(SEMASA) PELUANG MENIKMATI PERCUTIAN MEMPESONAKAN KE KOREA BERSAMA LACREON

Acuvue Korea Contest_Image

Kuala Lumpur, 1 Jun 2015 – Rebutlah peluang meneroka pemandangan indah, muzik hebat, kebudayaan dan keajaiban Korea Selatan yang dibawakan khas oleh 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON®, kanta lekap kecantikan inovatif yang baharu, untuk kegunaan harian yang menyerikan kilauan mata anda!

Packshot_1 _ DAY ACUVUE_ DEFINE_ with Lacreon__Vivid Style_30pk_Side

1•DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON® yang direka untuk memberi keselesaan berpanjangan sememangnya satu keperluan kecantikan bagi setiap wanita kerana ia menyerikan lagi kecantikan semulajadi mata dan memberikan 20 jam kelembapan dan keselesaan yang mampu kekal sepanjang hari! Satu-satunya jenama yang menawarkan piawai perlindungan UV yang diiktiraf di peringkat antarabangsa – penggunaan 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON® melindungi pemakai daripada sinaran matahari secara selamat dan sihat.

Bermula 1 Jun, 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON® menjemput anda merebut peluang sekali seumur hidup untuk memenangi salah satu dari Hadiah Utama. Antara hadiah menarik ialah Percutian 7H/6M ke Seoul dan Jeju untuk dua (2) orang, bernilai RM10,000 serta sesi kecantikan dan penggambaran bersama Jojo Goh, duta 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON®.

Packshot_1 _ DAY ACUVUE_ DEFINE_ with Lacreon__Natural Shine_30pk_Front

Peluang menarik ini terbuka kepada sesiapa yang membeli sekurang-kurangnya satu kotak 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON®.  Anda hanya perlu layari www.acuvue.com.my*, jawab dua soalan mudah dan gunakan kreativiti anda untuk mencipta slogan kurang daripada 20 perkataan. Seterusnya, isi semua butiran yang diperlukan dan sertakan resit pembelian ** sebagai bukti untuk penghantaran penyertaan anda. Mudah sekali! Peraduan berakhir pada 31 Julai 2015, hantarlah penyertaan anda segera! Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, sila layari www.acuvue.com.my.

Selain Hadiah Utama, 30 hadiah saguhati berbentuk bekalan kanta lekap  1•DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON® untuk tempoh satu (1) bulan juga menanti untuk dimenangi.

 Packshot_1 _ DAY ACUVUE_ DEFINE_ with Lacreon__Accent Style_30pk_Side

1•DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON® baharu ialah kanta lekap pakai buang harian yang boleh didapati dalam Natural Shine™, dengan cincin limbal kelabu gelap dan berkilau emas; Accent Style dengan cincin limbal hitam; dan Vivid Style dengan cincin limbal coklat. 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON® berharga RM149 (harga runcit) untuk satu kotak 30 kanta lekap.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ with LACREON® dan cara untuk memenangi peraduan ini dari pakar optometrist jenama kanta lekap ACUVUE® yang    bertauliah atau layari www.acuvue.com.my atau www.facebook.com/AcuvueMalaysia.

*Peraduan ini hanya boleh disertai melalui penyertaan atas talian.

** Setiap penyertaan mesti disertakan dengan resit sah sebagai bukti pembelian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *