(SEMASA) MAJLIS PELANCARAN KOLEKSI TERBARU “IZZUEXCLUSIVE”

Spread the love

YOL_3659

SHAH ALAM, 14 November: Aktor dan penyanyi popular, Izzue Islam yang juga kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan memperkenalkan koleksi terbaru “IZZUEXCLUSIVE” di Zawara Coffee, Bukit Jelutong, di sini, hari ini. Ia melibatkan 11 rekaan terbaru busana muslim yang terdiri daripada jubah dan kurta, termasuk selendang (instant shawl) bagi kaum hawa.

YOL_3429

Koleksi jubah terbaru rekaan “IZZUEXCLUSIVE” diberi nama Lutfi dan Bazil; masing-masing menggunakan fabrik jenis “Nisimbo cotton” dan “Egyptian cotton” yang lembut serta mudah terbentuk. Kedua-dua fabrik ini juga mudah digosok. Jubah Lutfi direka dengan menggunakan leher Mandarin dan dilengkapi kemasan “hand cufflinks” dan berharga RM159. Jubah Bazil pula dilengkapi zip tersembunyi dengan kolar biasa dan berharga RM179.

_MG_2957

IMG_4230

IMG_4293

IMG_4325

IMG_4673

IMG_4776

Sementara itu, 2 koleksi kurta keluaran jenama ini iaitu Zayyan yang disertakan seluar (RM179) dan Kurta Izzue (RM99) menggunakan fabrik “Nisimbo cotton”. Manakala kurta Rayyan (RM79) diperbuat dengan menggunakan fabrik “Cotton matt” yang lembut dan sejuk dipakai. Kesemua rekaan jubah dan kurta “IZZUEXCLUSIVE” ditawarkan dalam 5 pilihan warna berbeza dan saiz di antara S hinga XXL.

_MG_2940

IMG_4798

_MG_2928

_MG_2921

Paling istimewa, anggota kumpulan Forteen ini juga mengambil langkah berani dengan memperkenalkan 6 rekaan selendang yang diberi nama Instant Shawl Amanda, Instant Shawl Baiduri, Instant Shawl Sakeena, Instant Shawl Salena, Shawl Auni dan sehelai rekaan selendang bercetak iaitu Beauty Shawl.

Bagi memastikan keselesaan si pemakai, keenam-enam rekaan selendang ini menggunakan fabrik berkualiti tinggi dari Itali iaitu “Moss Crepe”, “Lycra Cotton”, “Chiffon Crepe Nasiji” dan “Chiffon Crepe Satin Printed”. Selain mudah merenggang dan tahan lasak, fabrik ini juga lembut dan tidak mudah renyuk. Kesemua rekaan selendang IZZUEXCLUSIVE berharga RM39.

YOL_3027

YOL_2795

YOL_2504

YOL_2331

_MG_2886

_MG_2863

_MG_2850

_MG_2841

_MG_2833

_MG_2821

_MG_2815

Selain kehadiran rakan-rakan artis, majlis pelancaran koleksi terbaru IZZUEXCLUSIVE berlangsung meriah dengan kehadiran 50 peminat istimewa Izzue yang diundang khas bagi menyaksikan pertunjukan ini. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan istimewa dari kumpulan Forteen.

Kesemua koleksi terbaru ini bakal dipasarkan dalam masa terdekat menerusi stokis atas talian yang sah dan laman instagram rasmi jenama ini iaitu IZZUEXCLUSIVE. Berhasrat untuk mengembangkan perniagaan ke rantau ini, Izzue juga membuka peluang kepada rakan usahawan yang berminat untuk menjadi stokis bukan hanya di Malaysia, malah di Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Sebarang pertanyaan mengenai stokis boleh diemel kepada izzuexclusive.stokis@gmail.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *