Tag: muslimah

(SEMASA) MOSLEMA IN STYLE BAWA LABEL FESYEN MUSLIMAH GLOBAL KE KUALA LUMPUR NOVEMBER INI

save

Moslema In Style Fashion Forward 2015 (MISIFF 2015) telah mengumumkan penganjuran acara fesyen sopan di tahun ketiga. Bermula dari 7 hingga 8 November 2015, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kulala Lumpur bakal menjadi platform buat pereka fesyen Muslimah baru dan yang telah menempa nama di seluruh rantau dengan mempersembahkan koleksi rekaan terbaru mereka. Emy Yuzliza, Pengasas Moslema In Style berkata, “Kami bermula dengan membawa lapan pereka fesyen muda dari Malaysia dan Indonesia pada 2013; diperkenalkan atas nama ‘MISIFS’, yang juga merupakan acara pertunjukan fesyen pertama kami dihadiri bukan sahaja di kalangan tetamu Malaysia, tetapi juga United Kingdom dan negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapore, Brunei dan Thailand.” Read more →

(SEMASA) Mizz Nina Melebarkan Sayap Fesyen Beliau Melalui Butik & Kafe Madeena

EZA_7751edit

Kita sedia maklum bahawa, Mizz Nina yang dahulunya merupakan artis hip hop dan lincah telah membuat keputusan untuk melakukan transformasi di dalam kehidupan beliau. Penukaran imej beliau bermula sebaik sahaja beliau pulang daripada mengerjakan ibadah haji pada Oktober 2013. Isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan iaitu Noh ini mula memperlahankan rentak di dalam dunia hiburan secara sedikit demi sedikit, sehinggalah beliau memutuskan untuk menumpukan tumpuan beliau ke arah dunia fesyen dalam penghasilan pakaian muslimah melalui jenama MADEENA. Read more →