(SEMASA) Majlis Buka Puasa Mahsuri bersama pemenang Masak dan Menang

Spread the love

IMG_3755

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, lapan pemenang Minggu Pertama dan Kedua pertandingan Masak dan Menang anjuran Mahsuri menyertai majlis berbuka puasa di Pusat Jagaan Rumah Kesayangan di Petaling Jaya.

page

Penghuni rumah terbabit dijamu dengan juadah berbuka yang dimasak menggunakan sos Mahsuri. Kanak-kanak terbabit turut dihiburkan dengan persembahan badut selain menyertai permainan seperti Musical Chair, Ballon Pop dan Mencari Harta Karun Mahsuri di mana pemenang turut menerima hadiah dan hamper.

IMG_3855

“Ketawa kanak-kanak itu bagaikan irama di telinga kita. Kita amat bersyukur kerana selama ini banyak yang kita abaikan dalam kehidupan harian. Menghabiskan masa kualiti bersama mereka dan berkongsi pengalaman buka puasa amat bermakna kepada kami dan kanak-kanak terbabit.

IMG_3686

“Sebagai jenama pilihan Melayu yang menghargai ajaran Islam, kami sentiasa berusaha untuk berbakti kepada masyarakat terutama sempena bulan Ramadan ini,” kata Pengarah Pemasaran Mahsuri, Carmen Liew.

IMG_3850

“Ia adalah pengalaman terbaik kepada kami untuk mengingatkan kegembiraan dan apa yang kita ada bukan hanya dalam bentuk material. Lihat saja kegembiraan mereka dengan semua permainan dan persembahan badut. Saya rasa mereka amat menghargai kehadiran kami dan melalui kegembiraan ini bersama kami.

IMG_3336

Bagi saya membuatkan kanak-kanak ini gembira adalah ‘hadiah’ paling besar daripada apa yang diterima dalam pertandingan ini,” kata pemenang pertandingan minggu pertama, Hidayat Bin Masduki.

IMG_3440

Sejumlah 24 pemenang yang meraih RM500 hasil ciptaan resepi Buka Puasa mereka menggunakan produk Mahsuri akan melawat empat rumah kebajikan bersama kakitangan Mahsuri sepanjang tempoh pertandingan.

Masak & Menang

Antaranya adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (20 Jun), Rumah Kebajikan Baitul Hidayah (27 Jun), Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (4 Julai) dan Rumah Nur Sakinah (11 Julai).

IMG_3801

Pertandingan Masak dan Menang bermula 28 Mei hingga 8 Julai 2015 ini mengundang orang ramai berkongsi hidangan Buka Puasa ciptaan mereka sendiri yang menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri dengan hashtag #MyMahsuri #Manis / #Pedas  / #Tiram / #Ayam.

.IMG_3324

Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook/MyMahsuri


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *