hiburan, KRU berjaya membuka landasan kepada orang ramai untuk mencipta muzik, mengarah dan menerbit filem, memberi peluang pembelajaran melalui KRU Academy dan juga berkecimpung di dalam bidang pemakanan melalui Hot Jam Cafe.

KRU Music artistes ii

Pembukaan tahun 2015 sehingga ke hari ini menyaksikan pelbagai produk single artis-artis di bawah naungan KRU Music telah dilancarkan dan memperoleh penerimaan dan sokongan yang sangat baik dari para peminat muzik. Antaranya seperti ‘Adiwira’ nyanyian ZizanKRU, ‘Dahsyat’ dari MOJO yang mana muzik videonya telah mencapai lebih 2 juta tontonan, ‘Romancinta’ versi akustik dari Caliph Buskers, ‘Linangan Terakhir’ nyanyian Forteen  yang telah mengungguli carta radio tempatan, #tag dengan single baru mereka ‘Hey Kamu’ dan yang terbaru dari Jaclyn Victor berjudul ‘Sweeter Than A Dream’ yang kini sedang dipasarkan di peringkat antarabangsa.

Pelbagai lagi produk KRU Music bakal dilancarkan bagi fasa kedua tahun ini. Antaranya ‘Kuasa Juara’ yang merupakan single baru KRU, pelancaran album MOJO yang juga bakal dilancarkan di pasaran Indonesia, dan banyak lagi single baru bagi artis di bawah naungan label ini.

Trio KRU juga merupakan produser filem yang terkenal. Terbaru, filem Cicakman 3 keluaran KRU Studios yang telah pun ditayangkan pada Mac lalu telah mengumpul kutipan melebihi RM2.5 juta, membuktikan filem-filem keluaran KRU Studios masih lagi relevan dan diterima baik oleh para peminat filem.

Baru-baru ini, mereka juga telah diberi penghormatan sebagai salah satu dari 30 Living Legends oleh sebuah media cetak. Empayar gergasi yang dibina trio KRU merangkumi beberapa buah anak syarikat, antaranya KRU Music, KRU Studios, United Studios, Kartun Studios, KRU Media, Showbiz Productions, Prodigi Lab, KRU Academy, dan yang terbaru, Masterchef F&B yang menguruskan Hot Jam Café.

Pada Rabu lalu, kumpulan KRU melancarkan sayap mereka yang terbaru iaitu Hot Jam Café (HJC). Cawangan pertama dibuka di pusat beli-belah Dpulze Shopping Center, Cyberjaya. HJC menyediakan pelbagai menu makanan barat dan tempatan dan juga minuman-minuman yang menarik! Para peminat seramai hampir 50 orang juga telah dijemput untuk bersama-sama meraikan ulangtahun ke-23 KRU ini di HJC.

Sokongan para pengamal media, ribuan karyawan, dan para pekerja yang bertungkus-lumus menjayakan pelbagai aktiviti Kumpulan Syarikat KRU sehingga mengecapi pelbagai kejayaan amat dihargai


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *