(SEMASA) PROGRAM-PROGRAM TERBARU 2014 DI RAUDHAH LIN NISA’ TV9

RAUDHAH (2)

Pada 23 Disember yang lalu, telah berlangsung sidang media untuk memperkenalkan hos-hos baru program Raudhah Lin Nisa’ di TV9.   Bagi mengukuhkan lagi penjenamaan Raudhah di TV9 pada tahun 2014, Raudhah Lin Nisa’ merupakan satu jenama baru yang menghimpunkan program-program hiburan berbentuk ilmiah di TV9 yang dikhaskan untuk golongan wanita.  Antara program yang akan berada di bawah penjenamaan Raudhah Lin Nisa’ adalah Tanyalah Ustazah, Hijab Stailista, SIS, Shoutul Quran dan Safiyya.

image003crop

Bermula 3 Januari 2014, setiap hari Jumaat

  • Shoutul Quran, Jumaat, 11.00 pagi 

Shoutul Quran adalah sebuah program baru untuk tahun 2014.  Shoutul Quran mengetengahkan proses pengajian Al-Quran kepada para penonton untuk mengalunkan surah-surah lazim dengan penggunaan tajwid yang betul, alunan taranum yang merdu dan diakhiri dengan Qasidah. Program ini akan menampilkan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman, johan Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009 dan juga naib juara Akademi Al-Quran musim ketiga terbitan TV9 sebagi pengajar.  Bagi menambah kelainan Shoutul Quran ini, kehadiran penyanyi Siti Nordiana yang sudah berhijrah dan juga Salima Habibi akan tampil sebagai pelajar untuk memperbaiki lagi bacaan Al-Quran mereka.

  • Tanyalah Ustazah, Jumaat, 11.30 pagi

Program Tanyalah Ustazah ini adalah berdasarkan program popular TV9 yang sedia ada iaitu Tanyalah Ustaz. Setiap episod akan menampilkan seorang ustazah berpengalaman dan siarkan secara langsung. Penonton di studio dan juga penoton di rumah boleh berinteraksi bersama ustazah jemputan mengenai topik yang diberikan dalam setiap espisod. Di akhir program, Ustazah tersebut akan memberikan tips-tips berfaedah serta panduan-panduan bermanfaat sebagai kesimpulan kepada topik yang dibincangkan.

  • SIS (Semangat.Intelek.Swadaya), Jumaat, 7.00 petang

Program yang telah berjaya menarik minat golongan remaja dengan kupasan isu-isu menarik, SIS akan menampilkan dua wajah baru bagi menggantikan pengacara sebelumnya, Anne Ngasri dan Shabana. Diana Amir masih kekal menjadi hos SIS dan akan bergandingan bersama dua teman baru iaitu gadis manis Heliza Helmi dan Emy Ramly yang turut dicungkil bakatnya melalui pencarian hos Raudhah. Gandingan mereka pasti memberi impak berbeza kerana masing-masing mempunyai karektor dan pengetahuan berbeza.  SIS tidak hanya terhad membincangkan mengenai isu-isu yang sering dialami oleh kaum wanita, SIS juga akan mencakupi topik-topik yang lebih luas yang membabitkan isu semasa yang berlaku di serata dunia.

  • Hijab Stailista, Jumaat, 7.30 petang

Semakin ramai muslimah kini telah menjadikan hijab sebagai salah satu cara untuk mengeksresikan diri mereka dengan pelbagai fesyen pemakaian hijab namun masih lagi bergaya sopan dan menutup aurat. Hijab Stailista tidak hanya terhad kepada pemilihan fesyen hijab di dalam negara, malahan turut mengetengahkan pemakaian hijab muslimah di seluruh dunia yang lebih unik dan moden.  Ameera Zaini masil lagi kekal menjadi pengacara Hijab Stailista dan akan membawa anda lebih jauh untuk meneroka kota fesyen seperti di Tokyo, Melbourne, Milan dan Los Angeles. Pelbagai fesyen dan trend pemakaian hijab untuk menyerlahkan lagi personaliti diri sebagai muslimah yang mementingkan penampilan kemas dan menawan boleh anda ketahui dalam Hijab Stailista.

Bermula 5 Januari 2014, setiap hari Ahad

  • Safiyya, Ahad, 11.00 pagi

Jika dahulunya, Liyana Hisham sering menjadi penghias program yang memberi pelbagai inspirasi kepada wanita iaitu, Safiyya. Pada tahun 2014 tugas untuk mengendalikan Safiyya akan digalas oleh pengacara baru yang dicungkil bakatnya melalui program pencarian hos Raudhah yang telah dijalankan pada 14 September lalu di Sri Pentas iaitu Yusma Nabila Yunus atau Bella.  Menerusi segmen Imrah Safiyya, Nursafiyya, Azya Safiyya dan Blog Safiyya, para penonton Safiyya akan didedahkan dengan pelbagai kupasan menarik yang berguna untuk dijadikan panduan oleh golongan wanita untuk berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *