(SEMASA) Kia Mempersembahkan Pameran dan Pengalaman yang ‘Bold & Progressive’ di KLIMS 2026

Spread the love

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2026 — Kia Sales Malaysia hari ini mempersembahkan visi ‘Bold and Progressive’ untuk masa depan mobiliti di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026, yang diserlahkan menerusi pameran empat model global menarik serta inisiatif pemilikan yang dipertingkatkan bagi memberi pengalaman pemilikan yang luar biasa kepada pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim, berkata, “Hari ini menandakan satu pencapaian penting bagi Kia Sales Malaysia apabila kami memperlihatkan visi antarabangsa Kia yang ‘Bold and Progressive’. Melalui pameran enam model luar biasa, termasuk empat produk global, kami menunjukkan komitmen Kia Sales Malaysia dalam menyediakan penyelesaian mobiliti inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.”

Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia, Emily Lek, menambah, “Kami berbangga untuk menambah Kia TotalCare ke dalam portfolio inisiatif pemilikan kami; janji pemilikan paling berani yang mencerminkan keyakinan kami terhadap produk dan perkhidmatan kami. Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap usaha kami dan kami menggabungkan usaha ini dengan produk terbaik bagi menunjukkan komitmen jangka panjang Kia terhadap Malaysia.”

Bertempat di Pavilion Kia yang luas di KLIMS 2026, pameran ini berlangsung dari 12 hingga 21 Jun 2026 di MITEC, menawarkan pengalaman jenama yang imersif dengan menggabungkan reka bentuk, teknologi rangkaian kuasa yang pelbagai, inovasi, kelestarian serta inisiatif keyakinan pemilikan di bawah satu strategi menyeluruh yang direka bagi memenuhi keperluan pelanggan Malaysia yang semakin berkembang.

Berani untuk Maju: Penampilan Sulung Kia K4

Sempena penampilan pertamanya di Malaysia sepanjang KLIMS 2026, Kia K4 dipamerkan dalam spesifikasi GT-Line, menampilkan falsafah reka bentuk terkini Kia iaitu Opposites United, yang menggabungkan gaya ‘sporty’ dengan kepraktisan harian.

Dikuasakan oleh enjin 1.6L TGDi empat silinder sebaris yang menghasilkan 193 PS dan tork 265 Nm, K4 menawarkan keseimbangan antara prestasi dan keselesaan pemanduan. Casisnya dilengkapi suspensi hadapan McPherson Strut dan suspensi belakang Multi-Link, dipadankan dengan rim aloi 18 inci berserta tayar 235/40R18 untuk kestabilan dan dinamik pemanduan yang lebih baik.

Di bahagian dalaman, K4 menampilkan Integrated Panoramic Display Kia yang terdiri daripada kluster instrumen digital 12.3 inci, skrin paparan kawalan iklim 5 inci  dan skrin sentuh infotainment 12.3 inici. Ciri-ciri lain termasuk Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar, pengecasan tanpa wayar, kawalan iklim dwi-zon, tempat duduk hadapan berpengudaraan serta tempat duduk belakang lipat nisbah 60:40, meneruskan legasi sedan Kia yang telah dibangunkan sejak beberapa generasi.

Barisan Mobiliti Elektrifikasi dan Masa Hadapan: EV4, EV5 dan PV5

Mencerminkan hala tuju berani Kia, pavilion ini turut mengetengahkan portfolio mobiliti elektrik dan masa hadapan yang semakin berkembang menerusi Kia EV4, Kia EV5 dan Kia PV5 yang memenangi pelbagai anugerah.

Kia EV4 mewakili visi mobiliti elektrik generasi baharu Kia dengan reka bentuk progresif, sambungan digital canggih dan kebolehgunaan harian yang praktikal. Dibina berasaskan platform Electric-Global Modular Platform (E-GMP), EV4 dilengkapi motor elektrik hadapan yang menghasilkan 150 kW dan tork 283 Nm, dengan kelajuan maksimum 170 km/j serta jarak pemanduan sehingga 612 km (WLTP) menerusi bateri 81.4 kWh.

EV4 turut menyokong pengecasan pantas DC 10-80% dalam tempoh 29 minit menggunakan pengecas 350 kW serta dilengkapi Integrated Panoramic Display dan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang boleh diakses dari bahagian luar dan dalam kenderaan.

Kia EV5 pula memperkukuh komitmen Kia terhadap mobiliti lestari dengan menekankan aspek praktikaliti, keselesaan dan penggunaan bahan kabin mesra alam. Turut dibina di atas platform E-GMP, EV5 menawarkan kuasa sehingga 230 kW dan tork 480 Nm bergantung kepada varian, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.1 saat serta jarak pemanduan sehingga 540 km (WLTP).

EV5 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 141 kW dan dilengkapi paparan berkembar 12.3 inci, sambungan tanpa wayar, sistem audio premium serta teknologi kemudahan canggih termasuk pengesahan cap jari dan fungsi V2L.

Kia PV5, merupakan model pertama yang dibangunkan berasaskan seni bina khusus E-GMP.S Platform Beyond Vehicle (PBV), memperlihatkan visi mobiliti Kia yang melangkaui kenderaan penumpang tradisional. Direka untuk penggunaan komersial, logistik dan gaya hidup, PV5 Passenger menawarkan kuasa 120 kW daripada motor elektrik hadapan serta dilengkapi fungsi V2L dan V2X.

PV5 telah menerima pelbagai pengiktirafan global termasuk anugerah MPV of the Year dan Family Car of the Year di What Car? Awards 2026 dan TopGear.com EV Awards, selain pengiktirafan reka bentuk menerusi Red Dot Design Award dan iF Design Award.

Berani dan Menginspirasikan: Kia Carnival dan Kia Sportage

Dipamerkan dan tersedia untuk sesi pandu uji ialah Kia Carnival dan Kia Sportage, yang kini ditawarkan di semua pengedar sah Kia di seluruh negara.

“Spaces that Inspire” diterjemahkan menerusi Kia Carnival yang ditawarkan dalam konfigurasi 7, 8 dan 11 tempat duduk dan dikuasakan oleh enjin diesel yang cekap. Kia Carnival mampu mencapai jarak melebihi 900 km dengan satu tangki penuh berdasarkan kitaran WLTP, sambil menawarkan kuasa 202 PS dan tork 440 Nm untuk pecutan yang lancar.

Kia Sportage pula tampil berani dan mencabar dengan pilihan enjin 2.0 liter NA serta 1.6 liter turbo, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan atau transmisi klac berkembar 7 kelajuan. Ditawarkan dalam varian jarak roda panjang di Malaysia, Sportage menyerlah dengan reka bentuk lampu LED hadapan unik berinspirasikan bumerang untuk mereka yang berani menyahut cabaran #DareToSportage.

Pengunjung Pavilion Kia boleh membuat tempahan semasa KLIMS 2026 bagi menikmati manfaat Kia TotalCare serta pelbagai hadiah menarik lain.

Pengalaman Interaktif dan Kolaborasi Gaya Hidup

Selain pameran kenderaan, Pavilion Kia turut menawarkan pelbagai pengalaman interaktif dan aktiviti berteraskan gaya hidup yang direka untuk menarik pengunjung sepanjang KLIMS 2026.

Antara tarikan utama termasuk permainan interaktif bertemakan FIFA World Cup dengan peluang memenangi hadiah, sesi pandu uji model terpilih seperti Kia Carnival dan Kia Sportage, serta ganjaran eksklusif bagi pelanggan yang membuat tempahan atau menyertai sesi pandu uji.

Kia turut berkolaborasi dengan Korea Tourism Organization (KTO) untuk menyediakan inspirasi perjalanan dan maklumat perlancongan kepada pengunjung, sekali gus mengukuhkan hubungan budaya antara Malaysia dan Korea.

Pengunjung Pavilion Kia juga berpeluang berinteraksi dengan instalasi seni visual berasaskan AI hasil karya artis visual digital terkenal Malaysia, Max Jala, yang akan dipersembahkan pada waktu-waktu tertentu sepanjang pameran berlangsung.

Melalui penyertaannya di KLIMS 2026, Kia Sales Malaysia terus memperkukuhkan komitmennya terhadap penyelesaian mobiliti progresif, keyakinan pemilikan yang lebih tinggi serta pengalaman pelanggan yang lebih bermakna untuk pengguna di Malaysia.

Kia TotalCare: Janji Pemilikan Paling Berani

Bagi memperkukuh komitmennya terhadap pengalaman pemilikan yang luar biasa dan nilai jangka panjang, Kia Sales Malaysia memperkenalkan Program Kia TotalCare, sebuah kempen pemilikan komprehensif yang direka untuk memberikan ketenangan minda kepada pelanggan.

Meneruskan momentum daripada inisiatif Kia Ownership Experience yang menyaksikan lebih 170 kenderaan dengan jumlah perbatuan melebihi 14.2 juta kilometer diperiksa oleh Pengurus Kanan Teknikal Kia Corporation, Hyung Gyu Choi, dalam tempoh tujuh hari, serta pelancaran Kia Maintenance Plan baru-baru ini, TotalCare mencerminkan aspirasi pelanggan yang mahukan penjagaan rasmi dan nilai jangka panjang melebihi tempoh lima tahun yang lazim dikaitkan dengan pemilikan kenderaan Kia.

Sebagai sebahagian daripada Program Kia TotalCare, pelanggan yang membuat tempahan model Kia bermula 1 – 22 Jun 2026 dan mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 31 Ogos 2026 akan menerima:

  • 8 tahun waranti1
  • 8 tahun servis percuma2
  • 8 tayar percuma3
  • Rebat tunai eksklusif RM8,000
  • Insurans percuma bagi tahun pertama4

Program Kia TotalCare sah bagi semua varian Kia Sportage dan Kia Carnival (model 7 tempat duduk dan 8 tempat duduk).

Sebagai tambahan, pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model Kia (termasuk Kia Carnival 11 tempat duduk) dari 1 – 22 Jun 2026 dan mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 30 Jun 2026 turut berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk pakej percutian ke Seoul, Korea Selatan dan telefon pintar Samsung5.

Untuk sebarang pertanyaan jualan dan perkhidmatan, atau bantuan tepi jalan 24-jam, sila hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan KSM di 1300 88 0133 atau customersupport@kia-my.com.

Nota:

1: Waranti 8 tahun / 240,000 km, yang mana terdahulu

2: Sehingga lapan (8) jadual servis untuk item wajib sahaja

3: Tayar boleh dituntut secara set atau individu akibat kebocoran, kerosakan dan sebagainya

4: Sehingga RM6,000 premium tahun pertama bagi Kia Carnival dan sehingga RM4,000 premium tahun pertama bagi Kia Sportage

5: Hadiah utama (3 pemenang): Tiket penerbangan dan penginapan ke Seoul, Korea Selatan, sah digunakan sebelum 31 Disember 2026. Hadiah saguhati (5 pemenang): Samsung Galaxy S26 Ultra 1TB. Tertakluk kepada terma dan syarat


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *