(SEMASA) Art of Speed Malaysia 2016!

page6 Sebab Kenapa Anda Wajib Hadir ke Art of Speed Malaysia 2016!

Acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia iaitu Art of Speed bakal kembali lagi tahun ini dengan pembaharuan isi yang lebih padat dan besar-besaran. Acara ini yang terkenal dengan pertunjukan gaya hidup automotif, pameran kereta dan motosikal, galeri seni, aktiviti interaktif dan juga aksi lagak ngeri (stunt)!

AOS2016 POSTER

Pengasas Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar menjelaskan kepada kami enam sebab mengapa AOS2016 acara tahun ke-5 menjadi acara yang dinanti-nantikan tahun ini!

Steve Caballero

  1. Bertemu Lagenda Permotoran & Sukan

Pengunjung AOS2016 berpeluang bertemu lagenda antarabangsa dalam dunia modifikasi kenderaan dan juga kenderaan yang dibawa khas dari Jepun. Lagenda sukan papan selaju, Steve Caballero juga akan turut hadir buat pertama kali ke Malaysia.

  1. Kenderaan Modifikasi Terbaik dari Malaysia dan Luar Negara

Pameran lebih daripada 200 buah kereta & motosikal modifikasi dalam dua dewan berasingan. Ia merangkumi kenderaan klasik dan juga generasi baru bernilai jutaan ringgit termasuk dua buah Harley-Davidson ubahsuai dan sebuah kereta “Hopping Lowrider” model Chevrolet Malibu yang dibawa khas dari Jepun.

  1. Aktiviti Buat Seluruh keluarga

Jenama kesukaan ramai termasuk Hot Wheels & Vans turut hadir dengan aktiviti tersendiri di “House of Vans”. Lebih 300 jenama lain turut serta menjual pelbagai produk tempatan & antarabangsa.

  1. Demo Sukan Lasak

Sesi demonstrasi oleh atlet profesional papan selaju akan diadakan di “House of Vans”. Aksi stunt motosikal berkuasa tinggi bersama Aaron Twite dari USA juga dirancang, dan lagenda sukan drift negara Tengku Djan Ley akan mengadakan sesi “Taxi Ride” bersama pengunjung bertuah.

  1. Galeri Seni Antarabangsa

Galeri seni “MotoCircus” mempertengahkan artis-artis dalam dan luar negara yang sedia menawarkan khidmat “pinstriping” dan “lettering” kepada peminat.

  1. Cabutan Bertuah

Cabutan bertuah tahun ini menyediakan hadiah utama berupa sebuah motosikal berkuasa tinggi, Triumph Bonneville Street Twin 2016 tajaan Fast Bikes Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal Triumph Motorcycles Malaysia.

Tahun ini juga AOS akan memperkenalkan PAINTHEAD ASIA iaitu pertunjukan seni dari sekumpulan artis serantau yang akan berkongsi satu platform untuk mempamerkan hasil kerja seni mereka.

Pameran seni akan menjadi yang pertama seumpamanya di Asia, juga memupuk kerjasama lanjut di kalangan artis antarabangsa dan tempatan seperti Bacon Decoration “Jun” dari Jepun, Arkiv Vilmansa & Fahmi Freeflow dari Indonesia, Mr. Pinman & Twocs Itthipong dari Thailand, Mark SBTG & Feroze McLeod dari Singapura akhir sekali mewakili Malaysia adalah Adrian Nunis “Affa Project” & Ezudean Ishak “Rolling Ink”.

Kaichiroh Kurosu

Pertunjukan seni berkumpulan ini menggunakan medium topi keledar yang ditaja oleh Beetle Helmet dari negara Jepun. Setiap topi keledar yang direka oleh artis-artis yang dinyatakan di atas akan dijual melalui “Silent Auction” dan menurut penganjur, 100% daripada hasil jualan akan disalurkan kepada artis tersebut.

Dengan pengisian acara yang istimewa ini, diharap pengunjung akan datang dan melihat sendiri dengan lebih dekat hasil seni dari artis-artis antarabangsa dan juga menyokong bakat artis tempatan kita yang akan mempersembahkan hasil seni mereka di pameran PAINTHEAD ASIA.

Selain PAINTHEAD ASIA, tarikan lain di Art of Speed adalah termasuk penampilan khas iaitu Jason Webber dari ATR Choppers USA, Jeff Leighton dari The Wretched Hive USA, Steve Caballero dari USA, Shige Suganuma & Wildman dari MOONEYES Japan, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Japan, Hi-Technix Japan Lowrider Hopping Show dari Jepun, Koji Hamada dari Hammer Sycle Jepun, Kaichiroh Kurosu dari Cherry’s Company Jepun, The Nash dari Burnout Magazine Japan, dan kumpulan kolektif artis pinstripe dari Jepun; Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Boo.

Shige SuganumaArt of Speed 2016 will also feature a Show and Shine competition in an air-conditioned 150,000 square feet hall with customs & classics in Hall A while Street Tuner Village occupying Hall C, MotoJamm, stunt & trial shows featuring local riders, an art gallery themed Moto Circus with local and international artists, Kustom & Coffee Talk, Car & Motorcycle “Mascot” Run, as well as children and family activities such as Giant Bubble, Star Wars costumed charity photo opportunities, a Soapbox Show & Go!, marketplace and a youth arena featuring an indoor skatepark

Art of Speed 2016 juga akan menampilkan pertandingan Show and Shine di dalam dewan bertutup iaitu Dewan A dengan kenderaan kustom & klasik sementara Dewan C pula adalah Street Tuner Village yang bersaiz 150,000 kaki persegi yang berhawa dingin, MotoJamm, acara stunt & persembahan demo istimewa motosikal trial bersama pelumba tempatan, galeri seni Moto Circus dengan artis tempatan dan antarabangsa, Kustom & Coffee Talk, Larian Maskot Kelab Automotif, aktiviti kanak-kanak dan keluarga seperti belon air gergasi, aktiviti kebajikan kumpulan Star Wars, Soapbox Show & Go!, jualan bazaar dan arena papan selaju.

FEROZE MCLEODAOS2016 juga akan mengadakan Mega Club Gathering yang akan membawa sedikit kelainan kepada semua pemilik-pemilik kenderaan lama, retro dan klasik. Penganjur menyediakan ruang parking ekslusif kira-kira seluas tiga ekar yang dapat memuatkan lebih kurang 1,000 buah kenderaan.

Objektif pengisian acara ini adalah lebih menjurus kepada kelab-kelab dan juga pemilik kenderaan persendirian yang ingin berkumpul dan mengeratkan hubungan persahabatan. Mega Club Gathering ini telah diperkenalkan semenjak tahun 2015 untuk memenuhi permintaan komuniti dimana mereka boleh berkumpul secara beramai-ramai dan bebas keluar dan masuk ke tapak acara tidak seperti penyertaan pertandingan dimana kenderaan perlu diparkir secara tetap dan dihias. Peserta MCG juga dapat mengeratkan hubungan dengan kelab-kelab lain di mana rata-rata datang dari seluruh Malaysia.

Setiap peserta MCG hanya perlu menghantar minimum 10 penyertaan dari setiap kelab. Setiap penyertaan hanya RM60 dan pakej termasuk sehelai baju Show Guest, sekeping tiket dewan, stiker acara dan pass parking VIP. Asep Ahmad, penganjur AOS berharap inisiatif ini dapat dilihat sebagai satu langkah positif untuk semua kelab-kelab kenderaan lama di Malaysia kekal aktif dan mengambil peluang di acara AOS sebagai platform untuk berkumpul dan menikmati layanan VIP dengan kemudahan dan pengisian yang  bertaraf antarabangsa di MAEPS, Serdang.

BACON DECORATION

Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Acara kelima Art of Speed akan berlaku di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 28 dan 29 Mei 2016.

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *