(SEMASA) PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN KL TOWER BUFET RAMADHAN 2017 – Menara Kuala Lumpur –  Bersempena dengan sambutan  Ramadhan AI-Mubarak

sdr


1438 Hijrah yang bakal  menjelma tidak  lama  lagi,  Menara Kuala  Lumpur tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sepanjang bulan tersebut. Seperti yang telah kita sedia maklum, Bubur Lambuk amat sinonim dengan  kedatangan  bulan  Ramadhan.  lanya  merupakan sejenis  hidangan yang amat  masyhur  dan  biasanya dimasak  secara  bergotong-royong  di  masjid  untuk diagihkan kepada para jemaah sebagai hidangan istimewa berbuka puasa.

Menyedari  keistimewaan  itu,  Menara  Kuala  Lumpur  dengan  kerjasama  Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Biro Pelancongan Kuala Lumpur (KLTB) akan menganjurkan Pertandingan   Memasak Bubur  Lambuk  2017 pada  Sabtu,  29 April  2017 mulai  jam  7.00 pagi  hingga 12.00 tengah hari di perkarangan  Menara Kuala Lumpur.

Pertandingan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dimana  setiap  kumpulan terdiri  daripada  4  orang  dan  terbuka  kepada  30 kumpulan dalam tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Ketegori Restoran/Hotel dan Kategori Masjid. Manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 April 2017.

IiAntara  tujuan  utama  penganjuran pertandingan  in;  adalah  bagi memperkenalkan Bubur  Lambuk  ke serata  dunia,  selain  daripada menambah minat  generasi  muda  terhadap  warisan  masakan  tradisional   ini  supaya  ianya tidak  dilupakan  dan pupus  dalam era kemodenan mesekini.”, kata Encik  Meor Shahril   Anuar   Ahmad   Rathuan,   Ketua   Pegawai   Eksekutif,   Menara   Kuala Lumpur.

Pertandingan in; juga  memberi peluang  kepada  para  pengunjung tempatan dan   antarabangsa untuk   mengetahui  dengan   lebih   mendalam mengenai sejarah  dan  kaedah  masakannya, d;samp;ng mereset  pelbagai resept  yang disediakan. lanya  bertepatan dengan  aspiras;  Menara Kuala  Lumpur   untuk menjadikan Menara Kuala  Lumpur  sebagai  destinasi wajib  untuk  aktiviti Kebudayaan  (Culture),  aktiv;ti    Lasak  (Adventure)  dan   Alam   semulajadi (Nature)”, tambah beliau lagi.

Pada masa yang sama, sebagai salah satu aktiviti CSR Menara Kuala Lumpur juga akan menjemput dua rumah anak-anak ASNAF seramai 60 orang akan turut diraikan pada acara ini. Acara ini juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan  Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Petronas  Dagangan Berhad, Spritzer, Sinar Jernih, Syarikat Faiza Sdn Bhd dan Adabi.

Seperti tahun-tahun sebelum ini,  Menara Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan untuk turut  mengadakan  ‘KL   Tower   Bufet   Ramadhan’   dengan bertemakan    ‘Iftar Seindah  Ramadhan’  yang  akan bermula  pada 1 hingga  23 Jun 2017, jam 6.30 petang hingga  10.00 malam di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.

Para pengunjung akan dapat menikmati lebih daripada 40 jenis sajian yang berkonsepkan ‘Citarasa Malaysia’,  tetapi masih menerapkan elemen-elemen sajian barat di dalam hidangan tertentu.

Istimewanya pada tahun  ini kami akan memperkenalkan hidangan yang menjadi kesukaan ramai iaitu ‘Roasted Lamb’ yang akan dihidangkan pada setiap hari sepanjang bufet Ramadhan ini. Dengan ini,  kami pasti hidangan-hidangan yang disediakan akan dapat menepati citarasa setiap pengunjung.

Bagi Bufet Ramadhan ini, kami menawarkan harga istimewa mulai esok sehingga 12 Mei 2017, dengan harga cuma RM89++ untuk dewasa dan RMS9++ untuk kanak­-kanak. Manakala bagi harga selepas promosi istimewa ini iaitu bermula pada 13 Mei 2017  adalah  RM99++  untuk  dewasa  dan  RM69++  untuk  kanak-kanak.  lanya percuma  untuk  kanak-kanak  dari  1  hingga  3  tahun.  Setiap  pembelian  akan disertakan dengan tiket percuma ke Pelantar Permandangan (Observation Deck), Menara Kuala Lumpur.

Bagi menghargai dan menarik ramai lagi tetamu untuk menikmati bufet Ramadhan di Menara Kuala Lumpur, dengan pembelian sebanyak 10 orang dewasa anda akan mendapat satu bufet dewasa PERCUMA. Pelanggan juga berpeluang untuk berkunjung ke Pelantar Terbuka  (Sky  Deck) dengan harga istimewa iaitu RM20 untuk dewasa dan RM10 kanak-kanak. Ini merupakan diskaun sebanyak 73%.

Selain  itu,  Menara Kuala  Lumpur juga  dengan  kerjasama Yayasan  Restu akan mengadakan Pameran ‘Rehlah Nabawiyyah: The Journey of Prophet Muhammad SAW’  sebagai pengisian bulan  Ramadhan bermula  1 hingga 23  Jun ini. Antara pengisian pameran tersebut adalah pameran replika beberapa bilah Pedang Rasulullah, pameran AI-Quran Lama, Demontrasi Khat Kaligrafi Islam dan banyak lagi. Kami menyeru pelawat-pelawat di luar sana terutama pelawat tempatan, anak­ anak  dan  keluarga  untuk  datang  ke  Menara  Kuala  Lumpur  untuk  mendapat manafaat dari pameran ini. Yuran masuk adalah RMS.OOsahaja.

Kami percaya dengan adanya pengisian-pengisian seperti ini di sepanjang bulan Ramadhan yang hanya disambut  setahun sekali, Menara Kuala Lumpur akan dapat menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara untuk bersama-sama menghayati bulan Ramadhan AI-Mubarak yang mulia ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *