(HIBURAN) ‘Ayai Illusi’ Juara Gegar Vaganza Musim Pertama

 

1D4B5600

Ayai Illusi membuktikan ramalan peminat sebelum ini “benar benar belaka” apabila dinobatkan sebagai juara  Gegar Vaganza musim pertama.  Bekas penyanyi kumpulan Ilusi ini membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro dan Qu Puteh, single baru dan trofi. Konsert Akhir Gegar Vaganza 2014 ini telah diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

 

1D4B5707

Naib juara pula dimenangi oleh Haleeda dengan membawa pulang wang tunai RM30,000 sumbangan Astro dan trofi manakal tempat ketiga dimenangi Mamat Exist (RM15,000 dan trofi), keempat Rahmad Mega (RM10,000 dan trofi), kelima Ifa Raziah (RM5,000 dan trofi) dan tempat keenam Fazli Zainal (RM3,000 dan trofi).

Pemenang dipilih berdasarkan penilaian juri 100 peratus iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim. Juri jemputan malam tersebut ialah Datuk Rosyam Nor dan Mamat Khalid.

Finalis malam ini telah menyanyikan dua lagu pilihan sendiri dalam ‘Segmen Pertama’ iaitu

  • Ifa – lagu Goyang Inul (Inul Daratista) & Matahari (Agnes Monica),
  • Ayai – Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) & Semangat Lamina (Lefthanded),
  • Fazli – Sampai Syurga (Faizal Tahir) & Tapi Bukan Aku (Kerispatih),
  • Haleeda – Mendua (Astrid) & Pelesit Kota (Search),
  • Rahmad – Suara Cinta (Mega) & Di Sudut Kamar Hatiku (Datuk Jamal Abdillah)
  • Mamat – Salju Di Danau Rindu & Janji Padamu (Mamat Exist).

Segmen kedua iaitu saingan ‘battle’ menyaksikan penyanyi Konsert Akhir Gegar Vaganza 2014 ditemukan sesama mereka untuk lagu yang bukan genre mereka iaitu

  • Ifa Faziah menentang Haleeda dalam lagu Fanatik (KRU),
  • Ayai dan Rahmad dalam lagu Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
  • Fazli bersama Mamat untuk lagu Havoc (Joe Flizzow, Altimet dan Sonaone).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *