(SEMASA) PIZZA HUT PUPUK MINAT MEMASAK DIKALANGAN KANAK-KANAK

Spread the love

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pizza Hut Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan kelas membuat piza di Pizza Hut cawangan Kota Damansara untuk 30 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary Kuala Lumpur. Kelas masakan yang merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti kempen promosi Pizza Hut ‘Signature Series’ yang telah mendapat sokongan chef selebriti Nik Michael ini bertujuan untuk mencetuskan minat dalam bidang masakan dikalangan kanak-kanak.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kanak-kanak ini tiba seawal jam 9.00 pagi dan telah disajikan dengan sarapan yang berkhasiat sebelum memulakan aktiviti. Mereka telah diajar cara-cara pembuatan piza bermula dari proses menguli hingga ke proses terakhir sebelum piza dimasukkan ke dalam oven. Setiap kanak-kanak diberikan sarung tangan dan apron sebelum memulakan aktiviti membuat piza. Mereka turut diberi peluang untuk memilih sendiri inti-inti piza. Selain itu, mereka juga turut belajar cara-cara untuk menguli doh, meletakkan sos dan memilih pelbagai topping piza. Aktiviti ini secara tidak langsung mengalakkan lagi kreativiti kanak-kanak tersebut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Suasana ketika kelas berlangsung diselangi dengan gelak ketawa kanak-kanak yang begitu teruja membuat piza! Kakitangan Pizza Hut turut berkongsi beberapa tips untuk menyediakan piza yang rangup dan lazat. Ramai yang tertarik dengan proses yang ditunjukkan dan pelbagai soalan telah diajukan kepada kakitangan Pizza Hut. Sementara menunggu piza siap dibakar, kanak-kanak ini dihiburkan dengan pertandingan mewarna sebelum menikmati hidangan piza dari rangkaian ‘Signature Series’ bersama penjaga mereka dan kakitangan di Pizza Hut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua kakitangan Pizza Hut yang telah meluangkan masa untuk menghiburkan mereka pada hari ini. Ia sememangnya satu pengalaman menarik yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh mereka,” kata Sister Malar Matthews, penjaga Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Kuala Lumpur.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Mana tahu, mungkin salah seorang kanak-kanak ini akan menjadi ‘Master Chef’ suatu hari nanti!,” katanya berseloroh.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan mewarna, di mana enam pemenang telah dipilih. Kesemua kanak-kanak turut menerima beg cenderahati dari Pizza Hut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *