(SEMASA) Pallete oleh STABILO® membawakan keceriaan warna dan kegembiraan!

Spread the love

Kehidupan seharian kadang kala boleh menjadi bosan dan mendatar. Walaubagaimanapun, warna emosi anda yang terang dan meriah tidak akan luntur dalam mengharungi  perjalanan kehidupan ini yang mempesonakan. Jika anda ingin mewarnai emosi anda, apakah rona warna yang anda akan pilih?

Sebagai ‘Ikon Fesyen’ di dalam dunia alat tulis, yang pernah membawakan ‘highlighter’ Boss dan Point 88 ‘fineliner’ yang terkenal dengan jaluran jingga dan putih, STABILO® kini memperkenalkan satu lagi produk yang menarik perhatian dan berkualiti tinggi – pen gel Pallete yang boleh retrak! Direka untuk mereka yang bersemangat tinggi dan mengejar keseronokan, ia membawa kepada kebebasan untuk memperkenalkan warna di dalam kehidupan anda, seperti mana yang anda sukai, pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Tidak dinafikan pen gel walaupun mudah digunakan, boleh kelihatan membosankan. Pen gel boleh retrak Pallete direka bentuk untuk memperkenalkan warna yang meriah, namun praktikal, yang memenuhi keperluan alat tulis anda.

Pen gel yang pernah satu ketika dulu kelihatan biasa sahaja dan tidak menyerlah, kini boleh disesuaikan mengikut mood anda. Dengan 7 warna untuk dipilih, penyesuaian adalah tanpa batas dan boleh disesuaikan mengikut mood dan keperluan semasa.

Anda akan berupaya untuk menyesuaikan pelbagai rupa, seterusnya membolehkan anda untuk memadakannya dengan mood dan menyinari hari-hari anda.

Sumber inspirasi kami datang daripada komposisi yang terbentuk daripada ideal, warna dan ruang yang minimalis: kerana ia melambangkan rupa yang dinamik, hasil gabungan warna yang bertenaga dan ringkas, semuanya di dalam pen gel yang boleh dipercayai dan menyeronokkan.

STABILO® berjaya mencapai keseimbangan yang sempurna diantara reka bentuk berfungsi yang minimalis dan warna yang gemilang.

Palet musim panas, diterangi dengan warna yang hangat seperti jingga, merah dan merah jambu pic menyerlahkan koleksi palet ini dan mewakili warna-warna hangat. Rona warna yang terang dan bertenaga ini membawa kegembiraan.

Manakala warna-warna sejuk seperti biru, hijau dan kelabu adalah lebih sesuai digunakan dalam situasi formal. Mengingatkan kita kepada ketenangan air di kolam dan suasana alam semula jadi yang mendamaikan, warna-warna ini memberikan rasa tenang dengan rona warna yang bersih. Tenang dan mendamaikan, warna-warna ini menggalakkan kita semua untuk menggapai tinggi ke langit, dan keluar dari kepompong tanpa rasa takut.

Sudah tentu anda tidak perlu risau tentang fungsi Palette. Produk-produk keluaran STABILO® adalah terjamin dari segi kualiti yang berada dalam kedudukan tertinggi, dan ini memastikan pengalaman penulisan yang lancar. Anda tidak akan mengalami masalah dalam menggantikan dakwat pen kerana terdapat indikasi aras dakwat yang berguna.

Warna-warna tidak hanya membawa kehangatan dan perasaan dalam kehidupan seharian kita; ia juga memberikan tenaga emosi yang memperkasakan kita; membolehkan kita untuk mengekspresi diri secara bebas, memberikan nafas, cahaya dan harapan di dalam dunia kita.

Kini, sementara anda mengenalpasti warna-warna emosi anda, sudahkan anda menjumpai Palette yang sesuai untuk setiap masa? Sekarang masanya untuk mendapatkan Palette anda. Pen gel Pallete yang boleh retrak ini boleh didapati di kebanyakan kedai-kedai buku dan pembekal alat tulis yang utama di seluruh negara (RRP RM4.90). Untuk maklumat lanjut, cila layari www.stabilo.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *