(SEMASA) Kumpulan BOBOI berkerjasama dengan Extra Moist Chocolate Cake (EMCC)

IMG_9195

AFDLIN SHAUKI dan HARUN SALIM BACHIK yang lebih dikenali sebagai BOBOI telah mengembangkan sayap mereka dengan menjadi rakan kerjasama dengan produk kek terbaru di bawah jenama Boboi Extra Moist Chocolate Cake . Majlis pelancaran dan sidang media yang berlangsung di Ballroom, Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd iaitu Encik Mohd Zaki Bin Salleh bersama isteri beliau Puan Maliza Malik merangkap Pengurus Besar EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd yang juga pemilik asal resepi produk kek Extra Moist Chocolate Cake (EMCC) tersebut. Pada majlis itu juga, telah berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian diantara Vision Works yang menguruskan kumpulan BOBOI dengan pihak EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd. Di samping itu juga, majlis tersebut diadakan untuk membolehkan pihak EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd memperkenalkan barisan ejen-ejen jualan persendirian dan juga pemilik stokis jualan EMCC seluruh negara kepada pihak media.

IMG_9214

MAHARAJA LAWAK MEGA & KERJA AMAL

AFDLIN SHAUKI yang mewakili kumpulan BOBOI menjelaskan penglibatan kumpulan BOBOI didalam usaha promosi produk ini bermula apabila beliau mendapat tahu usaha Encik Zaki dalam mempromosikan kek beliau kepada pelanggan dengan memberikan sample produk tersebut secara percuma. Secara peribadi beliau merasakan langkah tersebut merupakan strategi pemasaran yang baik di mana konsep memberi itu adalah satu cara yang efektif untuk menarik pelanggan untuk membeli produk tersebut lagi. Kebarangkalian untuk pelanggan membeli setelah mencuba produk tersebut secara percuma adalah tinggi disebabkan keenakan nya dan ia diakui sendiri oleh saudara AFDLIN SHAUKI yang merasanya sendiri buat kali pertama walau hakikatnya beliau bukan lah seorang penggemar kek coklat. AFDLIN SHAUKI menambah, kerjasama ini bakal melonjakkan jualan produk tersebut memandangkan ia bakal menjadi salah satu produk premier disamping barang-barang cenderahati kumpulan BOBOI seperti jaket, baju , topi dan sebagainya dan ditambah dengan kebarangkalian tinggi penglibatan kembali kumpulan lawak BOBOI ke dalam program MAHARAJA LAWAK MEGA musim terbaru pada masa akan datang dan menjadikan jenama Boboi Extra Moist Chocolate Cake sebagai salah satu logo promosi pada pakaian dan sketsa kumpulan BOBOI pada program tersebut dan bakal disiarkan secara langsung di kaca televisyen diseluruh Malaysia. Cara tersebut merupakan salah satu langkah yang efektif untuk memperkenalkan jenama tersebut secara meluas. Untuk peringkat awal, Boboi Extra Moist Chocolate Cake telah menjadi salah satu penaja utama untuk filem terbaru AFDLIN SHAUKI iaitu Papadom 2. Beliau juga menambah, setiap hasil jualan produk tersebut sebahagian kecilnya akan disumbangkan balik untuk kerja amal seperti tabung kemanusiaan GAZA dan Palestin serta tabung-tabung kemanusian lain.

IMG_9229

KAPAL TERBANG & INDONESIA

Sebagai pemilik dan pengasas produk kek Extra Moist Chocolate Cake (EMCC) bersama isterinya, Encik Mohd Zaki Bin Salleh sangat berkerja keras untuk mempromosikan produk beliau ini ke seluruh Malaysia dan antarabangsa. Beliau menceritakan pengalaman beraninya memberi sample produk kek secara percuma kepada penumpang kapal terbang di dalam penerbangan beliau ke salah satu destinasi di luar Malaysia. Beliau juga telah memberikan sample percuma kepada  kumpulan sasar di Indonesia ketika mengikut rakan beliau bermesyuarat di negara tersebut dan ia merupakan salah satu langkah kanan yang berani sehingga beliau berjaya menembusi pasaran negara tersebut. Bercakap mengenai langkah awal kerjasama beliau dengan kumpulan BOBOI, Encik Mohamad Zaki menjelaskan bahawa idea ini datangnya dari salah seorang wakil stokis beliau yang turut sama menyertai program ” Redah Kasi Pecah”, beliau memberikan kata persetujuan awal apabila diajukan dengan tawaran tersebut dan pertemuan singkat dengan pihak VISION WORKS (M) SDN BHD dan AFDLIN SHAUKI selepas itu membuahkan hasil dan berjaya mendapat kata putus yang bakal menguntungkan kedua-dua belah pihak.

boboi EMCCsmall

4 comments on “(SEMASA) Kumpulan BOBOI berkerjasama dengan Extra Moist Chocolate Cake (EMCC)

  1. Mohd Zaki Bin Salleh says:

    Salam. Terima kasih kepada galaksi media yang hadir dan membantu kami mempromosikan BOBOI EMCC. Ins sya Allah kami akn sentiasa menghargai usaha anda dlm bersama2 kami menambah nilai hidup org lain. Terima kasih dan semoga galaksi media terus sukses di persada antarabangsa.

    • Muhammad Idrus Said says:

      kepada peminat2 boboi yg berada di pulau pinang khususnya di kawasan kepala batas, seberang perai utara bolehlah dapatkan kek becak ini dgn menghubungi talian 0124982986

  2. FAHMI RAZALLE says:

    Sekiranya anda berada di KL/Klang/Cheras/Puchong/Rawang sila hubungi saya fahmi di talian 0193871194 untuk mendapatkan Coklat Moist Kek Boboi ini,makan hingga menjilat sudu!!yumm;)

  3. marseeta says:

    salam boleh bagi no tel dealer untuk area shah alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *