(HIBURAN) JANJI buah tangan terbaru Kumpulan HIJJAZ

Spread the love

IMG_7121

Setelah hampir 3 tahun kumpulan nasyid terkenal HIJJAZ tidak mengeluarkan album penuh, akhirnya pada tanggal 9 Julai 2013 bersamaan 30 Syaaban 1434H sehari  sebelum umat Islam di Malaysia melaksanakan ibadat puasa, maka lahirlah album terbaru dari kumpulan ini untuk para peminat mereka yang sekian lama menunggu. Album JANJI yang berkonsep pop-rock ini memuatkan 9 buah lagu baru turut memuatkan lagu lama yang diberikan suntikan baru yang lebih segar dan bertenaga. Antara lagu yang dimuatkan di dalam album JANJI ini antaranya ialah Kau Pemilik Cinta, Janji Khalifah, Laukana Bainana, Hanyalah Iman, Pemimpin 3 Darjat, Penghulu Syurga, Harapan Ummah, Akulah Pencinta dan Pemula Langkah.

 IMG_7141

KEISTIMEWAAN

Bercakap mengenai keistimewaan album ini, kumpulan HIJJAZ menerangkan bahawa selain dari sudut muzik yang keras iaitu ROCK , album ini juga memberi peluang kepada semua anggota kumpulan HIJJAZ untuk menyanyi dan bukan hanya harmoni serta vocal utama pada Munif sahaja. Selepas 16 tahun di dalam penghasilan album nasyid, ini lah masanya untuk mereka membuat kelainan dan mendekatkan golongan muda kepada irama nasyid, dan respons dari peminat muda amat positif terutamanya di laman sosial FB kumpulan HIJJAZ.

hijjazsmall

LAHAD DATU & RUSA MARKETING

Kumpulan HIJJAZ juga amat terharu dengan respon peminat apabila mendapat tahu album terbaru ini yang telah sampai ke kawasan yang berhampiran dengan Lahad Datu iaitu Tawau. Menurut kumpulan HIJJAZ lagi atas kerjasama dengan pihak RUSA Marketing Sdn Bhd, album terbaru ini dan juga kompilasi yang lain terbitan HIJJAZ Records bukan sahaja boleh didapati di luar kawasan Bandar, malahan juga album-album ini bakal menembusi pasaran Indonesia dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Menurut wakil pihak RUSA marketing iaitu Mr Dexter , dia yakin dengan perkembangan ini kerana pihak syarikat beliau merupakan rakan sekutu dengan Universal Music Indonesia dan pasaran lagu-lagu nasyid amat besar di sana.

USTAZ AZHAR IDRUS

Bercakap mengenai perkembangan akan datang, pihak HIJJAZ bakal melancarkan album baru lagi dan salah satu daripadanya lagu di dalam album itu bakal menetengahkan hasilan nukilan lirik penceramah terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *