(SEMASA) NESTLÉ LA CREMERIA® PERKENALKAN AISKRIM BERPERISA PUDINA (MINT)

KUALA LUMPUR, April 14, 2017 – Nestlé Ice Cream telah melancarkan produk terbaharunya— La Cremeria® Classically Mint, aiskrim berperisa pudina yang direka khas untuk wanita moden yang ingin meluangkan waktu bersendirian. Perlancaran produk baharu ini dilangsungkan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
La Cremeria® Classically Mint ialah aiskrim yang disediakan secara khas untuk mengingatkan wanita bahawa ‘The World Can Wait’ — nikmatilah waktu peribadi bersama aiskrim La Cremeria yang enak lagi memuaskan.

“Misi kami tertumpu pada para pengguna kami untuk membantu mereka memperoleh detik-detik kecil bagi memanjakan diri sambil mengharungi kehidupan harian mereka. Dengan pemahaman ini, kami telah memperkenalkan perisa baharu yang boleh menyampaikan mesej ini. La Cremeria® Classically Mint pasti akan mengagumi pengalaman deria pengguna,’ jelas Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ice Cream. “Peminat aiskrim pasti teruja dengan airkrim berperisa pudina ini yang lembut dan berkrim, juga ditaburkan dengan biskut ranggup dan disalut coklat yang memberikan tektur yang memuaskan.

Falsafah jenama La Cremeria® adalah agar pengguna membiarkan arus dunia berterusan ketika mereka menikmati waktu bersendirian. Detik masa yang diluangkan bersama diri sendiri akan melahirkan perasaan sejahtera dalam diri sendiri.

Seorang harus mengambil masa untuk menikmati aiskrim yang lazat sebagai satu cara untuk meluangkan waktu bersendirian, walaupun menghadapi cabaran hidup seperti ‘deadlines’ atau kerja rumah. La Cremeria® memperakui wibawa kaum wanita yang mempunyai pelbagai peranan di tempat kerja serta di rumah. Dalam usaha untuk mencapai lebih kejayana dalam kehidupan mereka, kami mengetengahkan bertapa pentingnya memelihara penjagaan diri,” tambah Yit.

Bagi meraikan pelancaran ini, La Cremeria® mempelawa sekumpulan wanita mithali yang amat mengilhamkan bagi mengeratkan para wanita yang sering dilanda kesibukan dalam kehidupan harian. Penyanyi dan pelakon Cheryl Samad, sebagai pengacara pelancaran, telah mengendali perbincangan yang membabitkan pelakon dan personaliti TV Sarah Lian, jurulatih gaya hidup Sharmini Hensen dan Pengurus Pemasaran Konsumer Aiskrim Nestlé, Farrah Salina Norman, mengenai kepentingan penjagaan diri dan manfaat kehidupan sihat dan seimbang di kalangan
wanita hari ini.

“La Cremeria® ingin mengingatkan para wanita untuk mengutamakan keadaan mental, emosi dan fizikal mereka. Adalah mustahak untuk wanita meluangkan masa untuk diri sendiri tatkala mengharungi hidup yang sibuk, dalam masa yang sama, dapat mengutamakan empati, kepuasan hidup dan harga diri,” jelas Yit.

Classically Mint adalah perisa terbaru jenama La Cremeria® yang telah wujud di pasaran tiga tahun lepas. Perisa lain termasuk Absolutely Almond ​danHeavenly Chocolate.

La Cremeria® Classically Mint disediakan dalam hidangan kepingan batang 75ml dan Mini Multipacks, pada harga runcit yang disyorkan RM3.50 dan RM10.92 masing-masing. Produk ini kini boleh didapati di pasaran di seluruh Malaysia.

Ikutlah La Cremeria® diFacebookuntuk maklumat lanjut mengenai acara La Cremeria® Classically Mint di pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *