(SEMASA) KFC RAIKAN HARI MERDEKA BERSAMA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK

Spread the love

????????????????????????????????????

Kuala Lumpur, 18 September 2015 – Sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke 58 dan Hari Malaysia, KFC telah mengambil kesempatan untuk memupuk semangat patriotisma dikalangan anak-anak muda dengan menganjurkan sebuah majlis bertemakan kemerdekaan bersama 40 kanak-kanak kurang bernasib baik di Wisma KFC, Jalan Sultan Ismail, baru baru ini.

????????????????????????????????????

Kanak-kanak yang diraikan adalah dari Yayasan Sunbeams Home, serta beberapa pertubuhan anak yatim sekitar Kuala Lumpur. Majlis penuh ceria ini adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat KFC Malaysia untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Restoran KFC telah diceriakan lagi dengan hiasan berunsur patriotisma termasuk bendera kebangsaan dan juga belon yang bewarna warni bagi mewujudkan suasana ceria dan menyeronokkan untuk dinikmati oleh kanak-kanak ini. Majlis riang dan ceria ini diserlahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan permainan serta hiburan dari Awang Badut yang turut membentuk belon dalam pelbagai corak menarik untuk kanak-kanak ini.

Kanak-kanak tersebut juga turut dihiburkan dengan pertunjukan silap mata, nyanyian serta tarian sebelum menjamu selera dengan hidangan ayam goreng KFC dan juga hidangan sampingan lazat yang lain, bersama penjaga mereka dan kakitangan KFC. Selain hidangan ayam goreng KFC, mereka juga dihidangkan dengan kek lazat dengan corak bertemakan Merdeka.

????????????????????????????????????

“Kami berasa amat terharu dengan usaha pihak KFC untuk meraikan Hari Merdeka bersama dengan kanak-kanak ini. Mereka sungguh gembira, KFC telah menunjukkan kepada mereka erti kemerdekaan yang sebenar iaitu berkongsi dan juga semangat kebersamaan,” kata Saraswathy, penjaga di Yayasan Sunbeams Home.

“Saya amat berbesar hati dan berasa gembira bila dapat melihat kanak-kanak ini seronok, tetapi apa yang lebih bermakna adalah semangat patriotisma yang terpancar pada kanak-kanak ini. Majlis seumpama ini sememangnya penuh dengan unsur pendidikan dan patriotisma,” tambah beliau.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *