(SEMASA) KFC & PIZZA HUT MENANG BESAR DI CABARAN REGIONAL CHAMPS CHALLENGE 2014

Spread the love

KFC3

KFC Malaysia menggondol lapan anugerah, manakala Pizza Hut Malaysia membawa pulang enam anugerah dalam Regional Champs Challenge 2014 (RCC) yang dikelolakan oleh Yum! Brands, Inc. (Yum!) berlangsung pada tanggal 19 November yang lalu.

RCC adalah salah satu acara terbesar bagi KFC dan Pizza Hut; dua di antara francais terbesar Yum!. Acara ini diadakan setiap tahun dan setiap negara di rantau Asia-Pasifik akan dipilih secara bergilir-gilir untuk menjadi tuan rumah.

Malaysia telah dipilih sekali lagi menjadi tuan rumah kepada acara gilang-gemilang ini yang telah bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. RCC KFC dan Pizza Hut untuk tahun ini telah diadakan di cawangan pandu-lalu KFC Sulaman dan juga Pizza Hut 1Borneo Hypermall.

Sebanyak 13 buah negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan RCC KFC tahun ini iaitu negara Filipina, Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia, Brunei, Kemboja, Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, Guam dan juga Malaysia.

KFC Malaysia membawa pulang lapan anugerah daripada 10 kategori yang dipertandingkan yang terdiri daripada Tukang Masak Terpantas, Layanan Pelanggan Terbanyak, Pengambil Pesanan Paling Tepat, Juruwang Terbaik, Tukang Masak Terbaik, Pengurus Terbaik, Customer Mania serta CHAMPS Cheer terbaik.

KFC Malaysia amat berbangga dengan kejayaan pasukan mereka yang disertai oleh Razlan Bin Mahmud, Muhammad Khairulrizam Bin Achmad, Razzi Bin Muhidin, Mohd Nizam Bin Abdul Samat, Mohd Jubir Bin Abu Bakar, semua dari Sabah, Mahathir dan Mohd Azhar dari Sarawak. Mereka diketuai oleh Jurulatih Pasukan, Nadhirah Sin Yan Yan.

Bagi Pasukan Pizza Hut Malaysia, ahli-ahli terdiri daripada Mohd Fadzil Bin Alwi, Meor Muhammad Fakhrulrazzi, Mohd Sharul Izzudin Bin Mohd Ali, Mohammad Fitri Bin Ishak, Adhar Bin Baharuddin, Christianus Henry, dan Nurnabilla Bt. Mokhsin. Mereka diketuai oleh Jurulatih Pasukan, Roslinda Bt. Ahmad Peraal. Pasukan Pizza Hut bersaing dengan enam pasukan lain dari Indonesia, Jepun, Singapura, Hong Kong, Filipina, dan Taiwan.

Pizza Hut Malaysia memenangi enam anugerah yang terdiri daripada Champs Cheer, Perkhidmatan Terpantas, Hospitaliti Terbaik, Wakil Perkhidmatan Pelanggan Terbaik, Best Back of  House, dan Best Rider.

Cabaran RCC  ini merupakan ‘mini Olimpik’ yang bertujuan untuk mencari pasukan KFC dan Pizza Hut yang “bersungguh-sungguh dalam memberikan 101 peratus kepuasan untuk pelanggan”. Acara ini bertujuan untuk memperkukuhkan taraf perkhidmatan yang berkualiti tinggi di KFC dan Pizza Hut.

Majlis penyampaian anugerah acara RCC telah diadakan di Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort di Tuaran, Sabah pada 20 November 2014.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *