(SEMASA) Malabar Gold & Diamonds Melancarkan Bilik Pameran Baharu di Mydin Mall Seremban-2

Spread the love

Malabar Gold & Diamonds, peruncit barang kemas keenam terbesar di dunia dengan lebih 375 showroom di 13 negara, telah melancarkan showroom baharu mereka di Malaysia bertempat di Mydin Mall, Seremban-2. Showroom ini dirasmikan oleh YBHG Dato’ Wira (DR) Haji Ameer Ali Mydin bersama YBHG Datin YBHG Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd, Encik Nijeesh P, Ketua Cawangan Malabar Gold & Diamonds dan Encik Aljas CV, Timbalan Ketua Cawangan Malabar Gold & Diamonds.

Bilik pameran ini direka khas untuk menepati citarasa pelanggan tempatan dan merupakan cawangan kelapan Malabar Gold & Diamonds di Malaysia. Ia menawarkan koleksi barang kemas daripada emas, berlian, dan batu permata yang direka khas mengikut citarasa dan keutamaan wanita tempatan yang berhijab. Barangan emasnya diikat dengan emas 916 iaitu 22K. Malabar Gold and Diamonds yang dikenali di peringkat global kerana pendekatan mesra pelanggan dan polisi yang telus, setiap pembelian barang kemas di Malabar Gold & Diamonds disokong oleh “Malabar Promise” iaitu jaminan yang diberikan kepada pelanggannya. Komitmen ini memastikan kualiti dan perkhidmatan yang tiada tandingan, termasuk: nilai penuh untuk pertukaran emas dan berlian, berlian yang diperakui secara antarabangsa dan diperoleh secara bertanggungjawab, tanda harga telus yang menunjukkan berat batu, berat bersih, dan caj batu barang kemas serta nilai terbaik untuk pembelian semula barang kemas.

“Dengan penuh rasa bangga dan kegembiraan, kami memperluaskan kehadiran Malabar Gold & Diamonds di Malaysia yang makmur ini. Kami memulakan operasi pertama kami di Malaysia pada tahun 2015 dan sejak itu kami telah menjadi salah satu jenama barang kemas yang digemari di negara ini, menarik minat pencinta barang kemas dari pelbagai lapisan masyarakat. Bilik pameran baharu di Mydin Mall adalah satu lagi pencapaian dalam perjalanan kami, dan menjadi yang kedua seumpamanya di Malaysia selepas kejayaan cawangan kami di Ampang Point. Kedua-dua cawangan membawa rekaan dan koleksi dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan wanita tempatan. Penambahan baharu ini mengukuhkan komitmen kami untuk mencapai lebih ramai pelanggan di seluruh Malaysia, sekaligus memperkukuhkan kedudukan kami sebagai peruncit barang kemas pilihan di negara Malaysia ini,” kata Encik Shamlal Ahamed, Pengarah Urusan Operasi Antarabangsa Malabar Gold & Diamonds.

Jenama ini kini mempunyai 8 cawangan di Malaysia yang terletak di Jalan Masjid India (2 showroom), Pulau Pinang, Klang, Bandar Seremban, Ipoh, Mydin Mall Seremban, dan Ampang Point Shopping Centre. Rancangan pengembangan jenama ini termasuk pembukaan showroom baharu di Bangsar, Johor Bahru dan beberapa cawangan di Selangor


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *