(SEMASA) MYDIN Umumkan Kerjasama Strategik dengan Shopee Malaysia

 

MYDIN Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) akan terus mengukuhkan pasaran mereka. Rangkaian pasar raya terbesar negara telah merekod pencapaian terbaharu dengan mengumumkan kedai rasmi dalam taliannya di Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan.

Kerjasama strategik bersama Shopee ini merupakan julung-julung kali bagi MYDIN. Ia sebahagian daripada pelan pembangunan Kumpulan tersebut dalam mengembangkan segmen peruncitan dalam talian selepas pelancaran MYDIN Online, Klik and Pick lewat tahun lepas.

“Rancangan kami mudah – kami mahu menawarkan kemudahan kepada pelanggan setia kami supaya boleh mendapatkan pelbagai pilihan produk dengan lebih mudah di samping memberi nilai tambahan bagi perbelanjaan mereka. Kami adalah organisasi yang mempunyai rangkaian fizikal. Oleh itu, dalam usaha mengembangkan segmen peruncitan dalam talian ini, kami memerlukan rakan kongsi yang komited seperti Shopee. Kami pasti kerjasama ini akan membuahkan hasil kerana kami yakin dengan kelebihan dan pengalaman Shopee,” kata Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan, MYDIN Mohamed Holdings Bhd.

Kini, Shopee merupakan platform e-dagang yang berkembang paling pantas di Malaysia. Kerjasama ini membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia mendapatkan lebih daripada 2,000 produk MYDIN seperti barang runcit, produk penjagaan bayi, produk Muslim dan banyak lagi. Kedai rasmi MYDIN akan dilancarkan di platform Shopee Mall pada 19 Mac nanti. Pelanggan boleh membeli produk seperti tudung pada harga serendah RM1 dan banyak lagi. Di samping itu, Shopee Mall menawarkan penghantaran percuma, jaminan 100% produk tulen dan polisi pemulangan secara percuma selama 15 hari; yang menjanjikan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang premium apabila pelanggan membuat pembelian dari MYDIN di platform Shopee.

“Kami berbesar hati apabila rangkaian pasar raya terbesar di Malaysia yang mengkhususkan dalam bidang pemborongan dan peruncitan telah memilih kami sebagai rakan e-dagang mereka. Tindakan MYDIN untuk meningkatkan usaha-usaha B2C (dari perniagaan ke pengguna) secara dalam talian amat bersesuaian pada masa ini apabila kita melihat anjakan bagi tabiat membeli-belah pengguna. Semakin ramai rakyat Malaysia membeli-belah secara dalam talian dan pembeli mahukan transaksi berjalan dengan cepat, mudah, selamat dan murah di samping tawaran yang menarik apabila membeli-belah secara dalam talian. Shopee dapat menawarkan kelebihan tersebut,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Bagi merancakkan usahasama ini, pengguna akan teruja dengan potongan harga 20%, terhad kepada RM20 bagi setiap pembelian minima RM70 dengan menggunakan kod baucar MYDIN20 sebelum mendaftar keluar. Baucar tersebut sah dari 19 hingga 25 Mac 2018. Tertakluk pada terma dan syarat.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Lawati laman web www.shopee.com.my/mydin untuk mendapatkan produk-produk MYDIN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *