(SEMASA) Siaran Media : Pencarian Ikon Hebat Malaysia oleh OLDTOWN White Coffee

The Animaction Challenge - Logo

OLDTOWN White Coffee, rangkaian kafe kopi putih terbesar Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Pertandingan The Animaction Challenge, iaitu pertandingan rekaan dan animasi untuk mencari, memupuk dan menyokong bakat-bakat baru dalam industri seni kreatif Malaysia.  Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini akan berlangsung mulai 8 Julai 2013 hingga 8 Oktober 2013, mengalu-alukan penyertaan pelajar serta profesional berusia 18 tahun ke atas untuk mereka bakal ikon hebat Malaysia.    

 The Animaction Challenge - Poster (BM)small2

The Animaction Challenge yang terdiri daripada dua kategori, iaitu Rekaan Watak 2D dan Animasi 3D, bertujuan menyediakan platform bagi bakal pereka dan juru animasi menonjolkan keupayaan kreativiti mereka. Kategori pelajar melibatkan Rekaan Watak 2D dan memerlukan peserta menghantar penyertaan mereka secara individu sama ada dalam format PNG atau JPEG.  Kategori profesional pula memerlukan peserta menghantar Animasi 3D tidak lebih daripada 2 minit dalam format MOV atau MP4 dan terbuka kepada penyertaan kumpulan maksimum sehingga 4 orang.

Lee Siew Heng, Pengarah Urusan Kumpulan OLDTOWN White Coffee berkata, “Sebagai sebuah perniagaan F&B berjaya yang bertapak di Malaysia, OLDTOWN White Coffee mempromosikan apa sahaja yang melambangkan Malaysia. Maka, kami mahu generasi akan datang di negara ini bersama-sama mereka ikon yang melambangkan nilai-nilai budaya Malaysia. Kami percaya The Animaction Challenge akan menjadi platform yang relevan dan melibatkan profesional, pelajar, pereka bebas serta peminat untuk memahami identiti sebenar negara dengan lebih baik lagi.”

Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan keaslian, inovasi, kreativiti, keunggulan teknikal dan impak visual oleh panel hakim.  Pemenang peraduan ini berpeluang membawa pulang wang tunai dan peruntukan produksi bernilai sehingga RM37,000 bagi kategori pelajar dan RM52,000 bagi kategori profesional.

Barisan pengadil bagi tahun ini terdiri daripada personaliti terkenal seperti Kamil Othman, iaitu Naib Presiden, Creative Multimedia di MDeC; genius kreatif di sebalik filem Hollywood, Life of Pi, Low Jianwei, iaitu Pengarah Teknikal Pencahayaan di Rhythm & Hues; dan pereka ikon animasi terkenal negara, BoBoiBoy, iaitu Mohd. Safwan Karim yang merupakan Pengarah Operasi dan Pengasas Bersama Animonsta Studios.

“Malaysia telah melangkah jauh dalam membangunkan industri kreatifnya sejak sedekad lalu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat menyaksikan banyak filem animasi kita sendiri yang berjaya dan rekaan yang ditonjolkan di arena antarabangsa. Oleh itu saya sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif ini dan saya yakin yang kita bakal menyaksikan lebih banyak lagi bakat-bakat baharu yang akan timbul dan berkembang daripada pertandingan ini,” kata Kamil Othman, Naib President, Creative Multimedia, MDeC.

The Animaction Challenge dibuka untuk penyertaan mulai 8 Julai 2013 hingga 8 Oktober 2013. Para pemenangnya akan diumumkan dalam acara penyampaian hadiah khas pada November 2013. Juga, jangan ketinggalan mengikuti roadshow The Animaction Challenge di institusi-institusi pengajian tinggi di Lembah Kelang untuk merasai kehebatan kreatif. Individu dan kumpulan yang berminat, boleh layari www.animactionchallenge.com.my dan Facebook OLDTOWN White Coffee di www.facebook.com/OldTownWhiteCoffeeMalaysia untuk maklumat lanjut dan terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *