(SEMASA) SHARA SKINCARE HADIAHKAN IL’ DOLCÉ BUAT SI CANTIK

Bukit Bintang, 16 Februari 2020 – Shara Cosmetics & Skincare yang merupakan salah satu jenama hebat dalam industri kecantikan kini melancarkan produk serum wajah pertamanya iaitu Il’ Dolcé Face Serum .

Diasaskan oleh pelakon Puteri Sarah Liyana, Il’ Dolcé Face Serum diyakini mempunyai khasiat yang berganda-ganda dan terbaik untuk proses pemuliharaan kulit wajah secara
‘natural’.

Puteri Sarah Liyana berkata, “Idea untuk menghasilkan Il’ Dolcé Face Serum adalah kerana saya prihatin dengan wanita-wanita di Malaysia yang kebanyakan menghadapi masalah kulit wajah disebabkan cuaca dan faktor persekitaran. Lambakan produkproduk dipasaran juga menyukarkan kami memastikan sesuatu produk itu adalah yang terbaik bagi kulit wajah kami. Dengan penghasilan Il’ Dolcé Face Serum yang diuji oleh saya sendiri sepanjang beberapa bulan yang lalu, Sarah yakin, manfaat serum yang berasaskan timun ini adalah yang terbaik untuk merawat semua jenis kulit disamping harganya yang berpatutan.”

Diilhamkan dari bahan-bahan semulajadi, Il’ Dolcé Face Serum terhasil daripada gabungan ekstrak bahan semulajadi seperti Timun, Aloe Vera yang kaya dengan Vitamin C dan E bagi memelihara dan memulihara kulit.

Shara Cosmetics & Skincare yang sebelum ini menghasilakn rangkaian kosmetik seperti Lipmatte, All-in-One Blusher Stick, Magic Gloss, Mascara dan Make Up Remover yakin bahawa dengan penghasilan serum wajah ini mampu sedikit sebanyak melengkapkan rutin kecantikan seorang wanita.

“Bukan sahaja cantik dengan ‘make up’ malah kami mahu wanita-wanita tampil cantik dengan kulit yang sihat,” kata Puteri Sarah Liyana.

Shara Cosmetics & Skincares juga berharap dapat membantu para wanita terutamanya dalam meningkatkan ekonomi diri sendiri dan keluarga.

Slot bagi agent dan stockist kini dibuka dengan modal serendah RM312 sahaja.
Keterangan lanjut boleh didapati di laman Instagram @shara.skincares.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *