(SEMASA) ShopBack, Budimas, Kechara, NKF, dan World Vision Melancarkan #ShopBackGiveBack

Spread the love

SB-FBProfileKuala Lumpur, 16 Jun 2016ShopBack Malaysia, laman web Cashback atau pulangan tunai terulung dalam negara, mengumumkan pelancaran inisiatif  #ShopBackGiveBack bersama Kechara Soup Kitchen (KSK), The Budimas Charitable Foundation (Budimas), The National Kidney Foundation (NKF) of Malaysia, dan World Vision Malaysia. Pembeli kini boleh menyalurkan Cashback yang mereka perolehi dari pembelian dalam talian kepada empat organisasi tidak berasaskan keuntungan melalui inisiatif ini .  

Setiap organisasi kebajikan ini komited dalam usaha yang berbeza. Contohnya, KSK menawarkan kepada gelandangan dan miskin bandar, makanan vegetarian, perubatan asas, serta peluang pekerjaan dan bantuan kebajikan; sementara Budimas menumpukan usahanya untuk meningkatkan taraf kehidupan kanak-kanak menerusi pendidikan, persekitaran hidup yang lebih baik dan bekalan makanan.

NKF Malaysia pula, memberi subsidi kepada rawatan dialisis untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang; dan World Vision Malaysia akan menumpukan dana bantuan kepada kerja-kerja mereka untuk menyediakan bekalan air bersih dan program kesihatan, yang akan membantu lebih 16,000 orang di 7 negara.

Untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik, #ShopBackGiveBack membolehkan pengguna menerima insentif pembelian pelancongan, F&B, IT, kecantikan, kesihatan, barangan isi rumah dan runcit, seterusnya didermakan kepada organisasi kebajikan tanpa berbelanja lebih.

Image 1

ShopBack Malaysia melancarkan #ShopBackGiveBack bersama empat oraganisasi kebajikan untuk menggalakkan semangat memberi

 

Setiap usaha membantu membina masa depan yang lebih baik

“Perbuatan memberi memang tertanam di dalam DNA ShopBack kerana teras perniagaan kami melibatkan pemberian Cashback kepada pembeli online. Walaupun kami hanyalah sebuah startup dan memiliki kekangan dalam beberapa sudut berbanding syarikat yang lebih besar, kami tetap ingin membantu dan menyumbang mengikut kemampuan terbaik kami,” kata Gil Carmo, Pengurus Negara ShopBack Malaysia.

“Kami percaya setiap usaha yang dilakukan hari ini, akan memberi perubahan kepada dunia seseorang esok. Setiap usaha murni diambil kira. Ini adalah mesej yang sama yang ingin kami sampaikan kepada setiap pembeli. Sejujurnya kami mengalu-alukan syarikat yang mempunyai niat yang sama, untuk menyertai dan menyokong #ShopBackGiveBack,” tambah Gil.

Ditubuhkan pada Februari 2015, ShopBack Malaysia telah bekerjasama dengan 500 peniaga online dan antarabangsa seperti Groupon, Lazada, Agoda, TaoBao, Hermo, HappyFresh, Zalora dan banyak lagi, untuk memberi insentif kepada pembeli sehingga 30% wang tunai setiap kali mereka membuat pembelian dalam talian.

Kini, terdapat lebih 280,000 rakyat Malaysia yang telah menerima manfaat dari tawaran dan promosi harian Cashback di ShopBack. Sesiapa sahaja boleh mendaftar secara percuma dan mengeluarkan Cashback ke dalam akaun bank tempatan setiap kali ia mencecah lebih RM10, ataupun memilih untuk menyalurkan penjimatan yang mereka perolehi kepada yang lebih memerlukan menerusi #ShopBackGiveBack.

Image 2

Penyumbang boleh menggunakan panduan ShopBack (https://www.shopback.my/shopbackgiveback) untuk menyumbang Cashback mereka kepada usaha yang bermanfaat

Untuk maklumat lanjut tentang #ShopBackGiveBack, sila lawati laman https://www.shopback.my/shopbackgiveback atau sertai laman rasmi Facebook ShopBack Malaysia untuk perkembangan selanjutnya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *