(SEMASA) Kempen Hari Merdeka Astro bertujuan untuk menyebarkan unsur positif dan kebahagiaan

Henry Tan, COO Astro and Astro Celebrities at the  Astro Celebrates Merdeka Launch

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, Astro membawakan yang terbaik menerusi kepelbagaian kandungan televisyen, online dan aktiviti menarik secara langsung bagi meningkatkan unsur positif dan kegembiraan. Aktiviti – aktiviti ini adalah kempen #gobeyond dan #UrMalaysianIsShowing dan juga pelancaran muzik video yang bertajuk “Excuse me Sir, your Malaysian is Showing’

astro merdekasmal

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, “Kempen Hari Kemerdekaan tahun ini meraihkan pelbagai keunikan sebagai rakyat Malaysia dan kami menggalakan mereka untuk melakukan sesuatu yang positif dan pada masa yang sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain. Kami juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial. Tindakan positif seperti membantu orang yang memerlukan atau menulis mesej inspirasi, akan mencetuskan Postive Engine dan setiap perbuatan positif akan dicatatkan. Kini, kempen #gobeyond Astro telah menerima sambutan sebanyak 140,000 maklum balas positif dan dan kami bertujuan untuk melebihi paras juta. “

Positive Engine menampilkan pelbagai rekaan yang menampilkan mercu tanda unik Malaysia. Positive Engine kini dipamerkan di pusat membeli belah Midvalley Megamall di aras 3 untuk tatapan semua.

Astro meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dan kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengiktiraf lingo kami yang unik seperti Syok!, Gostan, Brudder, Fuyoh, Macha, hanya difahami oleh rakyat Malaysia. Semua orang boleh menjadi sebahagian daripada ini dan memiliki lingo kegemaran mereka di T-shirt melalui # UrMalaysianIsShowing Facebook app. Hasil daripada jualan akan disumbang untuk kebajikan.

 

Astro juga telah melancarkan muzik video baru yang berjudul “Excuse me Sir, your Malaysia is showing”.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *