(SUKAN) FARID YAKIN KEKAL AKSI KOMPETITIF DI INDONESIA

Spread the love

Farid Badrul heads into ROund 2 of the ARRC in a confident mood
Pelumba SuperSports 600cc, Mohd Farid Badrul Hisham sudah tidak sabar untuk turun beraksi dan yakin untuk memberikan saingan kompetitif pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarbangsa Sentul, Indonesia minggu ini.

BikeARC Racing Kawasaki
Malah pelumba BikeART Racing Kawasaki itu turut berkeyakinan tinggi mampu tampil dengan aksi bertenaga untuk bersaing merebut kedudukan podium berdasarkan keputusan positif yang diraih sewaktu saingan pusingan pertama di Litar Sepang, Malaysia setelah menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan keempat dan ke-10 dalam Perlumbaan 2.
Semangat Farid turut ditingkatkan dengan kehadiran dan bimbingan bekas juara SuperSports 600cc ARRC 2011, Katsuaki Fujiwara yang kini bertindak sebagai jurulatih bagi pasukan-pasukan di bawah sokongan Kawasaki setelah membuat keputusan bersara dari kejuaraan pada musim lepas.
Farid Badrul on the starting grid
“Kami menghadapi musim 2015 dengan persediaan yang lebih rapi dan berjaya mencapai keputusan positif sewaktu di Sepang. Meskipun begitu, kami tidak boleh leka dan perlu bekerja lebih keras untuk kekal kompetitif,” jelas Farid.
Tambahnya, “Ketika ini kami semua begitu bersemangat untuk beraksi di Indonesia, dan jentera juga lebih kompetitif berbanding musim sebelumnya, jadi saya juga yakin untuk meletakkan sasaran podium di Indonesia. Meskipun begitu saya akui masih terdapat jurang diantara saya dan pelumba lebih berpengalaman yang lain namun percaya mampu untuk memberikan saingan kepada mereka. Malah dengan bantuan Fujiwara sebagai jurulatih, tidak mustahil kami mampu untuk menaiki podium.”
Farid Badrul during the ARRC opening round at Sepang
Bercakap tentang cabaran getir di Litar Sentul yang dianggap antara litar cukup menarik dengan sokongan penyokong tempatan kepada barisan pelumba mereka, Farid berkata, “Peminat sukan permotoran di Indonesia cukup mengkagumkan dan keadaan litarnya juga memberikan cabaran berbeza. Dengan gabungan laluan lurus yang panjang dan disusuli selekoh yang sempit, Litar Sentul pasti menjanjikan kelainan dan cabaran yang berbeza.
Farid yang memasuki musim ketiga bersama BikeART Racing Kawasaki kini menghuni tangga keenam keseluruhan SuperSports 600cc dengan 19 mata, 26 mata dibelakang pendahulu, Mohd Zamri Baba (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang mengumpul 45 mata.
Rakan sepasukan Farid, Hazlanshah Mohd Noor di tangga ke-11 dengan 11 mata.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *