(SEMASA) Pelanggan Astro Nikmati Lebih Banyak Kandungan dan Pilihan Pakej 11 Saluran Tambahan dan 5 Pakej Baharu

Spread the love

DSCF0370

Kuala Lumpur, 18 June 2013 – Pelanggan Astro menerima berita gembira lagi apabila dapat menikmati lebih kandungan dan pelbagai pilihan pakej bagi memenuhi keperluan tontonan dan bajet masing-masing. Hari ini, Astro melancarkan 11 saluran baharu dan 5 lagi pakej baharu seiring dengan komitmen ke arah membina tawaran nilai pelanggan yang lebih kukuh.

ASTRO barusmall

Berucap pada pelancaran Astro Lifestyle Centre, Mid Valley Megamall, Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Komersial Astro berkata, “Kami komited menyampaikan pengalaman pengguna dan tontonan terbaik kepada 3.58 juta pelanggan Astro yang kian meningkat dengan memberikan lebih banyak pilihan kandungan pada lingkungan harga yang lebih luas bagi memenuhi kehendak pelanggan. Kami memberikan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk memilih daripada lebih 20 pakej untuk disesuaikan dengan keperluan tontonan dan bajet mereka. Melalui pelbagai produk dan perkhidmatan yang kami sediakan, kami juga menawarkan pelbagai pakej pengisian yang merangkumi pelbagai genre dan kami percaya pekej-pakej ini mampu memenuhi citarasa kesemua segmen pelanggan sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Para pelanggan kami pastinya akan lebih gembira kerana kini mereka dapat menikmati program-program kegemaran mereka dalam format Definisi Tinggi (HD) melalui pek baru Family HD dengan 40 saluran SD dan 11 saluran HD pada harga RM49.95.

Selain daripada pek asas, kami turut memperkenalkan Value Pack yang dinamakan Pek Nilai, Pek Naama dan Pek Wah dalam format HD berharga RM75 setiap satu khas untuk pelanggan yang ingin menonton saluran vernakular terbaik dalam format HD. Para pelanggan Value Pack juga boleh menambah saluran genre yang lain ke dalam Pek Nilai mereka seperti Sukan dan Filem dengan bayaran tambahan sebanyak RM25 setiap satu ataupun Pek Mini dengan bayaran tambahan sebanyak RM12 setiap satu.”

Lebih banyak pakej untuk tawaran nilai pelanggan yang lebih hebat:

  • Pek Family HD – Akses untuk menikmati 11 Saluran HD (Astro Quan Jia HD, Astro Maya HD, KBS World HD, ONE HD, Disney XD HD, beTV HD, AXN HD, FX HD, Food Network Asia HD, Li HD dan KIX HD) dengan harga berpatutan

dan Pek Astro Family yang merangkumi pelbagai pilihan genre untuk seisi keluarga pada harga RM49.95 untuk 51 saluran.

  • Tambahan Pek Nilai – Menyediakan pilihan tontonan yang lebih luas buat pelanggan Value Pack untuk melanggan pakej Filem, Sukan atau Mini pada kadar harga yang istimewa.
  • Pek Astro Chuen Min – Pelanggan yang inginkan lebih banyak saluran Bahasa Cina dalam Pek Family boleh memilih Pek Astro Chuen Min pada harga yang sama iaitu RM37.95.

*Sila lihat lampiran untuk pilihan pakej-pakej baharu.

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “Di Astro, kami menawarkan kandungan menarik yang relevan dengan keperluan gaya hidup para pelanggan kami. Kami amat komited dalam melakukan pembaharuan terhadap kandungan kami untuk menarik perhatian penonton bukan sahaja di kaca televisyen tetapi juga melalui pengalaman 360° merangkumi di ruang udara, melalui acara lapangan dan dalam talian. Hari ini Astro membekalkan saluran-saluran dengan genre yang pelbagai dan tahun ini, kami telah melancarkan 11 saluran baru dan lebih banyak lagi yang akan muncul. 11 saluran baru  tersebut adalah Astro Maya HD, Astro Hua Hee Dai HD, Astro On Demand HD, Astro Quan Jia HD, Raj TV, Kalaignar TV, Jaya TV, Vijay TV dalam Pakej Chakravathy, Astro SuperSport 3 HD, Astro SuperSport 4 dan Lifetime SD, menjadikan jumlah keseluruhan saluran Astro kini 174 saluran. Daripada jumlah ini, 37 saluran adalah dalam format HD yang mengukuhkan lagi keutamaan pelanggan untuk format HD.

 Selain itu, kami juga dengan rasa berbesar hati ingin mengumumkan bahawa para pelanggan perkhidmatan bebas langganan, NJOI akan dapat menikmati tiga lagi saluran tambahan iaitu NTV7, 8TV and TV Al Hijrah bermula hari ini sekaligus menjadikan jumlah saluran NJOI yang ditawarkan 22 saluran kesemuanya.”

NJOI telah berjaya menarik dan meningkatkan jumlah para pelanggan dengan mencatatkan tambahan sebanyak 264,000 sehingga 30 April 2013. Astro akan terus memperkenalkan pakej-pakej yang berpatutan pada kadar harga tertentu, khas buat para pelanggan NJOI.

Lebih inovasi kandungan

  • Astro Maya HD (Saluran 135) – Pengisian program Melayu terbitan Astro daripada Astro RIA, Astro PRIMA dan Astro OASIS dalam format HD seperti Akademi Fantasia, Primadona, MeleTOP, Salam Muslim, Misiku Kuza dan Bila Hati Perempuan Menjerit.
  • Astro Hua Hee Dai HD (Saluran 332) – Saluran hiburan Hokkien selama 24 jam dalam HD yang mengandungi program Hokkien tempatan dan antarabangsa popular seperti, Hua Hee Karaoke, Hua Hee Hokkien Class dan Hua Hee Makan.
  • Astro On Demand HD (Saluran 350) – Siaran serentak drama-drama TVB terbaru yang sedang ditayangkan di Hong Kong seperti A Change of Heart, Awfully Lawful dan akan datang Triumph in the Sky II.
  • Astro Select – Lima Saluran HD untuk pelanggan Astro B.yond IPTV-Maxis dilancarkan pada April 2013; Comedy Central, WeTV, HBO Hits, HBO Signature dan HBO Family dengan 5 lagi akan dilancarkan dalam tahun ini.
  • Lebih kandungan tempatan, serantau dan antarabangsa – Saluran lain yang turut dilancarkan awal tahun ini termasuk, Astro Quan Jia HD, Raj TV, Kalaignar TV, Jaya TV, Vijay TV dalam Pakej  Chakravathy; Astro SuperSports 3 HD; Astro SuperSports 4 dan Lifetime SD yang dilancarkan baru-baru ini.
  • Pilihan lebih luas Video On Demand – HBO on demand diperkenalkan untuk akses segera ke semua rancangan bersiri, filem dan acara HBO, bermula dengan 5 rancangan bersiri dan bakal ada lebih banyak lagi. ONE HD dengan rancangan bersiri terkini dari Korea dan pilihan video atas permintaan sehingga 600 jam. Sehingga 380 filem Disney, termasuk filem hit yang dibawa terus dari pawagam dan filem cereka animasi kegemaran. Juga rancangan bulanan terkini dari Animax terus dari negara Jepun, dan acara WWE penuh aksi untuk peminat sukan.

 

Liew berkata, “Kami ingin memastikan para pelanggan dapat merasai pengalaman hebat bersama Astro di semua peringkat. Oleh itu, kami dengan berbesar hati ingin menjemput semua para pelanggan untuk mengunjungi Lifestyle Centre kami yang baru dibuka di MidValley. Astro Lifestyle Centre menawarkan pusat hentian setempat yang mempamerkan produk serta perkhidmatan terbaik daripada Astro untuk pelanggan-pelanggan kami berinteraksi dan merasai pengalaman perkhidmatan Astro semasa mereka berada di pusat membeli-belah ini. Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat tentang langganan, produk serta lain-lain lagi atau pun membuat pembayaran di kiosk bayaran yang disediakan.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai saluran dan pakej terbaru kami, kunjungi Astro Lifestyle Centre di MidValley Megamall (Tingkat 2). Ataupun hubungi Astro di talian 1300 82 3838 atau layari  www.astro.com.my/shop.

astro pakej comb


Spread the love

One comment on “(SEMASA) Pelanggan Astro Nikmati Lebih Banyak Kandungan dan Pilihan Pakej 11 Saluran Tambahan dan 5 Pakej Baharu

  1. NUR ARIF BIN HASSAN says:

    Saya lebih bergembira jika astro dapat siarakan SECARA LANGSUNG TV dari negara Singapura, Brunei dan Indonesia. Terima kasih.

Leave a Reply to NUR ARIF BIN HASSAN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *