(SEMASA) Simon Yam Di Lantik Sebagai Duta GINTELL De’Wise

Spread the love

IMG_3978

Dikenali sebagai pengeluar dan pengedar kerusi urut berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa, GINTELL telah melancarkan kerusi urut Wisdomatic GINTELL De’Wise terbaru  yang dibuat khas untuk memenuhi keperluan semua, bersama dengan pengumuman artis antarabangsa terkenal, Simon Yam sebagai duta GINTELL De’Wise di 1 Utama Shopping Centre pada 3hb Januari 2015. GINTELL percaya bahawa kerusi urut terbaru ini dapat memberikan kesihatan, kasih sayang serta kehidupan yang berkualiti kepada pelanggan mereka.

IMG_3510

My Wisdom, My Style

Kita semua adalah berbeza daripada satu sama lain, mempunyai pelbagai keperluan yang khusus dan tersendiri. Satu-satunya yang kita inginkan adalah sesuatu yang boleh memenuhi keperluan semua. Dengan memiliki 18 tahun pengalaman dalam membina pelbagai jenis produk penjagaan kesihatan, GINTELL telah diinspirasikan untuk membina kerusi urut Wisdomatic GINTELL De’Wise, sebuah kerusi urut yang membolehkan semua untuk menikmati keselesaan serta kepuasan di dalam zon selesa anda.

Untuk memenuhi keperluan semua, Tekanan Penggulung 3D telah diperkenalkan oleh GINTELL De’Wise. Fungsi ini telah membolehkan kerusi urut Wisdomatic ini untuk menyesuaikan dirinya kepada bentuk badan anda secara automatic. Selain itu, sensor pintar akan menentukan titik akupunktur dengan tepat untuk menjanjikan urutan yang menyenangkan.

Tambahan lagi, Trek Ultra Chiro juga direkakan untuk membekalkan urutan yang ergonomi dan keselesaan dengan memberikan urutan dari leher sehingga ke bahagian paha. Trek yang 95cm panjang ini dapat membantu melegakan sakit belakang dan menghilangkan rasa sakit otot.

Selanjutnya, Regangan Thai Royale 230 darjah juga membantu melegakan tekanan yang berlebihan pada rangka badan termasuk tulang belakang. Urutan ini adalah dicipta dengan mengabungkan beberapa teknik regangan untuk menawarkan istirahat kepada tubuh badan anda.

GINTELL De’Wise adalah ditawarkan dalam 4 warna yang berbeza, khususnya Rose Red, Pearl Black, Gloss Grey dan Champagne Gold. Harga runcit kerusi urut Wisdomatic GINTELL De’Wise adalah RM16,988 dan kini anda boleh mendapatinya di semua cawangan GINTELL.

Simon Yam Sebagai Duta GINTELL De’Wise

Artis antarabangsa, Simon Yam telah dilantik sebagai duta kerusi urut Wisdomatic GINTELL De’Wise. Menurut Simon Yam, tiada siapa yang patut berasa berpuas hati dengan kerusi urut yang sederhana sedangkan anda boleh memiliki sebuah kerusi urut yang dibuatkan khas untuk

anda. “Kesihatan adalah harta yang tidak ternilai dan kerusi urut Wisdomatic ini pasti dapat membantu memelihara kesihatan yang baik. Buatlah pilihan terbijak dengan memilih kerusi urut Wisdomatic GINTELL De’Wise dan menikmati pengalaman urutan terunggul untuk anda.”

Untuk maklumat lanjut mengenai kerusi urut Wisdomatic GINTELL De’Wise, sila layari www.gintell.com atau hubungi talian khidmat pelanggan GINTELL di 1800-88-6332.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *