(SEMASA) KIDZANIA KUALA LUMPUR MENJEMPUT BAKAL SAINTIS DAN PEREKA UNTUK MENEROKAI MASA DEPAN!

Spread the love

KidZ & Tech Launch (1)Petaling Jaya, 12 Mei 2016 – Dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman tentang teknologi-teknologi baharu yang boleh menarik minat komuniti muda dalam persekitaran pembelajaran kreatif, KidZania Kuala Lumpur telah melancarkan Program KidZ & Tech, bermula dari 28 Mei hingga 12 Jun. Melalui program ini, kanak-kanak boleh menyertai siri bengkel interaktif, lakon peranan bertema dan aktiviti dalam talian untuk menerokai masa hadapan.

KidZ & Tech Launch (2)Dirancang dengan kerjasama rakan-rakan kongsi iaitu Microsoft Malaysia, Sasbadi Holdings, Panasonic, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan Universiti Multimedia, keseluruhan program ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang direka untuk mencetuskan inspirasi bagi menarik minat kanak-kanak dalam bidang sains dan teknologi. Secara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran pengkomputeran yang juga akan membantu mereka apabila dewasa kelak.

“Kanak-kanak hari ini menggunakan teknologi dengan pelbagai cara berbeza untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan mempelajari kemahiran-kemahiran baharu. Kita mampu menarik minat kanak-kanak ini dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan menerusi Program KidZ & Tech,” kata Susanah Abdul Rani, Gabenor KidZania Kuala Lumpur. “Dengan kepakaran rakan-rakan kongsi kami seperti Microsoft Malaysia, Sasbadi Holdings, Panasonic, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Universiti Multimedia, Program KidZ & Tech ini adalah cara kami untuk menonjolkan aplikasi-aplikasi teknologi yang praktikal agar kanak-kanak dapat menghargai potensi sebenar teknologi, dan bukan hanya sekadar sumber hiburan.”

KidZania Congrezz member Chloe Soh Ke Er (right), 8, from SRJK Yuk Chai and Lishyen Shischir Indran, 12, from Tenby International School demonstrating about RoboticsSecara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan minat di kalangan kanak-kanak di samping memberi peluang untuk mempelajari tentang dunia di sekeliling mereka dan mempelajari bagaimana sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (science, technology, engineering and mathematics – STEM) akan terus menghasilkan pembaharuan di dunia ini.

Keempat-empat aktiviti utama yang dijalankan oleh rakan-rakan kongsi program ini melibatkan sains dan teknologi menerusi cara berbeza:

  • Pengekodan: “Hour of Code” memperkenalkan asas-asas pengekodan dan pemprogaman komputer, menerusi permainan komputer terkenal Minecraft;
  • Robotics: Terokai asas-asas kejuruteraan robotik dan pemprograman menerusi WeDo daripada LEGO® Education;
  • Realiti Berperantara: “Dinosaurs Come to Life” memberikan gambaran tentang bagaimana teknologi realiti berperantara boleh merangsang pemikiran di masa hadapan;
  • Holografi: Melangkah ke dunia unjuran holografi dan belajar menghasilkan piramid tayangan 3D – sebuat alat mudah yang membolehkan anda menonton hologram 3D dan video-video di telefon pintar atau tablet.

“Di Microsoft, misi kami adalah untuk memperkasakan setiap orang dan organisasi untuk mencapai lebih lagi. Ini termasuklah melengkapi kanak-kanak dan warga belia dengan kemahiran pemikiran pengkomputeran dan penyelesaian masalah untuk berjaya dalam dunia masa kini yang berteraskan mobiliti dan sistem awan. Selari dengan misi kami, kerjasama dengan KidZania merupakan langkah yang tepat, dan kami kekal komited untuk memastikan kanak-kanak dari setiap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada STEM seterusnya memberi dorongan kepada mereka untuk menjadi generasi pemimpin seterusnya,” kata Jasmine Begum, Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perundangan, Microsoft Malaysia dan Pasaran Baharu. “Menerusi Minecraft dan Code.org, kami ingin menjadikan aktiviti ini  lebih santai, dengan usaha sama dan menyeronokkan – selari dengan matlamat KidZania untuk Program Kidz & Tech.”

“Pendidikan STEM sangat penting di abad ke-21 dan ia menyediakan kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran pada masa akan datang,” jelas Law Yi Chian, Pengarah Eksekutif/Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Sasbadi Holdings Berhad. “Pendekatan secara langsung dalam mempelajari konsep STEM merupakan kaedah yang berkesan kerana kanak-kanak boleh mendapat pemahaman yang lebih baik apabila mereka mengalaminya sendiri. Aktiviti robotik dan pemprograman dalam Program KidZ & Tech adalah kunci utama dalam membentuk generasi pencipta yang seterusnya.”

Bengkel-bengkel yang telah dijadualkan ini disokong oleh aktiviti-aktiviti dalam talian di www.kidzania.com.my/kidz-and-tech. Menerusi laman tersebut, kanak-kanak boleh mengetahui lebih lanjut tentang individu-individu terkenal dalam teknologi seperti seperti Bill Gates dan John Lasseter dalam bahagian khas “Hall of Tech”; mereka juga boleh menguji pengetahuan mereka dalam teknologi dalam Peraduan Facebook Tech Geek of the Week yang menawarkan hadiah mingguan iaitu Gogel Realiti Maya dan Hadiah Utama iaitu sebuah pen 3D Doodler; dan sebagai tambahan, para penggemar teknologi cilik boleh menjawab beberapa soalan mudah untuk mengetahui siapakah personaliti teknologi mereka!

Tambahan lagi, sebahagian daripada 100 pengalaman lakon peranan di KidZania Kuala Lumpur akan diadaptasikan agar melibatkan aspek berkaitan teknologi. Contohnya, kanak-kanak akan mengadakan perbicaraan tentang kes-kes yang membabitkan penggodaman sistem awam di Mahkamah; mempelajari bagaimana untuk menulis artikel tentang Kanak-Kanak & Teknologi untuk KidZania Post; mendapatkan wallpaper telefon KidZ & Tech ekslusif dengan menggunakan hashtag #kidZtech2016; dan mendengar program secara langsung oleh Zupervisor DJ di KidZania yang akan membincangkan tentang Kanak-Kanak & Teknologi dan memainkan lagu-lagu yang bertemakan teknologi; berseronok di City Parade, Tarian Robotik di City Clock, dan aktiviti Lukisan Muka yang berkaitan dengan teknologi dalam kehidupan moden hari ini. Mereka juga berpeluang untuk mengalami sendiri sesi mewarna Realiti Berperantara dan menyaksikan karya mereka menjadi 3D!

Jangan lepaskan peluang yang mengujakan ini di Program KidZ & Tech KidZania Kuala Lumpur (28 Mei hingga 12 Jun) – untuk masa terhad, diskaun istimewa bagi tiket biasa turut disediakan, oleh itu layari  www.kidzania.com.my untuk maklumat lanjut!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *