Tag: Mydin

(SEMASA) MYDIN dan AmMetLife Takaful berkerjasama menyediakan perlindungan Takaful Unik untuk ahli kad iMeriah MYDIN

13 Disember 2017, Kuala Lumpur Mydin Mohamed Holdings Bhd bekerjasama dengan AmMetLife Takaful Berhad (AmMetLife Takaful) melancarkan perlindungan Takaful iMeriah eksklusif untuk ahli Kad Meriah MYDIN yang layak di seluruh negara. Program Kesetiaan dan Ganjaran MYDIN memperkenalkan iMeriah sebagai penghargaan kepada pelanggan setia yang menyokong Mydin Mohamed Holdings Bhd selama ini. MYDIN adalah perintis di Malaysia yang memperkenalkan idea seperti ini, dimana ia menyediakan perlindungan bulanan dalam bentuk barangan keperluan kepada ahli Kad Meriah yang berbelanja di MYDIN seluruh negara. iMeriah adalah pelan Takaful patuh syariah yang unik dan inovatif, diuruskan oleh AmMetLife Takaful yang menyediakan perlindungan terhadap kematian dalam bentuk manfaat barangan keperluan yang menggantikan manfaat wang tunai. Read more →

(SEMASA) PASCA 60 TAHUN – MYDIN KINI DI TALIAN!

Khamis, 28 September 2017, 8 Muharam 1439H – Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), rangkaian terbesar peruncitan milik anak tempatan melancarkan sistem perkhidmatan pembelian dalam talian atau lebih mesra dikenali sebagai Online Shopping di MYDIN USJ, Subang Jaya, Selangor. Sememangnya, langkah MYDIN menubuhkan perkhidmatan ini amat sinonim dan bersesuaian dengan kehendak gaya membeli barangan keperluan dalam golongan masyarakat yang berkerjaya dasawarsa ini. Perkhidmatan MYDIN Online Shopping ini dikomersialkan dengan nama MYDIN Online, ‘Klik & Pick’ #JomKlikMydin dan aplikasi ini sudah tersedia dan boleh dimuat turun sekarang di aplikasi Google Play Store dan Apple App Store. Read more →

(SEMASA) DIRGAHAYU MYDIN 6O TAHUN

Khamis, 17 Ogos 2017, 24 Zulkaedah 1438H – Siapa sangka? Implikasi derita perang dunia kedua, musibah kebakaran kedai papan pertama, kesukaran mendapat pinjaman biaya pasar raya pertama, sederap hanya mampu menjadi lipatan sejarah dalam langkah perjalanan MYDIN meniti usia! Inilah realitinya! Hari ini, seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 #MYDIN60Tahun yang diadakan dengan penuh kemeriahan, kebanggaan dan kesyukuran. Buat julung kalinya, MYDIN mengadakan sambutan ke-60 tahun dengan sokongan padu daripada rakan penaja untuk meraikan kejayaan MYDIN di dalam dunia peruncitan yang usianya sudah menjangkau lebih daripada setengah abad. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pihak pengurusan tertinggi rakan penaja, rakan pembekal, pihak berkuasa tempatan, ahli lembaga pengarah MYDIN dan rakan media. Read more →

(SEMASA) MYDIN – GIRANG SYAWAL TIBA 2017 #GirangSyawalTiba

dav

15 Jun 2017 – 20 Ramadan 1438 H, Khamis, seperti biasa sempena dengan musim Syawal, MYDIN mengadakan promosi Ramadan & Syawal untuk memenuhi setiap keperluan persiapan orang ramai untuk menyambut Syawal. Promosi Ramadan telah bermula pada 11 Mei 2017 sehingga 4 Jun 2017 manakala promosi Syawal telah bermula pada 8 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017. Pelbagai promosi dengan tawaran harga yang mampu milik seperti pelbagai seleksi kurma, kuih raya, perhiasan dan dekorasi raya, baju kurung, baju Melayu, kain sampin, kurta, jubah, tudung, kerongsang magnet dan banyak lagi. Para pelanggan boleh mendapatkan koleksi busana raya MYDIN seperti baju kurung raya serendah RM29.90, baju elayu raya serendah RM49.90 dan jubah raya lelaki serta jubah raya wanita serendah RM29.90 dan RM39.90. Semua koleksi Raya ini turut dipromosikan di dalam majalah seperti majalah Nona, Keluarga, Wanita, Maskulin dan Hijabista. Read more →

(SEMASA) PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK ADABI BERSAMA MYDIN SEMPENA RAMADHAN 2017

dav

Konsep program bubur lambuk ini dijalankan pada tiap-tiap tahun seperti sebelum ini. Dan ini adalah acara tahunan yg dijalankan oleh pihak Adabi sepanjang bulan ramadhan. Pada tahun ini Adabi mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Mydin Hypermarket yang terpilih di seluruh negara. Read more →