(SEMASA) KENALI ‘SAMSUNG GALAXY S22’ DARI KACA MATA KAMI

Spread the love

Sekitar awal tahun 2022, Samsung secara agresifnya melancarkan beberapa siri peranti terbaru termasuklah telefon flagship terbaru Samsung iaitu siri Galaxy di Malaysia terdapat tiga model siri ini iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.

Galaksi Media Online (GMO) diberikan peluang untuk mencuba salah satu peranti tersebut iaitu Galaxy S22 di mana di Malaysia peranti ini dijual pada harga permulaan RM3499.

Seperti peranti-peranti terkini Samsung, Galaxy  S22 hanya disertakan satu kabel USB-C tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger) berserta kad waranti dan buku panduan. Adapter charger ini perlu dibeli berasingan berdasarkan maklumat di dalam kotak.

Antara spesifikasi peranti ini antaranya adalah, peranti dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1 (4nm), skrin pada Galaxy S22 adalah sekitar 6.1″ di mana ia  lebih kecil berbanding dengan Galaxy S22+ iaitu 6.6″. Ia didatangkan dengan skrin Dynamic AMOLED 2X, lapisan Gorilla Glass Victus+ dengan kadar segar semula 120HZ dan sokongan HDR10+. Ia mampu mencapai kecerahan puncak 1,300 nits dan skrin ini juga menjadi perumah untuk pengimbas capjari Ultrasonik. Rekaan Contour Cut Design untuk bonggol kamera dikekalkan dan peranti tidak dapat diletakkan dipermukaan rata secara sempurna. Sistem tiga kamera turut dipadankan pada peranti dengan spesfikasi 50MP f/1.8 OIS ( bagi kamera utama), 12MP f/2.2 (bagi kamera lebar) dan  10MP f/2.4 OIS (telefoto) dengan keupayaan zoom optical 10X bagi merakam foto dari jarak jauh. Walau bagaimanapun, peranti ini hanya dilengkapkan dengan bateri Li-Ion 3700 mAh sahaja berbanding 4500 mAh (S22+) atau 5000 mAh (S22 Ultra). Galaxy S22 tetap menyokong pengecasan pantas 25W berwayar, pengecas wayarles 15W serta perkongsian kuasa mengecas Wireless PowerShare. RAM dan penyimpanan pula Samsung S22 didatangkan dengan fungsi storan 8GB RAM dan 128 atau 256GB storan UFS 3.1.

6 Ciri Utama Galaxy S22:

Jadikan malam epik dengan ‘Nightography’

Satu inovasi yang cemerlang di mana lebih banyak cahaya masuk ke dalam lensa kamera bagi menjadikan photo lebih cantik dan menarik.

VisionBooster mengatasi cahaya matahari

Paparan terang di dalam Galaxy S22 melalui Paparan Dynamic AMOLED 2X yang menakjubkan direka khusus untuk keterlihatan di luar yang tinggi, memastikan pandangan jelas dalam cahaya siang yang terang.

Pemproses 4nm (cip terpantas)

Cip terpantas, paling berkuasa. Ini bermakna, CPU dan GPU yang lebih pantas berbanding peranti Galaxy sebelum ini. Ia adalah satu lonjakan epik untuk teknologi telefon pintar.

Video Smooth

OIS telah dipertingkatkan sebanyak 58% dan berfungsi dengan pensampelan gerakan yang lebih pantas untuk menstabilkan rakaman video. Sementara itu, Super HDR melaraskan warna frame video untuk memastikan setiap rakaman kelihatan cantik.

Perkongsian Langsung Google Duo

Anda boleh menonton filem dan menstrim video berkualiti tinggi seperti IRL secara berkumpulan.

Caj pantas yang bertahan lebih lama daripada sehari

Bateri yang mampu bertahan melebihi 24 jam


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *