(SEMASA) The Miami Grill Malaysia – Francais Restoran Pitbull Halal Pertama Di Dunia

Spread the love

10923831_405874036243968_682324245306264156_n

Francais makanan Ala -Amerika dengan rakan kongsi ekuiti yang sangat terkenal, iaitu Pitbull telah menubuhkan cawangannya di Malaysia dan yang pertama di Asia. Rangkaian restoran francais global, MiamiGrill, jenama asli & unik yang menawarkan ciri makanan ala -Amerika telah mengumumkan pembukaan restoran pertama di Malaysia dan Asia, yang terletak di Sunway Pyramid Mall di Kuala Lumpur. Restoren yang pertama di Malaysia ini dikendalikan oleh Hani Maju Sdn. Bhd. Miami Grill Sunway Pyramid telah dibuka kepada orang ramai pada 18 Januari 2015.

miami 2

Jika anda berkeinginan untuk berada di bawah terik mentari pantai dan gaya hidup hiburan di Miami, Amerika Syarikat, disini adalah tempatnya. Umpama jelmaan klasik Amerika yang menjanjikan keseronokkan dengan merasai makanan lazat dengan penekanan kepada kegemaran penuh terhadap daging seperti Philly cheesesteak dan ayam panggang. Semua daging dan ayam adalah bebas daripada bahan pengawet, bebas daripada msg dan 100% daging lembu Australia berkualiti tinggi dan 100% daging ayam. Semua bahan-bahan makanan dan minuman yang dijual di kedai Malaysia mempunyai sijil halal.

“Latar langit Ocean Drive South Beach” telah banyak dipaparkan di televisyen dan terkenal di dalam siri hit siaran di Malaysia seperti Miami Vice, CSI Miami telah membawa kepada idea untuk francais ini, untuk dibawa ke Malaysia dimana penggemar boleh mengalaminya dikala berada Miami Grill.

Dengan hampir 20 tahun pengalaman sebagai tenaga profesional dengan berkhidmat di pelbagai syarikat antarabangsa serta ditempatkan di pejabat yang berlainan di dunia, pemilik kini berada di kedudukan yang baik dan bersedia untuk merealisasikan impian syarikat– iaitu sebagai Usahawan F&B.

miami 1

Francais MiamiGrill memberi syarikat peluang sekali seumur hidup. Ia adalah kombinasi menarik, perniagaan, pengurusan masa, pemasaran dan yang paling penting memberi kegembiraan kepada orang melalui makanan kita. “Hands-on ownership”: ia bukansatu cadangan; ia adalahsatu keperluan.

Dengan sokongan yang berterusan yang diterima daripada pasukan di ibu pejabat dan latihan di pejabat cawangan, syarikat teruja untuk membuka cawangan yang baru serta bersaing dengan pasaran yang sentiasa berubah.

Ciri-Ciri Fizikal Restoren Miami Grill

Hiasan lampu neon yang menggambarkan ciri-ciri MiamiGrill dengan gabungan warnamerah jambu dan biru, serta dinding berciri moden yang memaparkan landskap terkenal dan suasana yang menyeronokkan dalam Miami menarik semua untuk merasai pengalaman menikmati makan yang ‘funky’dan mesra keluarga.

Restoran ini sememangnya dirancang untuk memberi pengalaman makan mengikut gaya Amerika dari segi suasana, reka bentuk dalaman &hidangan klasik Amerika. Oleh yang demikian, anda mungkin terasa seperti telah dibawa ke Amerika dan Miamiuntuk menikmati makan malam.

Bertempat diSunway Pyramid, pusat membeli belah berukuran 4 juta meter persegi dengan lebih daripada 800 kedai, memenuhi keperluan dan permintaan kedua-dua peruncit dan pembeli. Mempercayai bahawa setiap butiran dalam reka bentuk adalah perkara yang indah, “Impian Hani Maju adalah untuk menyediakan satu pengalaman makan yang segar, selesa, ceria dan tidak akan dilupakan oleh pelanggan.

Alamat Lokasi dan No Telefon

Lot no 127, LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall. Tel No: 603 56221853/0356133363.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *