(SEMASA) SMART Achievers sahut cabaran masa depan mereka bersama BRAND’S

Spread the love

DSC_7610

Kejayaan terletak di tangan sendiri dengan dedikasi, ketekunan, pemikiran pintar dan sikap positif dalam usaha mencapai prestasi lebih tinggi. Sifat-sifat seseorang yang berjaya ternyata wujud dalam 25 orang pelajar, dari peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat kolej dan universiti, yang menerima Anugerah BRAND’S® SMART Achievers baru-baru ini.

Acara tahunan BRAND’S® ini merupakan penentu aras kecemerlangan bagi pemuda-pemudi Malaysia bukan sahaja dari segi akademik, malah juga dalam bidang ko-kurikulum.

BRAND’S® amat berbesar hati dengan penglibatan para pelajar dan ibu bapa yang sudi datang daripada sejauh negeri Sabah, Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Johor untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah yang diadakan khas buat mereka.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, program BRAND’S® ini telah memberi pengikhtirafan kepada 182 pelajar cemerlang berdasarkan kehandalan mereka membahagikan masa dengan baik dalam bidang akademik dan bukan akademik. Hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 yang disampaikan hari ini membawa jumlah nilai anugerah yang diberikan selama 8 tahun yang lepas kepada RM172,000.

Anugerah BRAND’S® SMART Achievers menganjarkan pelajar yang cemerlang dengan hadiah wang tunai untuk keputusan terbaik PMR (RM500), SPM (RM1,000), STPM (RM1, 000) dan peperiksaan universiti / kolej(RM1,500), serta aktiviti ko-kurikulum, dan memberi penghormatan kepada mereka melalui kempen promosi di seluruh negara.

Satu-satunya faktor yang menyatukan mereka yang dinobatkan gelaran BRAND’S® SMART Achievers ialah penggunaan BRAND’S® SariPati Ayam secara kerap. Berdasarkan 4 kajian klinikal bebas yang dijalankan di seluruh dunia, termasuk di Jepun dan Malaysia, pengambilan BRAND’S® SariPati Ayam selama 14 hari secara berturut-turut dapat meningkatkan prestasi mental seseorang dengan ketara.

“Pelajar-pelajar yang hadir pada hari ini adalah sebahagian daripada kumpulan elit di Malaysia yang mencapai kecemerlangan dari aspek akademik dan ko-kurikulum. Mereka telah membuktikan bahawa mereka adalah golongan serba boleh yang berpotensi tinggi untuk berjaya dalam kehidupan. Kami percaya bahawa dengan tenaga yang tidak terbatas termasuk prestasi mental yang tinggi, mereka boleh dikaitkan dengan pengambilan BRAND’S® secara kerap,” kata Encik Koh Joo Siang, Naib Presiden & Pengurus Besar Cerebos Malaysia.

“Anugerah BRAND’S® Smart Achievers ini turut mengiktirafkan sumbangan cemerlang ibu bapa kepada kejayaan anak mereka. Melalui inisiatif ini, kami ingin berkongsi kejayaan mereka bersama anak-anak mereka dan juga khalayak ramai. Ibu bapa yang gigih mendidik anak sehingga menjadi seorang individu yang bertanggungjawab dan berfikiran positif untuk menguasai kehidupan ke arah masa depan yang lebih cerah patut dibanggakan dan dijadikan teladan,” kata Koh.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *