(SEMASA) TIMBALAN MENTERI KEWANGAN UCAP TAHNIAH KEPADA KFC ATAS PEMATUHAN GST

Spread the love

Pic1

Simpang Renggam, 5 April 2015 – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan kerja ke KFC Simpang Renggam sebagai sebahagian daripada inisiatif beliau dalam memantau pematuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang baru dikuatkuasakan. Turut hadir sama dalam lawatan kerja tersebut ialah Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia, Zulkifli Ibrahim, Naib Presiden Kanan, Johor Corporation, Nor Nekman Jaimon, Pengarah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor (KPDNKK), dan Yew Chin Heong, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Johor.

Pic2

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan mengucapkan terima kasih kepada pihak KFC kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi GST.

KFC didaftarkan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan mematuhi undang-undang GST dan amaun yang dikumpul akan dibayar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Oleh kerana Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan, KFC mengenakan pelanggan kadar 6% berkuatkuasa dari 1 April, pada harga setiap menu dan promosi.

KFC juga mengumumkan bahawa GST menggantikan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) yang selama ini diguna pakai oleh syarikat (6% Cukai Kerajaan).

GST yang dikenakan bagi menggantikan SST (Cukai Kerajaan) adalah pada kadar cukai standard yang sama iaitu sebanyak 6%. Oleh itu tiada perubahan dalam amaun yang dicajkan. Pelanggan akan membayar sama ada pada kadar harga yang sama atau kurang walaupun harga termasuk GST disebabkan terdapat sebahagian hidangan kegemaran pelanggan yang telah pun dikurangkan harganya.

“Kini harga yang dipaparkan pada menu mungkin kelihatan lebih tinggi dengan GST kerana harga yang dipaparkan adalah harga bersih yang termasuk 6% GST. Sebelum ini, Cukai Kerajaan sebanyak 6% tidak ditunjukkan pada menu kami dan hanya akan dicaj selepas pembayaran di mesin daftar tunai,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Antara sajian dan kombo yang telah dikurangkan harga termasuk Lunch & Dinner Treats, dan juga Value Treats yang kini bernilai RM3.00, RM4.00 dan RM5.00 serta kombo-kombo yang berkaitan disebabkan 6% GST telah diserap oleh syarikat.

Inilah komitmen berterusan KFC kepada pelanggan dalam menyediakan makanan kegemaran ramai yang enak pada harga yang hebat, walaupun termasuk GST. Sebab itulah harga beberapa sajian dan kombo telah dikurangkan berbanding sebelum ini.

KFC akan memastikan kualiti makanan, bahan-bahan dan rasanya, serta saiz hidangannya akan sentiasa kekal sama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.kfc.com.my/gst


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *