(SEMASA) Oppo R9s – Mendefinisikan Kehebatan Kamera  

Spread the love

dav

Baru-baru ini, pihak OPPO Malaysia telah melancarkan telefon OPPO R9s baru yang menampilkan selebriti Fatah Amin dari Malaysia dan Lee Minho dari Korea bagi melengkapkan barisan duta produk OPPO bersama-sama dengan Ayda Jebat dan Min Chen.

dav

OPPO R9s merupakan sebuah telefon pintar dengan kamera berkuasa tinggi. Dilengkapi dengan kamera swafoto  (selfie) 16MP di bahagian hadapan bersama perisian Beautify 4.0 akan memenuhi kehendak penggemar swafoto. OPPO R9s mempunyai sensor khas Sony IMX398 16MP f/1.9 di bahagian belakang . Kamera belakang ini menggunakan autofokus dwi-PDAF yang mampu mengunci fokus 40% lebih pantas. Ia boleh merakam video Ultra HD 4K dan dilengkapi penstabil imej elektronik (EIS). Selain itu, ia dikuasakan CPU Snapdragon 625 bersama 4GB RAM serta 64GB storan dalaman yang boleh ditambah dengan kad microSD hingga 128GB.

OPPO R9s meggunakan Android 6.0 Marshmallow yang mempunyai slot dua kad SIM dan paparan skrin AMOLED bersaiz 5.5-inci beresolusi 1080p HD  penuh dengan diperkuatkan dengan kaca Corning  Gorilla Glass 5.  Dilengkapi dengan bateri sebesar 3010mAh dan disokong dengan pengecasan pantas VOOC,  OPPO R9s hanya memerlukan pengecasan selama 5 minit yang dapat memberikan tempoh penggunaan selama 2 jam. OPPO R9s juga boleh bertahan selama 15 jam 25 minit pada pengecasan penuh.

dav

dav

dav

Terdapat enam garis antena pada OPPO R9s, masing-masing tiga di bahagaian atas dan tiga lagi di bahagian bawah yang dipercayai mampu meningkatkan penerimaan isyarat 4G LTE dan Wi-Fi tanpa mengira bagaimana telefon itu dikendalikan. OPPO R9s juga mempunyai pengimbas cap jari pada butang Home untuk tujuan keselamatan.

sdr

dav

dav

OPPO R9s terdapat dalam dua variasi warna iaitu Emas dan juga Rose Gold. Ia dijual pada harga RM 1798. Produk ini boleh didapati menerusi laman rasmi Oppo Malaysia dan juga menerusi rakan kerjasama OPPO seperti Maxis, Celcom, Lazada atau 11Street.

dav

Spesifikasi OPPO R9s

  • Processor : Qualcomm OCTA-core
  • Cip Grafik : Adreno 506
  • OS : Android Marshmallow
  • RAM : 4GB | ROM : 64GB (kad SD Mikro 128GB)
  • Paparan Skrin : 5.5-inci 1920p × 1080p
  • Kamera : 16MP (Depan & Belakang)
  • Warna : Gold & Rose Gold
  • Harga : RM1,798

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *