(SEMASA) SOFFI JIKAN IKON PERNIAGAAN RED QUATTRO

Spread the love

EZA_7276

Soffi JIkan telah dilantik sebagai Ikon Perniagaan Red Quattro. Pelakon terkenal ini pernah mengarah drama yang diterbitkan oleh En. Sahid Juri yang merupakan CEO syarikat Red Quattro Sdn Bhd untuk tanyangan di saluran Astro yang berjudul “ Ku Yakin Berlaku. Drama tersebut telah mendapat jumlah penonton di You Tube yang tinggi iaitu menghampiri 400,000 views dan mendapat komen-komen yang positif.

EZA_7284

Sehingga kini, Soffi Jikan telah berlakon lebih dari 40 buah filem tempatan dan telah selesai menjalani penggambaran peenrbitan 10 siri berjudul Marco Polo terbitan syarikat antarabangsa dari USA. Sebuah filem lakonannya berjudul “Lelaki Harapan Dunia” ketika ini sedang bertanding di beberapa Festival Antarabangsa dan akan di tayangkan di pasaran Malaysia pada 27 November 2014. Soffi Jikan juga akan memasarkan album nyanyiannya di pasaran pada 22 September 2014.

Soffi Jikan juga telah mula aktif dalam bidang perniagaan dengan menceburkan diri secara serius melalui syarikat KS Herbs Sdn Bhd dalam pengedaran produk minuma berjenama “SENGAT” yang mana produk ini telah diedarkan oleh syarikat Red Quattro.

Pada sidang media itu juga, CEO Red Quattro iaitu Encik Sahid Juri telah menerangkan hala tuju syarikat yang mempunyai lesen Akta Jualan Langsung yang berorientasikan ‘Multi Level Marketing’ ini dimana Red Quattro Worldwide mengembangkan sayap perniagaan mereka dalam bidang pengedaran kenderaan jenama Grand Tiger yang berpengkalan di negara China. Dengan usahasama ini , Red Quattro Worldwide telah menambah portfolio perniagan mereka bemula dengan produk yang berasaskan bahan permotoran, produk kesihatan ReGains (produk berasaskan kologen dan stem cell), produk minuman tenaga kopi SENGAT dan yang terbaru pengedaran kenderaan jenama Grand Tiger.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *