(HIBURAN) FILEM ADIWIRA BADANG

Spread the love

Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) telah menerbitkan sebuah Filem Adiwira Badang yang diarahkan oleh pengarah filem unggul negara, Dato’ Prof. Dr. A. Razak Hj. Mohaideen terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan UiTM Holdings. Berikutan itu, satu sesi sidang media Filem Adiwira Badang akan diadakan pada 5hb Febuari 2018, yang bertempat di mmCineplexes, eCurve Damansara. Turut hadir barisan pelakon “Badang” adalah Dato’ Sri Aliff Syukri, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor, Fareez Fauzi, Norman Hakim, Zalfin Zin, Datin Nur Shahida M. Rashid, Azmir Aziz, Douglas Lim, Nadia Brian, Esma Daniel, Julia Ziegler dan ramai lagi. File mini akan ditayangkan di pawagam mulai 15hb Febuari 2018.

Filem Adiwira Badang merupakan filem bergenre komedi dan adiwira yang diadaptasikan daripada lagenda  ‘Badang’, namun diberikan suntikan pembaharuan dalam filem tersebut. Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Badrul (lakonan Dato’ Sri Aliff Syukri) atau dikenali sebagai Bad. Bad kehilangan ibunya, Mak Siah (lakonan Aminah Rhapor) yang telah terbunuh dalam satu kekecohan selepas gagal menyediakan wang perlindungan kepada Geng Taiko. Sebelum kematianya, Mak Siah sempat menceritakan tentang kelahiran Bad yang merupakan seorang anak istimewa yang lahir dari buluh sebagai hadiah untuk  Mak Siah dan suaminya yang tidak mempunyai zuriat dan Mak Siah juga sempat  memberitahu Bad bahawa dia akan  memiliki kuasa luar biasa yang akan membezakan dirinya dengan manusia biasa menjelang umurnya 25 tahun.

Menjelang ulang tahunnya yang ke-25, Bad mula menyedari bahawa kuasa-kuasa luar biasa telah timbul apabila dia memegang pohon buluh, dirinya mulai ghaib dan bertukar menjadi halimunan. Sejak dari tu, kawannya Sarip (lakonan Azhari Zain), telah membantu dan melatih dirinya mendapatkan kuasa luar biasa sehingga mempunyai kekuatan dan kelajuan yang maksimum. ‘Badang’ mulai muncul sebagai  seorang adiwira yang dikenali oleh seluruh masyarakat Malaysia kerana telah banyak berjasa kepada masyarakat. Fokus utama ‘’Badang’ adalah untuk membalas dendam terhadap Geng Taiko yang diketuai Abang Tai (lakonan Fauzi Nawawi) yang telah menyebabkan kematian ibunya tetapi beliau jatuh cinta kepada Tisha (lakonan Fasha Sandha) yang merupakan adik tiri kepada abang Tai. ‘Badang’ mulai merasa dilema apabila terpaksa memilih antara dendam dan cinta.

Filem ini merupakan kerjasama FiTA Studio Sdn Bhd bersama 45 orang pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), Kampus Puncak Perdana. Dato’ Prof. Dr. A. Razak Mohaideen memberi peluang kepada 45 pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) untuk sama-sama terlibat dalam pembikinan filem ini. Melalui penglibatan  pelajar dalam filem ini memberi peluang untuk pelajar menjalani latihan perfileman secara langsung dalam memberikan pendedahan kepada kerja- mereka tentang kerja produksi sebenar.  Ini merupakan filem keempat terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan kali ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk sama-sama menyertai menjayakan filem ini dari pelbagai aspek. Kesan khas bagi filem ini hampir tiga puluh (30) minit telah dihasilkan oleh Yusri KRU.

Pengarah Filem Adiwira Badang yang juga merupakan Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Dato’ Prof. Dr. A. Razak Hj. Mohaideen berkata, dia memilih untuk mengangkat adiwira sebagai tunjang filem terbaharunya itu kerana sudah lama ingin berbuat demikian.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *