(SEMASA) PERJUMPAAN PEMAIN INDUSTRI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN SEDUNIA UNTUK KELESTARIAN MASA HADAPAN

Spread the love

Bangkok, 8 November 2023 – Datuk Seri Isham bin Ishak; Ketua Setiausaha Kementerian  Pertahanan bersama delegasi Kementerian Pertahanan telah hadir ke pameran  Defense & Security 2023 yang membuka tirai baru-baru ini di Pusat Pameran IMPACT.  Pameran pertahanan dan keselamatan serantau yang berlangsung sehingga 9 Nov  ini merupakan platform yang memaparkan evolusi perkembangan teknologi  pertahanan dan keselamatan oleh pelbagai syarikat pemain industri pertahanan dan  keselamatan dari serata dunia. Dikesempatan ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah berpeluang melakukan lawatan dan mengunjungi reruai pameran  dalam usaha Kementerian Pertahanan mempromosikan dan menarik minat lebih  ramai pempamer untuk mendaftar serta terlibat bagi pameran Defence and Service (DSA) dan National Security Asia (NATSEC ASIA) bagi tahun 2024 di bawah  penganjuran pihak DSA Exhibition And Conference Sdn Bhd. Turut hadir bersama di  pameran ini adalah Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima  Angkatan Tentera mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Pihak penganjur DSA Exhibition And Conference Sdn Bhd yang juga turut serta hadir  ke pameran Defense & Security 2023 kali ini, berbesar hati untuk mengumumkan  maklum balas positif daripada edisi 2022 yang lalu dimana sebanyak 90.4% peserta  ingin menyertai semula pameran dan persidangan DSA & NATSEC Asia 2024 yang  akan datang. Pada edisi yang lalu, seramai 380 delegasi VIP luar negara daripada 34  negara dan 35,567 pelawat perdagangan menghadiri pameran Pertahanan dan  keselamatan terbesar di Asia bagi menyaksikan pameran teknologi, sistem,  perkakasan dan peperangan elektronik paling maju di dunia. Pameran ini telah terbukti  sebagai platfom bagi para pemain industri, pihak Kerajaan, dan agensi Pertahanan  dan keselamatan dari pelbagai negara untuk berkumpul dan berdikusi bagi tujuan  membina kesefahaman dan kolaborasi di antara semua pihak.

Persediaan bagi edisi DSA dan NATSEC Asia 2024 akan datang yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 9 Mei 2024 telah pun bermula. Disokong dengan kejayaan  DSA dan NATSEC Asia 2022 yang lalu, pihak penganjur telah bersedia memberikan  penganjuran yang terbaik untuk edisi yang akan datang.

Membina Ketahanan Negara untuk Generasi Masa Hadapan 

Pertumbuhan mampan memerlukan kestabilan, keamanan, keselamatan dan  keharmonian. Hal ini adalah penting bagi sesebuah negara untuk membina daya  tahan bagi memastikan kestabilan dan masa hadapan sesebuah negara. Pada edisi  DSA dan NATSEC Asia 2024 yang akan datang, pameran dan persidangan ini akan  mengetengahkan tema ‘Membina Ketahanan Negara untuk Generasi Masa Hadapan’  bagi membincangkan isu kritikal semasa dan mencadangkan formulasi terbaik yang  dapat menjamin kestabilan bagi generasi masa hadapan.

“Semua negara beraspirasi untuk mencapai kestabilan dan kemajuan. Pertahanan  dan keselamatan sesebuah negara perlu dilihat sebagai satu pelaburan. Hanya  negara yang melabur secara strategik bagi sektor pertahanan dan keselamatan dalam  negeri akan dapat menghasilkan Angkatan berkredibiliti yang dapat melindungi  kedaulatan negara bagi memastikan rakyat dapat hidup dengan aman dan menikmati  kemakmuran ekonomi,” ulas Nadzeem Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif DSA  berkenaan objektif pemilihan tema edisi pameran akan datang pada majlis pelancaran Malaysia Pavilion di Defense & Security, Thailand.

Platform untuk Membina Ketahanan 

Pada pembentangan bajet tahun 2024 baru baru ini, pihak Kerajaan Malaysia telah  mengumumkan kenaikan peruntukan bagi Kementerian Pertahanan dan Kementerian  Dalam Negeri bagi menambahkan ketersediaan pertahanan dan keselamatan negara.  Kementerian Pertahanan Malaysia akan menerima peruntukan sebanyak RM19.7  bilion bagi tahun 2024, dengan kenaikan sebanyak RM 2 bilion berbanding tahun  2023. Kementerian Dalam Negeri pula akan menerima peruntukan sebanyak RM19  bilion dengan pertambahan RM500 juta berbanding tahun 2023.

Pelan perolehan menyeluruh Kerajaan Malaysia merangkumi pelbagai jenis aset-aset  penting bagi setiap agensi-agensi yang berkaitan. Antara perolehan aset yang  dikenalpasti adalah 12 buah helikopter bagi Tentera Udara Diraja Malaysia, selain  daripada penambahan aset bagi Tentera Darat Malaysia seperti 60 buah kenderaan  tempur infantri, 50 buah Kenderaan Taktikal Ringan Mobiliti Tinggi (HMLTV), 6 buah  ‘Hover Craft Integrated Fast Interceptor’ serta 733 kenderaan sokongan pelbagai jenis

termasuk 45 unit bot pelbagai jenis. Selain itu, Tentera Laut Diraja Malaysia akan meneruskan perolehan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS) dan kerja-kerja  memasang pulih dua aset kapal selam. Pihak Polis Diraja Malaysia pula akan  menggantikan aset-aset lama dengan 7 buah pesawat kapal terbang twin engine dan  5 buah helikopter ringan.

Keselamatan sempadan dan perairan negara juga akan terus dipertahan di samping  mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan kawalan di pintu-pintu masuk  antarabangsa. Bagi tahun hadapan, kerajaan akan menambah aset-aset perairan  antaranya perolehan 45 unit bot pelbagai jenis Tentera Darat serta 9 buah kapal ronda  generasi baharu serta bot pemintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  (APMM).1

Perhimpunan Industri Pertahanan dan Keselamatan Sedunia 

Penganjur DSA & NATSEC Asia 2024, telah menerima penyertaan awal daripada  pempamer seperti Roketsan Missiles Inc, CANiK (Samsun Yurt Savunma A.S), FNSS,  Aselsan, East Gear International, SWAT Footwear (M) Sdn Bhd, International  Securities Sdn Bhd (ISC) dan banyak lagi.

Pada edisi yang akan datang, penganjur juga telah menerima banyak pertambahan  penyertaan daripada pempamer tempatan yang optimis untuk menambah saiz  ruangan tapak pameran sebagai bukti keyakinan mereka terhadap platform yang  efektif ini disamping pemain industi dunia.

Pada majlis perasmian Malaysia Pavilion di Defense & Security Thailand, Datuk Seri  Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Jeneral Tan Sri Datuk  Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia telah  menyaksikan penyampaian kontrak penyertaan daripada Ikramatic Systems Sdn Bhd,  Mildef International Technologies, OpenApps Sdn Bhd, System Consultancy Services  Sdn Bhd, Kemalak Group, Ketech Asia, dan Beijing Bunch Exhibition Services yang  mewakili pavilion China. Lebih banyak syarikat dijangka untuk menandatangani  kontrak penyertaan pada hujung tahun ini.

Anatara pavilion antarabangsa yang telah mengesahkan penyertaan pada pameran  DSA & NATSEC Asia 2024 termasuklah Afrika Selatan, Austria, Amerika Syarikat,  China, Czech Republic, German, Itali, Perancis, Republic of Korea, Singapura,  Slovakia, Switzerland, Turki, dan United Kingdom.

Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyertaan, sila layari laman web  www.dsaexhibition.com atau emel kepada enquiry@dsaexhibition.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *