(SEMASA) NutriSUP Ayam Brand™ Baharu, Sup Berkhasiat Dalam Satu Tin Yang Bebas Hormon & Bebas Antibiotik

Spread the love

 

SHAH ALAM, 8 Februari, 2018– Dengan musim tengkujuh yang telah tiba, memang elok jika kita dapat menikmati semangkuk sup panas ayam bebas hormon, akar-akar berkhasiat dan sayuran yang dimasak menggunakan tekanan tinggi. Lebih elok lagi jika anda dapat menikmatinya semudah membuka satu tin.

Kini anda boleh berbuat demikian dengan NutrisSUP, satu tambahan baharu kepada barisan makanan bertin berkualiti tinggi; menyihatkan; mudah; bebas pengawet dan tiada MSG oleh Ayam Brand™.

Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah yang tersohor di Malaysia dan di kebanyakkan kawasan di Asia Tenggara sejak 125 tahun dahulu.

Terdapat tiga pilihan dalam barisan NutriSUP baharu yang boleh anda pilih iaitu; Ketulan Ayam dengan Akar Teratai dan Goji; Ketulan Ayam dengan Cendawan Tea Tree dan Ketulan Ayam dengan Burdock dan Goji. Dimasak menggunakan tekanan tinggi, daging ayamnya amat lembut dan berjus manakala supnya pula mengekalkan khasiat dan kebaikan akar teratai; goji; cendawan tea tree dan burdock.

Ayam yang digunakan untuk NutriSUP adalah bebas hormon dan bebas antibiotik untuk memberikan anda ketenangan fikiran.

Ayam Brand mahukan lebih ramai pengguna menikmati sup berkhasiat yang padat dengan kebaikan semulajadi tradisional, sama seperti yang dimasak oleh nenek dan ibu mereka namun boleh dinikmati dengan mudah; terus sahaja dari tin.

Buka tin NutriSUP anda, panaskan dengan perlahan dan anda sudah boleh menikmati kebaikan semulajadinya, selazat masakan ibu.

Akar Teratai

Akar bunga teratai dianggap snek lazat serta berkhasiat dalam masakan Asia dan sering digunakan sebagai rawatan herba[1]. Secara tradisi, ia digunakan untuk memperbaiki penghadaman; mengurangkan kolestrol; memperkuatkan sistem imunisasi; melancarkan perjalanan darah dan mengekalkan aktiviti enzim yang baik dalam badan[2].

Beri Goji

Kebanyakan pakar makanan menganggap Beri Goji sebagai makanan super kerana khasiatnya yang rendah kalori; bebas lemak; kaya serat dan mempunyai cirri-ciri anti-oksid[3]. Beri Goji kaya dengan protein dan tinggi kandungan karbohidrat kompleks[4] yang mengambil lebih lama masa untuk diuraikan dan mengrangkan kejutan gula. Beri Goji secara tradisinya digunakan untuk meningkatkan imunisasi [5] dan dikatakan mampu memperbaiki ingatan serta perkembangan otak[6].

Cendawan Tea Tree

Dikenali secara saintifik sebagai Agrocybe Aegerita, namanya Cinanya , bermaksud Cendawan Tea Tree. Ia mempunyai rasa buah berangan dan penggunaannya direkodkan sejak tamadun Greek dan Roman. Cendawan Tea Tree mengandungi lebih banyak potasium[7] berbanding kebanyakan sayuran atau buah-buahan. Potasium membantu mengekalkan ritma jantung normal; keseimbangan cecair; otot dan fungsi-fungsi saraf[8]. Secara tradisi, Cendawan Pokok Teh digunakan oleh masyarakat Cina untuk penjagaan kesihatan perut serta memastikan usus mendapat khasiat yang secukupnya.

Akar Burdock

Tumbuh secara semulajadi di utara Asia dan Eropah, akar burdock telah digunakan sejak berkurun lama sebagai ubatan holistik untuk merawat pelbagai penyakit, termasuklah sebagai diuretic dan bantuan penghadaman[9] memandangkan ia merupakan sumber bukan kanji terbaik polisakarida seperti inulin, glucoside-lappin dan musilaj yang bertindak sebagai pelaw[10]. Ia juga dikenali dengan kebolehannya untuk membersihkan darah, menguatkan tulang dan membina sistem saraf[11].

Halal Certified

Barisan NutiSUP Ayam Brand™ disahkan Halal oleh JAKIM.

 

Pricing and Availability

Kesemua varians NutriSUP Ayam Brand™ kini boleh didapati di seluruh negara pada harga cadangan jualan RM9.00 (termasuk 6% GST) bagi tin 410ml.

Untuk maklumat lanjut sila layarai pautan http://www.ayambrand.com.my

[1] https://healthyfocus.org/benefits-of-lotus-root/

[2] https://www.organicfacts.net/health-benefits/vegetable/lotus-root.html

[3] https://draxe.com/goji-berry-benefits/

[4] https://www.healthline.com/health/goji-berry-facts#nutrition2

[5]https://www.avogel.co.uk/food/truth-about-goji-berries/

[6] https://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/health-benefits-of-goji-berry-or-wolfberry.html

[7] https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2007/jan/30/healthandwellbeing.features11

[8] http://www.fiddlefordmushrooms.co.uk/images/mushroom-superfood.pdf

[9] https://www.healthline.com/health/burdock-root

[10] https://www.nutrition-and-you.com/burdock-root.html

[11] https://permaculturenews.org/2016/03/22/burdock-build-your-blood-bones-and-nervous-system/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *