(SEMASA) KOLEKSI PAKAIAN WANITA MUSIM BUNGA/PANAS 2014 JASPAL MEMBERI SENTUHAN MODEN KEPADA GLAMOR HOLLYWOOD TAHUN 50-AN DAN 60-AN

GRP_4793cropgmo

JASPAL membawakan pakaian wanita rekaan hebat ke Malaysia dengan koleksi Musim Bunga/Panas 2014-nya, menampilkan potongan mengikut bentuk badan, berona metalik serta kemasan yang halus dan terperinci sebagai tambahan terbaru kepada setiap almari pakaian penggemar fesyen!

JASPAL 3small

Berinspirasikan kecantikan klasik daripada era keemasan Hollywood,  kegemaran bermusim seperti warna-warna pastel, neutral, corak berbunga dan tema nautika kembali mewarnai suasana, diberi sentuhan baru dengan corak petak merah, putih, hitam terang, neon dan juga tekstur fabrik skuba untuk penampilan edgy yang benar-benar segar.

“Koleksi Musim Bunga/Panas 2014 JASPAL memaparkan rekaan mewah yang mudah digayakan, dengan banyak perincian khas untuk menceriakan almari pakaian setiap wanita,” kata Cik Annie Wang, Pengurus Besar JPS Fashions Malaysia. “Setiap helaian menampakkan keistimewaan yang mampu memenuhi cita rasa setiap wanita, sama ada blaus jarang atau gaun ketat yang menyerlahkan kewanitaan dan keanggunan, kasut rona neon atau perincian metalik.”

JASPAL 2small

Dapatkan kombinasi penuh bergaya ini yang menyerlahkan ketampilan penuh menawan – fabrik sifon dihiasi corak kulit ular dan skirt sendat (pencil skirt) fabrik skuba – atau cipta gaya anda yang tersendiri dengan helaian berasingan yang mudah disuai padan.

JASPAL 1small

Menyuai padan pakaian yang sempurna tidak pernah semudah ini – suntikkan elemen glamor klasik Hollywood dengan gaun sendat kembang dan skirt mini peplum hem untuk gaya hebat penuh feminin pada siang hari, atau tampil lebih berani dengan corak geometrik, berbunga terang dan rekaan eksotik untuk keluar bergembira pada waktu malam. Untuk gaya kasual, rekaan yang berinspirasikan pakaian lelaki, baju panas yang cantik, jaket pendek model boxy, dan koleksi mewah seluar pendek dan skirt mini denim yang selamanya klasik menyerlahkan faktor gaya untuk bersantai di hujung minggu.

Jadilah orang pertama yang mendapatkan Koleksi Musim Bunga/Panas 2014 JASPAL di butik JASPAL di Mid Valley Megamall bulan ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *