(SEMASA) Rangkaian penulisan berwarna-warni dari Faber-Castell

Spread the love

Faber-Castell CX Colour ballpens, box of 6&10 copy-horzLangkah menyemarakkan ingatan penglihatan anda kini lebih mudah apabila nota dibuat menggunakan warna-warna berbeza kerana ia merangsang kreativiti otak selain menukar aktiviti yang membosankan menjadi lebih menarik.

Malah, sebilangan pakar menyatakan bahawa penulisan berwarna-warni membantu mengekalkan 50% hingga 80% lebih banyak maklumat tanpa perlu anda membacanya buat kali kedua dan ia amat berkesan semasa digunakan untuk latihan peta minda. Sementara itu, ada yang percaya bahawa nota berkod warna-warni menjadikan seseorang itu pemikir yang lebih cekap.

Selain manfaat tersebut, rangkaian pen mata bulat, pen gel dan pen penanda kekal dari Faber-Castell menjanjikan hidup menjadi lebih berwarna-warni dan menarik untuk para pelajar di kelas atau semasa melakukan projek kreatif.

fb cxPen mata bulat Faber-Castell CX Colour hadir dalam 10 pilihan warna terang dengan dakwat yang rendah kelikatan bagi menghasilkan tulisan dan lakaran yang benar-benar lancar. Warnanya yang kalis air menjadikan nota selamat dan jelas dibaca selama bertahun-tahun sementara batang pen berwarna terang memberikan keceriaan dan tersedia dalam set 6 dan 10 batang pen mata bulat yang masing-masing berharga RM7.20 dan RM12.

Bagi mereka yang suka menghiaskan carta dan graf dengan warna yang lebih terang, mereka boleh memilih pen gel Faber-Castell True Gel Colour yang menghasilkan warna terang dan ceria dengan pengalaman menulis yang sangat lancar dengan mata penggelek. Tersedia dalam 8 jalur warna metalik termasuk emas dan perak, rangkaian Faber-Castell True Gel Colour dijual pada harga runcit RM1.80 setiap satu manakala set 6 batang dijual pada harga RM10.80.

Faber-Castell Speedx Ball pensBagi penulisan yang panjang, pen mata bulat Faber-Castell Speedx dicipta dengan cushion tip yang lembut bagi menyerap tekanan semasa menulis dan mengurangkan keletihan, lantas membolehkan pelajar terus menulis sehingga berjam-jam lamanya. Selain keselesaan menulis, isian dakwat bersaiz jumbo memastikan penulisan sepanjang 2-3km, menjadikannya pilihan paling ekonomi dan ideal untuk karangan peperiksaan yang panjang kerana ia dijual pada harga runcit serendah RM3.20 untuk pek berkembar.

Bagi penulisan am, pen Faber-Castell True Gel yang baru didatangkan dalam dakwat biru, hitam dan merah. Disebabkan dakwatnya jenis kalis dokumen yang mengandungi unsur kalis air dan cahaya, ia tahan lama dan sesuai untuk sebarang dokumen undang-undang atau dokumen penting yang lain. Warna-warna asas ini dijual dengan pilihan gandingan pek berkembar pada harga RM3.60.

fb slim markerSementara itu, keceriaan di luar bilik darjah lebih menarik dengan adanya Faber-Castell Slim Permanent Markers. Tidak kira sama ada anda gunakannya untuk menanda, menulis atau pun untuk projek kreatif, penanda kekal ini pantas melekap pada pelbagai permukaan seperti plastik, besi, gelas, kadbod dan kertas foto, membolehkan anda memperincikan gaya serta menanda barangan peribadi. Bukan sahaja dakwatnya kekal, hujung matanya yang halus dan tahan lama menjanjikan prestasi yang berpanjangan. Tersedia dalam 10 warna yang dijual secara berasingan pada harga RM2.30 sebatang, dalam set 6 batang berharga RM13.80, atau di dalam Kotak mengandungi 10 batang pen pada harga RM23.00.

“Instrumen menulis adalah teman sejati bagi mana-mana pelajar dalam semua aspek kehidupan mereka, sama ada dalam bidang akademik atau melibatkan diri dalam aktiviti kreatif yang sihat. Apa pun kegunaannya, Faber-Castell komited dalam memberikan produk terbaik dari segi kualiti, keselesaan dan harga,” kata Pengarah Urusan Faber-Castell Asia Pasifik, Dr. Toh Yan Peng.

Rangkaian produk Faber-Castell boleh didapati di semua kedai buku dan pasar raya terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.faber-castell.com.my.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *