(SEMASA) Julie’s Biscuits Titipkan Luahan Kasih Anda – Iftar Bersama Anak Yatim & Masyarakat Setempat

 

IMG_9777

Melaka, 13hb Jun 2016 – Ramadan menjengah disambut penuh kesyukuran. Selain beramal dan ibadat, pastinya Ramadan mengundang perasaan yang pelbagai di kalangan masyarakat yang menyambutnya. Persediaan awal dilaksanakan, namun bagaimana pula insan tersayang yang berada jauh di mata?

Kini tiba masanya mengeratkan lagi silaturahim. Mana yang jauh didekat-dekatkan, yang di depan mata kita eratkan lagi ukuwah. Selaras dengan itu, Julie’s meneruskan lagi kempen sama untuk setiap perayaan di Malaysia termasuk Aidil Fitri. Ternyata kempen Titipkan Luahan Kasih Anda kembali lagi ditahun kedua setelah mendapat sambutan menggalakkan pada tahun lepas.

Bagi melaksanakan platform Mesra Rakyat, Julie’s Biscuits bersama Majlis Bandarraya Melaka (MBMB) bakal menganjurkan iftar di Melaka pada 24 Jun 2016 di Dataran Kubu, Stadium Hang Tuah. Bersesuaian sekali dengan matlamat Julie’s yang mahu mengeratkan lagi silaturahim antara kaum dengan pelbagai aktiviti sebelum iftar berlangsung.

Mengulas lebih lanjut mengenai perancangan tahun 2016, Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Julie’s Biscuits, menerangkan pihak mereka kini teruja untuk menjadi pengikat kasih sayang sesama manusia dan berharap kempen berterusan ini menjadi budaya pada masa akan datang.

“Memang sukar untuk kita menyebut rasa kasih setiap hari, melainkan tibanya hari yang mulia. Dikesempatan ini lah Julie’s mahu menyeru semua orang untuk meluahkan rasa kasih sayang itu dengan Titipkan Luahan Kasih Anda.”

Acara iftar kali ini boleh disertai oleh umum dengan pendaftaran percuma malah berkonsep siapa cepat dia dapat. Seramai 1,000 pengunjung dijangka hadir untuk memeriahkan acara termasuk program Titipkan Luahan Kasih Anda. Ada juga permainan, penampilan maskot, gerai foto, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Penyediaan dan pengagihan bubur lambuk mamak kepada umum juga disediakan di hadapan jalan raya utama pada jam 5 petang.Sememangnya Julie’s berbesar hati dapat berkongsi kasih sayang dengan anak yatim dan orang ramai tidak mengira kaum terutama masyarakat Muslim yang sedang berpuasa dan bakal menyambut Lebaran. Dikesempatan ini semoga ukuwah terjalin lebih erat dan berpanjangan bersesuaian dengan kempen Titipkan Luahan Kasih Anda yang dibawakan Julie’s.

Semestinya anak yatim menjadi tetamu utama acara ini. Julie’s akan membawa anak-anak yatim untuk membeli belah baju raya mereka yang diiringi Exco-exco dan isteri-isteri exco.Sementara menunggu iftar, anak-anak ini diraikan dengan persembahan pentas dihiburkan dengan Nasyid oleh Raqib & Hulubang dan Tazkirah Ramadan. Selain itu, DJ Odey Putra dari National FM juga akan memeriahkan lagi suasana sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Setelah iftar, akan berlangsung solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Terawih secara berramai-ramai di Dataran Kubu.

Justeru itu, pihak Julie’s turut menyediakan tempat khusus buat anak-anak yatim dan orang awam untuk menulis kad edisi terhad kepada yang tersayang. Seperti tahun sudah, Julie’s menjadi orang perantaraan dan menghantar kad tersebut ke alamat yang ditujukan. Istimewa pada hari tersebut, anda boleh mengirim kad ucapan dengan percuma.

Menurut Encik Benny Chia, tujuan Julie’s menganjurkan bersama acara seumpama ini adalah untuk meraikan anak-anak yatim agar mereka tidak berasa terpinggir dan kesunyian tatkala Ramadan menjengah.

“Kami di Julie’s mahu membangkitkan keceriaan anak-anak yatim piatu kala menyambut Aidilfitri. Selain itu mahu menyemarakkan lagi kebudayaan dan kesenian Islam kepada penduduk setempat dan semua pengunjung. Semoga semangat kekitaan dan keharmonian sesama masyarakat lebih utuh. Sebab itu kami menjemput orang awam untuk turut memeriahkan lagi acara kami.”

Seterusnya terdapat juga kempen Titipkan Luahan Kasih Anda secara tradisional. Telah disediakan sampul Raya yang merupakan juga love letter untuk anda meluahkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada insan tersayang. Pek sampul tersebut ada di dalam biskut Belanda Love Letters 700g yang berperisa coklat dan strawberi.

Saat berkunjung ke rumah insan tersayang, bolehlah membawa biskut Belanda ini sebagai buah tangan. Selain itu mengisi sampul Raya dengan kata-kata indah sebagai pengganti diri. Cara tradisional ini pastinya lebih romantis dan menambat hati.

Begitu pun Julie’s tidak menolak kerancakkan media sosial yang melanda seluruh negara. Tahun ini pihak Julie’s menganjurkan pertandingan Instagram buat penggemar sosial media di seluruh negara. Cara-cara penyertaan:

  1. Penganjur berhak menyingkir mana-mana pemenang yang gagal menunjukkan bukti pembelian.
  1. Ambil gambar bersama Julie’s Love Letters 700g dan beritahu kami dalam kapsyen secara kreatif, siapa dan mengapa kamu mahu memberikan Julie’s Love Letters ini menjelang Hari Raya.
  1. Muat naik gambar dan kapsyen di facebook/instagram dengan hashtag #TitipkanLuahanKasihAnda
  1. 10 pemenang dan insan kesayangan akan memenangi baucar Zalora bernilai RM350 setiap seorang.

*Insan tersayang juga bermaksud sahabat atau keluarga yang pemenang ajukan kapsyen tersebut. Peraduan bermula 6 Jun hingga 5 Julai 2016.

Layari ke laman Facebook kami di https://www.facebook.com/JuliesBiscuits untuk maklumat lebih padat. Sentuhlah hati insan tersayang dengan titipan luahan kasihmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *