(SEMASA) RM3.6 JUTA BERJAYA DIRAIH UNTUK KEMPEN WORLD HUNGER RELIEF KFC & PIZZA HUT 2015

Spread the love

PIC_2

PUTRAJAYA, 14 NOVEMBER 2015 – Kempen World Hunger Relief (WHR) 2015 KFC & Pizza Hut Malaysia mencapai kejayaan besar pada tahun ini dengan meraih kutipan sebanyak RM 3.6 juta –RM1 juta lebih tinggi berbanding tahun lalu!

PIC_4

Inisiatif tahunan untuk membantu membasmi isu kelaparan dunia ini telah mula mengumpul dana sejak empat bulan lalu, bermula pada Jun 2015. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dana ini telah dijana melalui penjualan set hidangan “World Hunger Meals” KFC dan Pizza Hut (set hidangan yang dijual di bawah promosi ini dikenakan caj tambahan sebanyak 50 sen yang disalurkan terus ke tabung WHR), dan juga tabung derma yang ditempatkan di setiap restoran KFC dan Pizza Hut. Bermula pada tahun ini juga, satu lagi platform bagi mengumpul derma telah ditambah iaitu melalui aplikasi atas talian di laman Facebook WHR.

Untuk tahun 2015, bagi meningkatkan lagi jumlah sumbangan dan kesedaran awam, sebuah konsert amal WHR telah diadakan pada 14 November sebagai acara kemuncak kempen tahunan WHR KFC dan Pizza Hut ini.

Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd dalam ucapannya berkata, “Kempen WHR terus berkembang tahun demi tahun dalam aspek kesedaran masyarakat terhadap kempen ini dan juga pengumpulan dana yang lebih tinggi. Kerjasama anda semua telah memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan keluarga-keluarga serta individu yang amat memerlukan bantuan dari segi makanan dan kewangan.”

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kemurahan hati masyarakat yang ikhlas menderma dan menyokong usaha murni ini,” katanya. “Tahun 2015 merupakan tahun di mana kita dapat melihat kempen WHR Malaysia semakin meningkat prestasinya bukan sahaja dari segi pengumpulan dana malah juga dari aspek pengedaran dana yang telah  dikutip pada tahun 2014 ke seluruh pelosok tanah air. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan KFC dan Pizza Hut yang telah bertungkus lumus bagi menjadikan kempen pada tahun ini satu kejayaan besar. Saya berharap anda semua akan terus mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif murni seperti WHR ini pada masa-masa yang akan datang.”

Selaras dengan tahun-tahun sebelumnya, sebahagian besar daripada hasil kutipan akan disalurkan ke seluruh Malaysia melalui kerjasama erat dengan pelbagai badan-badan bukan kerajaan dan juga organisasi-organisasi tempatan bagi mencapai golongan miskin tegar, gelandangan dan mereka yang kelaparan dengan lebih efektif. Sebahagian daripada kutipan itu juga akan disalurkan ke Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membantu individu-individu malang di serata dunia yang menderita kelaparan.

Lebih daripada seribu tetamu hadir pada konsert amal ini, yang menampilkan persembahan daripada penyanyi-penyanyi tersohor tanah air iaitu Anuar Zain, Ning Baizura dan Misha Omar. Antara jemputan yang hadir adalah para penaja, kakitangan KFC dan Pizza Hut, penghuni rumah kebajikan, wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan juga pengamal-pengamal media.

Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut yang juga merupakan penaung Diraja WHR. Turut hadir untuk memberikan sokongan adalah Belkacem Benzaza, Ketua Depot Respon Kemanusiaan PBB, Program Makanan Dunia PBB; Madelene Sachi, Ketua Pegawai Perundangan Asia, Duta Add Hope & Deliver Hope Asia, Yum! Francais Asia, dan juga jurucakap WHR KFC & Pizza Hut Malaysia, Scha Alyahya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *