(SEMASA) MAJLIS PELANCARAN “OWL BY NORA DANISH” DAN PERAGAAN KOLEKSI TERBARU “SIRNASIN”

Spread the love

owlbynoradanish_runaway3

Aktres popular Nora Danish kini melebarkan kerjayanya dalam bidang perniagaan menerusi pelancaran busana muslimah jenamanya sendiri, “OWL by Nora Danish”.

new_item_runaway1

Kesemua tujuh rekaan selendang termasuk 2 yang terbaru dan 3 jubah yang direka pelakon itu dengan bantuan pereka fesyen diperagakan buat pertama kali di hadapan rakan media dan lebih 32 stokis dari seluruh negara termasuk Singapura dalam sebuah majlis tertutup di Zebra Square Kuala Lumpur, di sini, malam ini.

velvetrose_runaway2

Paling istimewa, rekaan sulung koleksi “Nora Danish Apparel” yang berkonsepkan kasual dan menggunakan kain kapas berkualiti tinggi diperkenalkan dalam pertunjukan fesyen yang bertemakan “Owl In The Garden” – OWL by Nora Danish feat. SIRNASIN”.

Rekaan kasual “Nora Danish Apparel” kini dalam proses pengeluaran dan bakal berada di pasaran dalam masa terdekat.

velvetrose_runaway1

“OWL by Nora Danish” – Jenama Busana Inspirasi Nora Danish

Dua rekaan terbaru selendang “OWL by Nora Danish” yang diperagakan diberi nama “Glamorous Floral Printed Owl Shawl” dan “Spiral Pleated Chunky Instant Owl Shawl” masing-masing menggunakan fabrik bercorak yang lembut dan chiffon berkualiti.

“Glamorous Floral Printed Owl Shawl” ditawarkan dalam dua pilihan; potongan bawal dan selendang panjang (long shawl) serta dilengkapi hiasan seakan bulu mata dan diserikan dengan cetakan tandatangan “Nora Danish” sebagai simbol kemewahan.

Manakala “Spiral Pleated Chunky Instant Owl Shawl” pula merupakan “instant shawl” yang dihiasi batu perhiasan “chunky stone” dikeliling tudung.

tulip_aroma_runaway2

Turut diperagakan lima lagi rekaan selendang yang diberi nama Shawl ND™ Emily, Shawl ND™ Laura, Shawl ND™ Velvet Rose dan Instant Shawl ND™ Owl Diamond direka dengan menggunakan fabrik jenis ”Italian crepe chiffon”, “Italian cotton” dan “Italian velvet” yang berkualiti tinggi serta tidak mudah kedut, selesa dan tidak memanaskan si pemakai.

Sementara Shawl ND™ Tulip Aroma menggunakan “washable baby silk with perfume”;  fabrik lembut, bermutu tinggi dan berbau wangi pula diperincikan dengan kemasan berlian swarovski. Semua rekaan selendang “OWL by Nora Danish” juga diserikan dengan logo burung hantu sebagai “signature” jenama ini.

tulip_aroma_runaway

Selendang yang dijual pada harga di antara RM59 dan RM129 sehelai itu terdapat dalam pelbagai warna pilihan terkini dan dijual menerusi stokis dalam talian (online) serta laman web owlbynoradanish.com.

new_item_runaway

Jubah Kasual Beri Kesan Langsing

Dalam pada itu, 3 rekaan jubah “OWL by Nora Danish” yang dipakai peragawati pada malam ini menggunakan fabrik “Italian crepe” yang tahan lasak, selesa, sejuk dan mudah di basuh.

Jubah Sport, Jubah Tweed dan Jubah Pallazo direka khas bagi muslimah yang menggemarkan rekaan kasual serta potongan yang memberi kesan langsing kepada si pemakai. Ketiga-tiga rekaan jubah tersebut boleh didapati dalam saiz XS sehingga saiz XXXL dan dijual pada harga RM149 hingga RM199.

instant_shawl_diamond_runaway2

Dalam sidang media selepas pertunjukan tersebut, Nora Danish berkata, beliau yang dibantu ahli keluarga memilih sendiri material yang digunakan bagi koleksi “OWL by Nora Danish” di gedung fabrik terkemuka Jakel cawangan Shah Alam, Selangor yang merupakan pembekal utama fabrik berkualiti tinggi di negara ini.

Mohamed Izani Mohamed Jakel selaku Pengarah Jakel Shah Alam yang turut hadir pada pertunjukan tersebut berkata, “Pihak kami sangat berbangga dan berbesar hati kerana menjadi pembekal fabrik pilihan Nora Danish bagi pengeluaran rekaan “OWL by Nora Danish.”

jubah tweed_runaway

“Hanya fabrik berkualiti tinggi yang digunakan bagi setiap rekaan bagi memastikan keselesaan dan kepuasan pengguna “OWL by Nora Danish”, tambahnya lagi.

Berhasrat untuk mengembangkan perniagaan ke rantau ini, “OWL by Nora Danish” juga membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk menjadi stokis jenama tersebut bukan hanya di Malaysia, malah Singapura, Brunei dan juga Indonesia.

Kurta, Mandrin Eksklusif Dan Berani Dari “SIRNASIN”

Turut berlangsung ialah pertunjukan fesyen “SIRNASIN”, sebuah jenama pakaian muslim yang mempertontonkan koleksi busana lelaki mereka. Bertapak sejak pertengahan tahun 2015, “SIRNASIN” yang dimiliki usahawan Shah Kassim mempamerkan koleksi Faye dan Jerum (kurta) serta Numan dan Dome (mandrin). Kedua-dua koleksi ini masing-masing hadir dalam 7 warna berani.

Selain kurta dan mandrin, “SIRNASIN” turut menampilkan 10 pilihan warna jubah terbaru yang terdiri daripada koleksi The Zen 1 dan The Zen 2. Kedua-dua koleksi The Zen 1 dan The Zen 2 direka dengan gabungan elemen tradisional disamping perincian dan potongan moden, sesuai bagi lelaki maskulin yang mementingkan citarasa eksklusif dengan material berkualiti tinggi.

Rekaan jubah “SIRNASIN” yang diinspirasikan stail rekaan yang ringkas dan kemas (stylish, straight forward and clean). Ia sesuai dipadankan lelaki pelbagai peringkat umur yang kini menjadikan jubah sebagai pakaian harian dan bukan hanya untuk bersolat atau majlis perayaan. Selain itu, “SIRNASIN” turut memperagakan koleksi busana wanita terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Koleksi jenama ini menggunakan fabrik kapas dan “Irish linen” bermutu tinggi. Ia menjadikan kualiti “SIRNASIN” sebaris dengan pengeluar jubah dan jenama popular dalam dan luar negara.

Kesemua rekaan terkini koleksi “SIRNASIN” yang berharga di antara RM79 hingga RM299 boleh dibeli secara “online” di laman sosial Instagram “SIRNASIN” atau laman web www.sirnasin.com.

Pertunjukan Fesyen Dalam Taman

“Owl In The Garden” – OWL by Nora Danish feat. SIRNASIN” berlangsung meriah disaksikan kira-kira 300 orang tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan artis serta kenalan rapat Nora.

Rakan media dan barisan tetamu jemputan yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan dua penyanyi popular, Alyah dan Fynn Jamal yang diundang khas pada malam ini. Pertunjukan fesyen “Owl In The Garden” turut diserikan dengan pameran “pop-up store” yang menampilkan semua rekaan kedua-dua jenama bagi memberi peluang kepada para tetamu menyaksikan rekaan yang diperagakan dengan lebih dekat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *