(SEMASA) Mizz Nina Melebarkan Sayap Fesyen Beliau Melalui Butik & Kafe Madeena

Spread the love

EZA_7751edit

Kita sedia maklum bahawa, Mizz Nina yang dahulunya merupakan artis hip hop dan lincah telah membuat keputusan untuk melakukan transformasi di dalam kehidupan beliau. Penukaran imej beliau bermula sebaik sahaja beliau pulang daripada mengerjakan ibadah haji pada Oktober 2013. Isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan iaitu Noh ini mula memperlahankan rentak di dalam dunia hiburan secara sedikit demi sedikit, sehinggalah beliau memutuskan untuk menumpukan tumpuan beliau ke arah dunia fesyen dalam penghasilan pakaian muslimah melalui jenama MADEENA.EZA_7741edit

Penumpuan beliau ke arah perniagaan pakaian muslimah ini bermula secara online melalui laman sesawang madeena.my dan fashionvalet.com. Beliau juga banyak mempromosi jenama MADEENA ini melalui penglibatan beliau di bazar-bazar dan pertunjukan fesyen seperti KL Fashion Week. Bertitik tolak dari itu lah, beliau mengorak satu langkah lagi dengan membuka butik dan kafe pertama beliau yang terletak di Heritage Lane, Empire Damansara, Damansara Perdana. Dengan pembukaan butik MADEENA tersebut, peminat dan pembeli boleh membuat pembelian secara tunai untuk pelbagai koleksi jubah wanita, abaya, hijab, ada juga jaket, skirt panjang yang terkini dan menutup aurat. Dikesempatan pembukaan butik dan kafe itu juga, Mizz Nina turut juga memperkenalkan koleksi wangian beliau kepada tetamu dan pelanggan yang hadir.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *