(SEMASA) MINI Malaysia Raikan MINIfest 2017 dengan Muzik, Makanan dan Pasar Jualan bertemakan MINI yang pertama!

Spread the love

 

MINI Malaysia akan menganjurkan MINIfest 2017, satu acara untuk seisi keluarga pada Ahad ini, 20 Ogos. MINIfest 2017 akan menjadi pasar jualan bertemakan MINI yang pertama, di mana para peniaga dan pemilik menjual pelbagai jenis pakaian, fesyen, aksesori dan barangan gaya hidup dari but kereta MINI mereka.

Selain itu, festival tersebut akan menyaksikan pelbagai aktiviti untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan rakan-rakan. Ini termasuklah menaiki belon udara panas, bowling tayar, hidangan enak daripada trak-trak makanan serta congkak dan jenga bersaiz besar! Untuk si kecil, aktiviti-aktiviti di bahagian seni, kraf dan mesra kanak-kanak memastikan mereka sentiasa terhibur.

Para pengunjung pasti gembira apabila mendapat tahu bahawa peniaga akan menurunkan harga barangan masing-masing dalam jualan pantas selama lima minit, sepanjang hari. Di MINIfest 2017, tiada siapa yang akan ditinggalkan kerana tetamu berpeluang memenangi banyak hadiah eksklusif dan misteri! Sebagai hiburan, MINI Malaysia akan menjemput beberapa buah kumpulan muzik terkenal seperti Paperplane Pursuit yang telah memenangi anugerah, penyanyi berbakat besar Talitha Tan dan rapper kelahiran Sabah, Arabryd untuk membuat persembahan. Bukan itu sahaja, pasukan Hitz FM Cruisers dan RD daripada Hitz FM juga akan berada di sana.

Sebagai tambahan, pandu uji kereta MINI termasuklah model yang baru sahaja dilancarkan, MINI Countryman ada disediakan. Pengunjung juga akan menjadi antara yang terawal untuk melihat model terhad MINI Clubman Sterling Edition. Ia kini dibuka untuk tempahan secara dalam talian sahaja mulai 15 Ogos di laman web: www.mini.my/sterlingedition.

 

Perincian acara:

Tarikh:          Ahad, 20 Ogos 2017

Masa:                         3.00 pm hingga 10.00 pm

Lokasi:           Desa ParkCity, 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur

Maklumat lanjut mengenai MINIfest 2017, sila layari laman web: https://app.mini.my/minifest/ atau MINIfest 2017’s Facebook page.

 

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *