(SEMASA) Pizza Hut Triple Box – 3X KEGEMARAN. 3X KERIANGAN!

Spread the love

Pic 1

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 2015 – Pizza Hut Malaysia kini menawarkan lebih kepelbagaian dalam inovasi terbaharu – Pizza Hut Triple Box – menawarkan hidangan pencuci mulut yang sungguh menyelerakan iaitu Kek Coklat Moist Pizza Hut ditambah dengan dua pilihan piza saiz biasa kegemaran anda, ketiga-tiganya disusun dalam kotak istimewa pada harga yang menakjubkan, iaitu hanya RM49.90! Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan tiga jenis piza saiz biasa pada harga yang sama, yang memberikan anda rasa dan nilai yang lebih hebat!

Pic 3

Dengan slogan “3X Kegemaran. 3X Keriangan!” promosi terbaru ini menjadikan perayaan dan sambutan hujung tahun ini akan lebih diingati dengan Pizza Hut. Pizza Hut Triple Box boleh didapati melalui khidmat penghantaran dan bawa pulang, manakala pelanggan yang ingin menikmatinya di restoran boleh memilih tawaran Triple Feast – gabungan hidangan yang juga enak dan menyelerakan.

“Pizza Hut Triple Box menampilkan tawaran yang bakal menarik perhatian mereka yang datang secara berkumpulan dan sentiasa mencari nilai terbaik tanpa perlu menjejaskan kualiti dan pilihan masing-masing. Mereka yang bekeluarga terutamanya akan tertarik dengan promosi ini kerana mereka boleh menikmati piza mengikut citarasa masing-masing, dipadankan pula dengan Kek Coklat Moist ciptaan Pizza Hut sendiri,” kata Jerry Loo, Pengurus Besar, Pizza Hut Delivery.

Pic 4

“Kami ingin menawarkan pelanggan kami dengan kepelbagaian citarasa pada harga yang terbaik. Selaras dengan itu, lahirlah idea kami untuk mencipta Triple Box. Triple Box menawarkan hidangan lengkap pada harga yang berpatutan dan juga memenuhi citarasa semua, tanpa sesiapa perlu berkompromi. Selain dari hidangan piza-piza yang lazat, kami juga berpuas hati kerana dapat memberikan pelanggan-pelanggan kami lebih nilai dan penjimatan,” tambahnya.

Pelbagai kempen promosi dan pemasaran bersepadu telah dirancang untuk memperkenalkan produk unik yang pertama di Malaysia ini. Pizza Hut Triple Box kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk tempoh yang terhad, bermula dari 3 November 2015.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *