Tag: DSA

(SEMASA) PERJUMPAAN PEMAIN INDUSTRI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN SEDUNIA UNTUK KELESTARIAN MASA HADAPAN

Bangkok, 8 November 2023 – Datuk Seri Isham bin Ishak; Ketua Setiausaha Kementerian  Pertahanan bersama delegasi Kementerian Pertahanan telah hadir ke pameran  Defense & Security 2023 yang membuka tirai baru-baru ini di Pusat Pameran IMPACT.  Pameran pertahanan dan keselamatan serantau yang berlangsung sehingga 9 Nov  ini merupakan platform yang memaparkan evolusi perkembangan teknologi  pertahanan dan keselamatan oleh pelbagai syarikat pemain industri pertahanan dan  keselamatan dari serata dunia. Dikesempatan ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah berpeluang melakukan lawatan dan mengunjungi reruai pameran  dalam usaha Kementerian Pertahanan mempromosikan dan menarik minat lebih  ramai pempamer untuk mendaftar serta terlibat bagi pameran Defence and Service (DSA) dan National Security Asia (NATSEC ASIA) bagi tahun 2024 di bawah  penganjuran pihak DSA Exhibition And Conference Sdn Bhd. Turut hadir bersama di  pameran ini adalah Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima  Angkatan Tentera mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  Read more →