(SEMASA) ”The Story” Menampilkan Individu Berpengaruh Berkongsi Pengalaman dan Perjalanan Hidup

Spread the love

 TheStory (7)

Tiga figura hebat tanah air telah dikumpulkan pada satu pentas yang sama untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup mereka di dalam “The Story”. Pengajuran sulung majlis ini menampilkan tiga individu yang disegani di dalam lapangan masing-masing iaitu Dato Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Kamarudin Meranun dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

TheStory (5)

The Story merupakan sebuah majlis yang dianjurkan bagi memberi inspirasi buat  rakyat Malaysia yang berbilang kaum terutamanya generasi muda untuk berusaha dan berjaya dalam bidang yang ingin mereka diceburi.

The Story adalah sebuah insiatif oleh Generasi Bersatu Malaysia (GBM), sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu pembangunan belia di Malaysia dengan memberi tumpuan di dalam merangka penyelesaian kepada masalah sosial dan meningkatkan kualiti kehidupan generasi akan datang melalui pendekatan dengan idea yang inovatif.

TheStory (2)

Majlis dimulakan dengan sesi perkongsian kisah pengalaman dan perjalanan hidup penyanyi tersohor Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin. Ikon persada seni tempatan dan antarabangsa yang telah menghasilkan lebih dari 20 buah album dan memenangi 200 anugerah di dalam dan luar negara ini berkongsi kepada para penonton kunci kepada kejayaan dalam mengejar impian sebagai seorang anak seni.  Beliau juga turut berkongsi kisah suka,duka dan cabaran sebagai seorang anak seni di sepanjang perjalanan karier seni penuh warna-warni beliau.

TheStory (3)

Seterusnya para penonton dibawa terbang tinggi ke awan biru bersama Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X & Pengasas Tune Group. Individu yang amat disegani dalam bidang korporat dan penerbangan ini berkongsi tentang cita-cita dan kerjaya. Beliau telah kongsikan pelbagai pengalaman kerjaya beliau yang menjadi motivasi kepada perjalanan hidup beliau serta cabaran dan peluang di dalam bidang penerbangan.

TheStory (6)

Majlis seterusnya menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke-4 untuk berkongsi kisah pengalaman dan perjalanan hidup beliau. Bapa Pemodenan Malaysia, ini memberikan inspirasi kepada para penonton melalui pengalaman beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

TheStory (1)

Para penonton yang hadir turut diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada ketiga-tiga tokoh undangan mengenai pegalamann dan perjalanan hidup mereka dalam mengecapi kejayaan.Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada barisan penyanyi tempatan berbakat besar seperti Amanda Imani, Aiman Ismail dan Wanns Ahmad. Majlis turut mengundang Tya Arifin pesona bintang baru bidang lakonan dan nyanyian Indonesia untuk menghiburkan para penonton. The Story melengkapkan pengalaman para penonton yang hadir dengan persembahan istimewa daripada Ikon Pop Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *