(SEMASA) Proton e.MAS 7 Premium Plus Tampil dengan Jarak Pemanduan Lebih Jauh dan Keselesaan Dipertingkat di KLIMS 2026

Spread the love

Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 – PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON Holdings Berhad, hari ini memperkenalkan Proton e.MAS 7 Premium Plus baharu di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026. Pengenalan varian terbaharu ini menandakan satu lagi langkah dalam evolusi EV nasional pertama Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan Proton e.MAS sebagai jenama EV No. 1 di Malaysia.

Susulan kejayaan kenderaan EV Proton e.MAS 7, varian Premium Plus serba baharu diperkenalkan bagi memperluas rangkaian model ini dengan bateri berkapasiti lebih besar serta ciri-ciri keselesaan yang dipertingkat, sekali gus menawarkan kemudahan yang lebih baik untuk perjalanan harian dan jarak jauh.

“Dengan bermulanya pengenalan EV nasional pertama Malaysia pada tahun 2024 sehingga mencapai kedudukan sebagai jenama EV No. 1 di Malaysia pada hari ini, kami amat menghargai sokongan berterusan rakyat Malaysia. Berpandukan semangat Kuasa e.MAS, kami terus komited untuk memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia agar beralih kepada mobiliti elektrik dengan yakin,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Kuasa e.MAS Memacu KLIMS 2026 dan Malaysia ke Hadapan

Pengenalan Proton e.MAS 7 Premium Plus hadir seiring dengan pameran mobiliti elektrik terbesar Proton e.MAS setakat ini di KLIMS 2026, yang bertemakan Kuasa e.MAS, Memacu Malaysia ke Hadapan. Pameran ini menonjolkan ekosistem elektrifikasi jenama yang semakin berkembang melalui teknologi canggih, penyelesaian pemilikan serta rangkaian model kenderaan yang lebih pelbagai.

Tumpuan utama pameran ini ialah lima (5) sorotan teknologi utama yang menjadi asas kepada ekosistem mobiliti elektrik Proton e.MAS. Pengunjung berpeluang meneroka Global Modular Architecture (GMA), teknologi Cell-to-Body (CTB), bateri AEGIS Short Blade, Sistem Pacuan Elektrik 11-dalam-1 serta teknologi Dedicated Hybrid Powertrain, di samping rangkaian model elektrifikasi jenama yang semakin berkembang merangkumi Proton e.MAS 5, Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS 7 PHEV.

Pengenalan varian baharu ini turut memperkukuh momentum pasaran yang kukuh, dengan Proton e.MAS 7 PHEV muncul sebagai model PHEV No. 1 di Malaysia menerusi 2,936 unit penghantaran setakat tahun ini, manakala lebih daripada 23,600 kenderaan Proton e.MAS kini berada di atas jalan raya di seluruh negara.

 

Jarak Pemanduan Lebih Jauh dan Keselesaan Dipertingkat dengan Proton e.MAS 7 Premium Plus

Proton e.MAS 7 Premium Plus dilengkapi sistem bateri yang lebih besar dan dipertingkat, dengan Bateri AEGIS Short Blade berkapasiti 68.39kWh yang menawarkan anggaran jarak WLTP sehingga 450km.

Jarak pemanduan yang lebih jauh ini memberikan fleksibiliti lebih tinggi untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh, sekali gus menangani salah satu aspek penting dalam penggunaan EV, iaitu keyakinan terhadap jarak pemanduan. Melengkapkan jarak tersebut, pengalaman pemanduan turut dipertingkat dengan keselesaan yang lebih baik pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

Varian Premium Plus turut menampilkan ciri baharu termasuk tempat duduk hadapan berkembar dengan fungsi urutan, tempat duduk penumpang hadapan berkuasa dengan pelarasan 4 hala serta fungsi memori, serta penyandar kaki  untuk keselesaan yang lebih baik semasa perjalanan jarak jauh.

Walaupun dilengkapi bateri berkapasiti lebih besar, Proton e.MAS 7 Premium Plus masih mengekalkan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 115kW, yang membolehkan pengecasan daripada 30% hingga 80% dalam tempoh kira-kira 20 minit, sama seperti varian Premium.

Penambahbaikan ini menjadikan Proton e.MAS 7 Premium Plus sebagai kenderaan pertama dalam segmennya yang menggabungkan jarak pemanduan sehingga 450km WLTP bersama tempat duduk hadapan berkembar dengan fungsi urutan serta penyandar kaki untuk penumpang.

“Gabungan jarak pemanduan yang lebih jauh serta keselesaan yang dipertingkat menjadikan varian Premium Plus lebih praktikal dan menyeronokkan untuk dimiliki. Ia turut mengukuhkan lagi daya tarikan Proton e.MAS 7 sebagai EV mesra keluarga untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh,” tambah Encik Zhang.

Power Pack Plus dan Rebat Khas Tampil Bersama Proton e.MAS 7 Premium Plus

Bersempena pengenalan Proton e.MAS 7 Premium Plus baharu, pelanggan akan menerima Power Pack Plus yang komprehensif, merangkumi:

Power Exchange

  • Yuran pemprosesan tukar beli secara percuma
  • insentif tambahan RM5,000 khas untuk pemilik Proton sedia ada

Power Home

  • Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM1,500

Power Plus

  • V2L Adaptor Percuma bernilai RM500

Power Online

  • 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM1,800

Power Thru

  • Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun
  • Jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km

Tambahan Istimewa

  • Percuma Tonneau Cover

Harga-atas-jalan (tanpa insurans) bagi semua varian Proton e.MAS 7 adalah seperti berikut:

Varian Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak
Premium Plus RM125,800 RM128,800
Premium RM119,800 RM122,800
Prime RM103,800 RM106,800

Bagi tempoh terhad, pelanggan turut menikmati Rebat Pelancaran Khas sebanyak RM 7,000 bagi semua varian Proton e.MAS 7, menjadikan harga seperti berikut:

Varian Semananjung Malaysia Sabah & Sarawak
Premium Plus RM118,800 RM121,800
Premium RM112,800 RM115,800
Prime RM96,000 RM99,800

*Rebat Pelancaran Khas dan pakej Power Pack Plus adalah tertakluk untuk tempoh terhad sahaja serta tertakluk kepada terma dan syarat.

Proton e.MAS 7 Premium Plus kini boleh dilihat di pameran Proton e.MAS di Dewan 7, Aras 2, MITEC, bersama barisan model kenderaan elektrik serta teknologi mobiliti generasi baharu jenama ini, seiring usaha berterusan Proton e.MAS dalam memacu Malaysia ke hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS 7 Premium Plus, sila layari laman web Proton e.MAS serta saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial).

#PROTONeMAS #PROTONeMAS7 #KLIMS2026 #KuasaeMAS #EVMalaysia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *