(SEMASA) Projek57 Unity Ride Terima Sokongan Mengharukan Daripada Rakyat Malaysia Yang Berhimpun Demi Perpaduan di Dataran Kemerdekaan

 

KUALA LUMPUR, Ogos 10, 2017 – Perusahaan Sosial, Projek57 hari ini telah memulakan kayuhan pertamanya bagi acara Projek57 Unity Ride ke seluruh negara bagi menyebarkan mesej penting kepada semua rakyat Malaysia tentang kepentingan semangat perpaduan yang jitu.

Seawal 7 pagi lagi, ribuan warga Malaysia telah berhimpun untuk menyertai acara sambutan ini yang kemudiannya dimulakan dengan acara berbasikal ke seluruh bandaraya Kuala Lumpur bersama-sama pengasas Projek57, Collin Swee and Syed Sadiq Albar, seiring dengan Car Free Sunday yang juga diadakan di sana. Pada masa yang sama, karnival yang meriah dan menyeronokkan juga turut berlangsung di Dataran DBKL di mana orang ramai dapat meluangkan masa berkunjung ke kiosk Projek57. Selebriti tempatan, Saran Kumar dan Lim Jian Wen, pelakon dari filem Ola Bola turut hadir pada pelancaran itu.

Kiosk Projek57 memaparkan gambar-gambar dan pameran bertemakan perpaduan. Pengunjung juga berpeluang untuk menyokong usaha ini dengan membeli Baju-T Projek57 dan barangan-barangan yang lain yang menyelitkan mesej-mesej positif dan bermakna tentang Malaysia. Baju-T Unity yang direka khas juga turut dijual dengan sebahagian keuntungannya disalurkan kepada golongan-golongan yang memerlukan.

Projek57 juga menyasarkan penglibatan anak-anak muda dan belia dalam pergerakan ini dan menawarkan latihan jualan langsung kepada anak muda Orang Asli untuk membentuk kemahiran komunikasi dan keyakinan mereka menghadapi dunia luar.

Kumpulan kayuhan Unity Ride Projek57 yang diketuai oleh pengasas Collin Swee dan Syed Sadiq Albar dilepaskan oleh Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar dan Pengarah Eksekutif Eco World Development Group Berhad, Liew Tian Xiong  selepas upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan nyanyian Negaraku pada jam 9 pagi di Dataran Merdeka. Para penunggang basikal Unity Ride yang terdiri daripada barisan selebriti, rakan kongsi dan pengaruh sosial media yang berkongsi misi yang sama, melakukan kayuhan sejauh 57km ke pit perhentian pertama di IOI City Mall Putrajaya, di mana sebuah acara komuniti bertemakan perpaduan dijalankan seiring dengan pelancaran Touch N’ Go Cares Card di The Symphony Walk.

Para penunggang basikal Unity Ride akan berbasikal ke seluruh negara bermula dari 6 Ogos ke 16 September 2017. Melalui kembara yang terdiri daripada 9 perjalanan itu, para penunggang basikal ini akan menghurai seribu satu cerita tentang harapan, perpaduan, ikatan dan hubungan persaudaraan yang terbina dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada acara Unity Ride ini, para penunggang basikal juga akan berkunjung ke kampung-kampung dan pekan-pekan kecil dan juga bandaraya di Malaysia, di mana Projek57 Unity Ride akan berhenti di lokasi-lokasi pit perhentian samada untuk mengajak anak-anak muda dalam kalangan pelajar-pelajar universiti dan sekolah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk perpaduan, atau menyertai acara-acara komuniti.

Syed Sadiq Albar dan Collin Swee berkongsi: “Kami amat berbesar hati dengan sambutan orang ramai yang menggalakkan pada hari ini. Ia membuatkan kami sangat terharu melihat begitu ramai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kaum datang untuk berganding bahu menyertai acara ini dan bangkit daripada setiap perkara negatif yang dapat menjatuhkan kita dan fokus kepada apa yang lebih positif dan indah tentang Malaysia. Ini sebenar-benarnya menggambarkan apa erti sebenar menjadi rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama meraikan kemajmukan yang telah memberikan kepelbagaian yang cukup indah kepada negara yang kita gelar “tanah air ku” ini.”

Menerusi inspirasi visi dan kata-kata Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, “Masa depan kita bergantung pada seberapa baiknya manusia yang pelbagai kaum boleh hidup bersama dan bekerja bersama,” acara kayuhan ini dan perusahaan sosial kami adalah satu cara untuk kami menjalankan tugas kami untuk memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk ikut serta bersama-sama dalam harapan dan kepercayaan yang mana setiap daripada kita dapat melakukan perubahan sepertimana kita dapat maju ke hadapan bersama-sama sebagai rakyat Malaysia.”

Seiring dengan visi ini, perusahaan sosial ini berharap dapat menemui rakyat-rakyat Malaysia di seluruh negara melalui kayuhan perpaduan (Unity Ride), yang akan meliputi kawasan-kawasan pedalaman dan bandar di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.

“Kami berbesar hati menjadi rakan kongsi untuk Projek57 Unity Ride ini. Menjelang Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ini adalah satu acara menarik yang mampu menyatukan rakyat Malaysia dan menyebarkan mesej harapan demi negara Malaysia yang lebih bersatu padu. Kami juga berbangga menjadi tuan rumah aktiviti-aktiviti Projek57 Unity Ride di EcoWorld Gallery @ Eco Botanic, Johor dan Galeri EcoWorld @ MacAlister, Pulau Pinang dan kami mengalu-alukan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk menyertai kami dalam perayaan ini sambil kita menghormati tahun kemerdekaan negara kita yang ke-60 dan berdiri tinggi serta bangga menjadi rakyat Malaysia, ” kata Dato’ Chang Khim Wah, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Eco World Development Group Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir berkata, “Kita perlu menemui semula aspirasi dan cita-cita nenek moyang kita yang membayangkan Malaysia pada tahun 1957 dan menyemarakkan lagi semangat ini. Allianz di Malaysia adalah organisasi yang berjaya atas dasar kepelbagaian warganya. Kami berkongsi sentimen yang sama dengan Projek57 untuk mewujudkan keperluan perpaduan yang lebih besar dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat. Dengan itu kami dengan bangganya menyokong inisiatif ini. “

“Kempen ini merupakan salah satu daripada program tanggungjawab korporat sosial Touch ‘n Go dalam memupuk kesedaran kemanusiaan kepada masyarakat dengan cara berganding bahu dan memberi bantuan kepada rakan-rakan perusahaan kami dan juga demi menyokong usaha Projek57 Unity Ride dalam menggalakkan kesatupaduan dalam diri  warga Malaysia. Selain itu, TNGSB juga sentiasa mengalakkan gaya hidup sihat termasuklah aktiviti berbasikal bersama keluarga dan rakan-rakan. Kami percaya bahawa ‘badan sihat, minda cerdas’, yang seterusnya akan meningkatkan kadar produktiviti,” kata Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif, Touch ‘n Go Sdn. Bhd.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kongsi hebat kami yang begitu bersemangat sepertimana bersemangatnya kami dalam membina perpaduan dan harapan di Malaysia,” tambah Syed Sadiq dan Collin.

Hashtag atau kata kunci media sosial bagi Projek57 Unity Ride: #unityride57 #projek57

Baju-T Unity Projek57 juga boleh didapati di Lazada dan di kaunter informasi Avenue K.

Projek57 Unity Ride diadakan bersama rakan kongsi:

 

Rakan Kongsi Permilikan : Eco World Development Group Berhad

Rakan Kongsi Utama: Allianz Malaysia and Touch ’n Go Sdn Bhd

Rakan Kongsi:

  1. Time
  2. Taylor’s University Business School
  3. Junior Cycling Malaysia
  4. acorn communications sdn bhd
  5. Bertcomm Media & Productions
  6. Creative Unicorn
  7. IOI City Mall Putrajaya
  8. SkyBus
  9. Procurehere Procurement Solution
  10. Leaderonomics
  11. Avenue K
  12. M&C Saatchi
  13. GerakBudaya
  14. RojakProjek
  15. Revive Isotonic Drink
  16. Dragonfly International

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Projek57 Unity Ride dan Projek57, sila layari www.projek57.com,www.unityride.com.my, unityride.my atau Facebook Projek57 di https://www.facebook.com/projek57/ dan Instagram di https://www.instagram.com/projek57/ .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *