(SEMASA) Pelancaran Rasmi Produk Baru Harman di Malaysia

dav

Malaysia, November 8, 2017HARMAN International merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co., Ltd. yang menumpu kepada teknologi berkaitan untuk pasaran automotif, pengguna dan perusahaan. Hari ini, Harman International telah melancarkan pelbagai model baharu untuk koleksi pembesar suara mudah alih, fon kepala, audio rumah, dan bar bunyi di bawah jenama JBL, Harman Kardon dan AKG. Kini, peminat audio mempunyai lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan hiperkritikal audio mereka.

dav

Berikut adalah senarai produk baru Harman International:

Jenama Kategori Penerangan Produk Warna

 

Harga (RM)
JBL JBL Junior JR300BT Pink, Teal, Blue/Orange 239
JBL JBL Junior JR300 Ice Blue, Spider Red 129
JBL Multimedia Boombox Black 2,299
JBL Multimedia Pulse 3 Black, White 1,299
JBL Multimedia Flip 4 Black, White, Red, Blue, Teal, Grey 639
JBL Personal Audio Everest 750NC Gun Metal, Silver 1,499
JBL Personal Audio Everest 710 Gun Metal, Silver 1,099
JBL Personal Audio Everest 310 Brown, Gun Metal, Purple, Silver 899
JBL Personal Audio Everest 110 Steel Blue, Gun Metal, Silver 499
JBL Personal Audio E55BT Quincy Edition Space Gray, Dusty Rose 829
JBL Personal Audio E65BT NC Black Matte, Blue, White 899
JBL Personal Audio T205 Black, Rose Gold, Gold, Silver 99
JBL Personal Audio T110 BT Black, Blue, Green, Pink, White 199
JBL Personal Audio Free Black, White 699
JBL Home Audio Bar 5.1 Black 4,299
JBL Home Audio Bar 3.1 Black 3,099
JBL Home Audio Bar 2.1 Black 1,899
JBL Home Audio Bar Studio Black 1,099
JBL Home Audio Playlist Black, Blue, White 999
Harman Kardon Multimedia Aura Studio 2 Black 1,299
Harman Kardon Multimedia Onyx Studio 4 Black, Blue, White 999
AKG Headphones N60 NC Wireless Black 1,199
AKG Headphones N40 Silver 1,699
AKG Headphones N30 Black, Silver 1,350
AKG Headphones N25 Black, Beg, Teal 869

*Produk-produk atas akan dijual di peruncit dan kedai rasmi JBL Official di Lazada Malaysia.

JBL Jr terbaru, iaitu barisan JBL yang utama, merupakan fon kepala kanak-kanak yang sempurna yang menggabungkan keperluan hiburan kanak-kanak yang menepati jangkaan tahap kualiti dan keselamatan yang dititikberat oleh golongan ibu bapa. Barisan JBL Jr baru termasuklah model berwayar dan tanpa wayar yang direka khusus untuk kanak-kanak yang berusia tiga hingga sepuluh tahun. Koleksi ini direkayasa untuk memaksimumkan tahap keseronokan pada tahap kelantangan yang selamat, sesuai untuk deria pendengaran kanak-kanak yang sensitif.

Semua fon kepala JBL Jr baru merupakan anugerah bunyi yang dijamin dengan kualiti audio yang tinggi pada tahap yang selamat, dan sesuai untuk kanak-kanak. Demi meningkatkan implikasi dan jaminan anugerah bunyi kepada golongan kanak-kanak, empat orang bintang kanak-kanak telah dilantik sebagai duta JBL Jr dan telah memperagakan koleksi ini di atas pentas. Duta kanak-kanak ini adalah Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan, Nur Qistina Raiseh, Sarah Tan, Houson Ng dan Jaco3oy. Mereka telah memperagakan siri fon kepala JBL Jr baru dalam gabungan warna-warna yang menarik, sesuai dengan personaliti mereka, justeru mempamerkan lagi keindahan koleksi ini.

Acara Kemuncak & Peragaan Pentas:

  1. Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan (5 tahun)

 

  1. Nur Qistina Raisah (9 tahun)
  • Siri Drama
  • Iklan TV
  • Telefilem
  • Duta
  • Facebook & Instagram
  • Portfolio 2017:
    • Drama 80 episod – Papa Ricky (Astro Ria)
    • Episod Drama– Dia (TV3)
    • Filem – Felina
    • Telefilem – Selimut Merdeka (TV9)
    • Telefilem – Jangan Sembelih Merah (TV3)
    • Telefilem – Babybro (TV Astro)
    • Telefilem – Doa Terindah (RTM)
    • Cerekarama – Imamkan Aku (TV3)
    • Trevellog (RTM)
    • Episod Drama – Syurga ke2 (Astro)
    • Episod Drama – Lafazkan kalimah cintamu (Astro)

 

  1. Sarah Tan (13 tahun)
  • Siri Drama
  • Filem: THE KID FROM THE BIG APPLE 2 will release in cinemas nationwide 16th November 2017.
  • Pemenang Anugerah Festival Filem Macau Antarabangsa ke-7, The Best New Artist (Movie title: THE KID FROM THE BIG APPLE)
  • Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik FFM Ke-28 (Movie title: THE KID FROM THE BIG APPLE)
  • Facebook & Instagram

 

  1. Houson Ng (11 tahun)
  • Filem 2016
    • SHOW ME YOUR LOVE
    • HUAT THE FISH
  • Siri Drama
  • Berbakat dalam Tarian Latin
  • Iklan TV
  • Facebook & Instagram

 

  1. Jaco3oy (4 tahun)

 

Selain dari kanak-kanak, selebriti dan artis juga akan datang ke acara ini. Mereka ialah Jeff Chin (My FM’s DJ, duta jenama untuk Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd), Arjalee (Artis), Han Xiiao Aii (Artis), Joe Chang (G0XUAN’s DJ), Steve Woon (Artis), Kah Jun (Artis), Pink Tan (Artis), Hanz Koay (Artis), KNY Low (Artis), dan Alvin Chong (Artis).

dav

Penyelesaian konsep runcit JBL yang sebenar telah dibina untuk menggambarkan visual lengkap pameran produknya. Lima ruangan pameran dinding dalam kategori tersendiri akan mengalu-alukan para pelanggan di ruang kedai. Kategori utama adalah multimedia, fon kepala santai, fon kepala sukan, bar bunyi, dan pembesar suara Harman Kardon. Semua tetamu, khasnya golongan peruncit boleh menikmati konsep gaya hidup yang mempamerkan pelbagai aksesori Harman.

dav

Musim perayaan Hari Krismas bakal menjelang. Oleh itu, Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd telah mengumumkan promosi Jualan Akhir Tahun untuk memikat hati pelanggan mereka. Demi memeriahkan lagi suasana Hari Krismas, mereka akan memberikan kad Hadiah JBL yang eksklusif dan kertas pembalut untuk semua pelanggan setia JBL. Selain itu, pelanggan yang membeli siri headphone E & T layak menerima stoking hiasan Krismas. Untuk fon kepala JBL Jr, waranti tambahan 1 tahun akan diberi, tetapi ia terhad kepada 1,000 unit sahaja.

dav

Akhir sekali, Anugerah Pencapai Sepuluh Teratas telah dikurniakan kepada peruncit yang telah menyumbang kepada jualan Hot Gadgets: (nama tidak disenaraikan dalam urutan)

  • CG Computers Sdn Bhd
  • Machines Sdn Bhd
  • Viewnet Computer System Sdn Bhd
  • Foto Flash Sdh Bhd
  • All IT Hypermarket Sdn Bhd
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd
  • C-Zone Sdn Bhd
  • BG Phonemart Sdn Bhd
  • Vivid Telecommunication Sdn Bhd
  • Thunder Match Technology Sdn Bhd

    dav

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *